Kami bersepakat untuk masuk ke dalam Hutan Sunyi Sepi. Hutan yang membawa reputasi yang mendebarkan. Sudah tentu ramai pembaca tertanya-tanya, dengan kehadiran Leo si kucing terbang, kenapa mereka perlu berjalan kaki masuk ke dalam hutan?
Maka penulis dengan susah payah menutup kesilapannya terlupa akan plot hole itu dengan mengatakan mereka perlu pergi ke hujung hutan, yang hanya boleh dimasuki dengan cara berjalan kaki untuk bertemu dengan pintu gerbang yang dinamakan 'Gerbang Seribu Bayan'.
Hutan itu dikawal oleh seorang ahli sihir yang amat ngeri bernama Bayan Sakti. Khabarnya pernah 1000 orang askar masuk ke dalam hutan itu tanpa mendeklamasikan sajak. Mereka tidak keluar-keluar. Hanya jeritan mereka sahaja yang boleh didengar berbatu jauhnya. Ada juga beberapa pendeta cuba masuk, dan bersajak, tetapi hilang lantaran sajak mereka tidak berkualiti.
Maka saya sudah bersedia. Saya mengeluarkan dua buah buku sajak. Satu antologi sajak Salon Eksotikata (yang boleh dibeli dengan klik link tadi) dan satu lagi antologi sajak-sajak suci Abdullah Jones (sudah sold out).
Kami melangkah perlahan-lahan. Seketika kemudian kedengaran bunyi pokok-pokok yang mula bergerak.
Saya lantas membuka lembaran Salon Eksotikata.
Saya membaca sajak 'Lopak Dan Gaun Putih' oleh Elle H. Affandi. Usmanov, arnab dan pari-pari 920 mengikut saya, umpama murid mengikut apa yang guru sedang katakan.
'Kami tunggu...
hujan turun...
sejak mendung tadi...
sudah empat jam berdetik...
dan seterusnya.
Pokok-pokok tidak lagi bergerak. Saya lega. Saya meneruskan sajak kedua, dari Sinaganaga bertajuk 'Kencan'.
'langir tubuhmu berus gigimu ba...'
Belum sempat sajak itu dihabiskan, kelihatan pokok-pokok mula bergoncang kuat. Ada akar sudah menjalar laju ke arah kami. Tahulah kami itu sajak yang tidak berkualiti.
Saya pantas menyelak lembaran dan membaca sajak Jigo Morrisson bertajuk 'Mencari Tuhan'
'Berpusing-pusing mencari tuhan,
di dalam hutan di balik awan,
di kerdipan dian semakin kelam,
.....
Usmanov, arnab dan pari-pari 920 ikut setiap perkataan yang saya tuturkan.
Hutan kembali tenang. Kami lega semula.
Setelah mengalami beberapa proses 'trial and error' dengan koleksi sajak Salon Eksotikata, saya mengambil keputusan untuk membaca sajak Abdullah Jones.
Ternyata hutan menjadi tenang dengan sajak-sajak Abdullah Jones, setaraf dengan kesucian kalimah-kalimah nukilan sastrawan itu.
Tapi malangnya hutan itu terlalu tebal dan jauh.
Sajak Abdullah Jones sudah habis saya baca.
Dan ketika itulah pokok-pokok kembali mengganas. Kaki Usmanov sudah dibelit akar. Arnab cuba melarikan diri tetapi daun-daun besar menangkapnya. Pari-Pari 92o ditelan bumi dan Leo bertarung dengan pokok-pokok besar itu.
Saya gugup. Kepala saya ligat mencipta sajak.
Namun beberapa sajak yang cuba saya persembahkan tidak berjaya.
Saya memejam mata, lantas menarik nafas.
"Hutan, Alam, Duniaku,
Meskipun ku tak pernah sedar untuk merapatimu,
Jangan kau taburkan marahmu
Di sini,
Hutan, Alam, Duniaku,
Kumohon kita berkongsi riwayat,
Di dunia sementara,
Ajariku, lindungiku,
kerna amarahmu,
tiada mendatangkan baik untukku, untukkmu, untuk alam sedemkiannya...
......
Kami akhirnya tiba di Gerbang Seribu Bayan, di mana menanti seorang gadis bertudung molek dan lemah lembut gayanya,
Kami berdebar-debar, cabaran apakah yang bakal menanti kami?
2-
Sementara itu,
Batalion tentera musuh sudah semakin mara ke Istana Sungai Long. Batalion tentera yang terdiri dari pasukan pari-pari benci, entiti pesimis dan amarah cinta dan askar-askar upahan membentuk sejumlah 100,000 orang kesemuanya. Tentera Istana Sungai Long hanya mempunyai sejumlah 20,000 orang dan nisbah itu menggetirkan kerajaan Sungai Long untuk mempertahankan istana mereka.
Seorang utusan dari pakatan kebencian memacu kuda dan memberi isyarat untuk masuk menghantar utusan kepada Grand Duchess Farah Waheeda.
Panglima Diraja Kai Wah mengiringi utusan tersebut masuk ke dalam Balai Rong Seri di mana Grand Duchess Farah Waheeda sedang duduk di tahtanya menonton sesuatu di layar 180 incinya.
"Salam, saya Mugeh-Mugeh, wakil dari perikatan tentera kebencian datang membawa utusan dari Panglima Utama, mengarahkan agar Grand Duchess dan sekutunya agar membuka pintu istana dan menyerah di...."
"Syhhhh!!!" Grand Duchess Farah Waheeda tanpa memandang utusan itu mengangkat tangan. Matanya masih terpaku di layar 180 inci.
"Huh? errr..." utusan itu sedikit kaget, "Err, kalau Grand Duchess tak sedar..."
"Syhhh!!!, saya sedang menonton interviu Micheal Jackson dengan Oprah. Saya tontonnya dahulu semasa 93, ya, this is interesting part, Oprah tanya MJ mengenai..."
"Grand Duchess!!!" utusan itu meninggikan suara. "This is madness, this is blas..."
Grand Duchess Farah Waheeda, tanpa memandang utusan itu mengangkat tangan kanannya dan meluruskan jari telunjuknya. Serentak dengan itu utusan tersebut bertukar menjadi kereta Honda City.
"Panglima Kai Wah, masukkan buah-buahan di dalam kereta tu, hantar ke Panglima mereka dan katakan, i'm not interested to involve in any war." arah Grand Duchess Farah Waheeda. "Ask them to take the fruits and leaves, go make war to other Grand Duchess,"
Panglima Kai Wah angguk sambil kepalanya ligat memikirkan bagaimana hendak mengeluarkan Honda City ini dari Balai Rong Seri Grand Duchess Farah Waheeda.
Panglima Kai Wah sempat berbisik ke Honda City itu, "They dont called her Miss Wicked Witch for nothing..."
Hikayat Pelayaran Usmanov II tamat: Next - Hikayat Pelayaran Usmanov bahagian III: Battle Of Sungai Long

la..kenapa honda city? kenapa tak mitsubishi lancer atau ford mustang gt?
mat rock - kita takkan dapat semua yang kita hendak.
taf teh - Battle Of Sungai Long sudah tentu akan melibatkan puteri-puteri Sungai Long.
venee - no worries, war often started, but periodically will ends.
, just enjoy the adventures along the way and live.
ngeeee... terima kasih kepada pembaca yang menyokong pengembaraan ke Hutan Sunyi Sepi
Nampaknya dengan pantas penulis mengambil peluang untuk menonjolkan watak Heronya disini ( tapi nak buat macamana, dah memang dia penulis cerita inikan ? keh keh keh ) namun syabas diatas kesedaran yang wujud dalam Sajak hutan itu.
p.s kesian mugeh - mugeh, dah la nama tak gah langsung, cakap pun tak sempat abes hik3
arnab sudah tidak kuit tanpa seruling...