HIKAYAT PELAYARAN USMANOV III: BATTLE OF SUNGAI LONG part 2
<!-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Lucida Sans Unicode"; panose-1:2 11 6 2 3 5 4 2 2 4; mso-font-charset:89; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:513 0 0 0 4 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:""; margin:0cm; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:none; mso-hyphenate:none; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-font-family:"Lucida Sans Unicode"; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-font-kerning:.5pt;} @page Section1 {size:612.0pt 792.0pt; margin:2.0cm 2.0cm 2.0cm 2.0cm; mso-header-margin:36.0pt; mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} -->
Kami sepakat untuk mendengar teka teki Bayan Sakti.
“Baik, kamu yakin kamu sudah bersedia?” soal Bayan Sakti.
Kami angguk serentak termasuklah Leo, si kucing terbang. Macamlah dia faham.
“Ini teka-teki pertama, hanya boleh dijawab oleh yang paling bijak dari yang bijak, yang paling peka dari yang peka dan paling kacak dari yang kacak,” ujar Bayan Sakti.
Serentak kami memandang arnab.
“Apa?” soal arnab? “Dikalangan arnab, aku yang paling kacak!”
“Teka-tekinya, binatang apakah keris dikaki?”
Kami tergamam.
“Itu teka-tekinya?” soal saya.
Bayan Sakti angguk.
“Ahh, jawapannya adalah ayam...” belum sempat saya menghabiskan kata-kata Usmanov segera menutup mulut saya.
“Kenapa?” soal saya. “Teka teki itu saya sudah dengar sejak sekolah rendah, bapak senangnya!”
“Kita harus berhati-hati,” ujar Usmanov. “Takkanlah teka-teki Bayan Sakti semudah itu. Pastinya jawapan kamu akan memerangkap kita.”
“Ya, ya, aku percaya jawapan teka-teki ini lain dari yang lain. Bayangkan kalau kau menjawab tadi, aku rasa sudah pasti kita terkena akibatnya,” celah pari-pari nombor 920.
“Jadi apa jawapannya?” soal saya.
“Kita perlu kaji teka teki itu,” kata arnab. “Binatang apa keris di kaki?”
“Ya, memang secara dasarnya jawapannya ayam jantan, tapi aku percaya teka teki Bayan Sakti ini penuh dengan lapis makna, ada metafora disebaliknya, jawapannya pastinya sesuatu yang agung.” Usmanov memberikan teori.
Saya bersetuju. “Baiklah, jika kita kaji satu persatu, binatang, dalam kamus dewan bermaksud makhluk tidak bernyawa atau berakal. Keris pula bermaksud senjata dua yang tajam. Di Kaki, kaki membawa maksud anggota badan untuk berjalan, nah, cuba rungkaikan satu persatu,”
Arnab menambah, “Aku percaya makhluk tidak bernyawa itu satu metafora kepada seorang pahlawan yang tidak lagi mempunyai matlamat hidup. Maka dia 'mati'...” arnab mengangkat kedua belah tangannya dan membuat gaya 'quote-unquote'.
Usmanov angguk, “keris mungkin satu perlambangan tentang maruahnya. Kaki, kalau kita tengok budaya Melayu, sering dikaitkan dengan benda di bawah, yang rendah martabatnya. Maka lihat, lihat! Keris yang dikatakan maruah seorang pahlawan, berada di kaki? Apa maksudnya?”
“Ya, ya, aku sudah mula mengerti,” celah pari-pari 920. “Keris berada di kaki, maksudnya maruah seorang pahlawan yang sudah jatuh, dia sudah hina! Bayangkan masyarakat melihat kerisnya sudah hampir ke tanah, hilang sudah rasa hormat terhadap pahlawan itu!”
Kami serentak angguk. Kini kami sudah hampir menemui metafora teka-teki 'Binatang Apakah Keris Dikaki'.
Kini saya faham. Mudahnya terpedaya dengan sesuatu yang ringkas. Kini kami umpama blogger pengkritik filem yang melihat filem-filem dengan seribu lapisan makna. Kami umpama pengkritik yang 'membaca' filem. Melihat setiap adegan dalam sisi yang lain dan mengupas metafora si pembikin, laksana penonton-penonton filem Kelab Sosial Danau Kota 'membaca' adegan menukar tayar dan membuka skru dalam filem Buai Laju-Laju U-wei Hj. Shaari.
Kami sudah berada setingkat lebih tinggi dan mula jelik untuk melihat sesuatu yang pop dan komersil.
Arnab sudah termuntah tatkala pari-pari 920 secara tidak sengaja tersebut sesuatu yang pop dan komersil.
Saya memarahi pari-pari atas dosanya itu.
“Sudah ada jawapannya?” soal Bayan Sakti.
“Belum,” jawab saya. “Kami sedang memikirkan jawapannya,”
“Baik, ambil masa kamu, tak perlu tergesa-gesa,”
Analisis teka-teki 'Binatang Apakah Keris Di Kaki” berlanjutan selama lima hari. Setiap sisi kami bincangkan.
2-
Sementara itu, perang di laman Istana Sungai Long semakin hangat.
Dari jauh Grand Duchess Farah Waheeda dapat melihat gerombolan 200 ekor kura-kura raksasa semakin hampir.
Dia sudah kehilangan banyak tenaga untuk melancarkan satu lagi Hikmat Kasih Sayang Sang Pensyarah.
“Kai Wah, I need my coffee! Suruh dayang prepare my coffee!” arah Grand Duchess Farah Waheeda.
Kai Wah angguk. Segera dilaung seorang dayang untuk menyediakan kopi kegemaran Grand Duchess itu.
Namun tiba-tiba mata Grand Duchess menangkap sesuatu di sebalik awan.
Dia tersenyum.
Bantuan sudah tiba.
“At last! Nasib baik kau cepat,” ngomelnya. Di udara kelihatan berpuluh-puluh ekor burung Kenari gergasi terbang. Setiap satunya ditunggangi oleh seorang perempuan, diketuai oleh seorang Grand Duchess yang merupakan sahabat baik Grand Duchess Farah Waheeda.
Grand Duchess Fit Al-Fitriah sudah sampai!
Bersambung
February 27th, 2010 at 11:46 am
Gua suka part command HTML tu (bahana auto post ke ni?)...Gua tak sabar nak tunggu kenari berterbangan tu.Nice..
February 27th, 2010 at 1:09 pm
Fitttttttttttttttttttttttt...
;-0
February 27th, 2010 at 3:06 pm
mesti bayan sakti tu sembunyikan keris kat kaki hamster kesayangannya
February 27th, 2010 at 3:48 pm
sampai 5 hari? apa salahnya mencuba dgn jwpn ayam jantan tu. tak salah cuba kan mana tau betul. kalau salah pun kita nantikan kemunculan teka teki berikutnya.
March 1st, 2010 at 4:57 pm
peh 5 hari , lama tu.... tak ada aktiviti sampingan ke ?
cabutan bertuah ? contohnya...