ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Video di bawah menjadi lagu latar untuk episod kali ini;

Adapun setelah lima hari kami menilik, setelah penat membaca semua metafora dunia, akhirnya kami bersetuju dengan satu jawapan,

Jawapan kepada soalan teka teki 'binatang apakah keris di kaki'

Arnab angguk, Usmanov angguk, pari-pari 920 angguk. Saya tersenyum. Kami yakin dengan jawapan kami.

Saya memandang Bayan Sakti yang sedang menggoreng ikan untuk santapan makanan tengah harinya.

"Sudahkah kalian mendapat jawapannya?" soal Bayan Sakti.

Saya angguk.

"Jawapannya adalah..." saya membuka mulut, "seorang lelaki yang kecewa dalam percintaan. Ini kerana setelah 'membaca' metafora soalan 'binatang apakah keris di kaki', kami simpulkan mainan tersurat dan tersirat di dalamnya, lapis makna..."

Bayan Sakti segera meminta, "salah, jawapan kamu salah."

Airmuka saya dan lain-lain berubah.

"Jawapannya ayam jantan," jawab Bayan Sakti ringkas.

Saya tergamam. Arnab segera menerkam Usmanov dan mencekik lelaki itu. "Ini semua salah kamu!!!" tempiknya.

Bayan Sakti tersenyum. Dia pantas melayang lantas berdiri di depan saya.

Tapak tangan kanannya di halakan ke wajah saya.

Serta merta segala-galanya menjadi terang. Saya tiba-tiba berpusing-pusing.

Apa yang saya tahu, saya bukan di hutan Sunyi Sepi lagi. Saya berada terawang-awang. Jalur-jalur cahaya bersimpang siur.

Seorang wanita yang sungguh rupawan muncul, berdiri di depan saya.

Saya terkaku.

"Ke mana awak pergi?" soalnya.

"Ha?" saya tidak mengerti.

"Awak sudah lupa akan janji-janji awak?" soalnya lagi tanpa menjelaskan soalan pertamanya tadi.

"Apa? janji?" saya masih tidak mengerti.

Wajah perempuan itu sayu. Airmatanya tiba-tiba mengalir turun dari pipinya. Saya perhatikan air mata itu jatuh ke darat, lantas dari celah-celah tanah itu tumbuh pucuk pokok hijau.

"Si..siapa awak?" soal saya.

"Saya tunggu awak, untuk datang, dan selamatkan saya..." perempuan itu bersuara hiba. "Saya tunggu awak, saya tunggu, dan bila awak datang, segala-galanya akan menjadi sempurna..."

"Tapi saya tak kenal awak, bila masa saya membuat janji?"

Perempuan itu memegang tangan saya. Serta merta tubuh saya seperti terkena kejutan elektrik. Saya tersentak. Serta merta bermacam-macam imej bersilih ganti mengerawang di dalam minda saya. Memori bersama ibu, ayah, atuk, nenek, adik, kawan, bekas teman wanita nombor satu dari Sabah, dua bekas teman wanita yang saya kenal semasa belajar, seterusnya bekas-bekas teman wanita saya yang lain, Grand Duchess, Emily...dan..

Perempuan itu melepaskan pegangannya.

"Maria...Dewi Sembilan Cahaya..." saya tidak mengaja menuturkan nama itu.

Perempuan itu memandang saya, masih dengan wajah sayu. Awan di atas kami berubah-rubah mengikut perasaannya. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Saya masih terawang-awang dengan jalur-jalur cahaya bersimpang siur.

"Kita akan bertemu untuk pegakhiran yang bahagia..." ujar Maria Dewi Sembilan Cahaya. "Kerana itu janji yang telah awak lafazkan sejak sekian lama, untuk jiwa awak bersatu dengan jiwa saya, kerana kita, awak, saya adalah satu..."

Saya terkesima. Sungguhlah saya tidak faham apa yang dikatakannya.

"Selamatkan Panda Cinta untuk selamatkan dunia...' ujarnya sambil memegang tangan kanann saya. Dia menyerahkan satu kalung berbentuk hati. Ditutup tangan saya agar saya menggenggam kalung tersebut.

"Tapi Panda Cinta bukankah..."

"Selamatkan Panda Cinta...demi kita..." ujarnya sambil opacity tubuhnya mula berkurangan (maksudnya semakin lama semakin hilang).

Satu cahaya terang menerjah mata saya.

Bila saya sudah boleh melihat, saya sedang berdiri sambil arnab, Usmanov dan pari-pari 920 memandang saya.

"Mana Bayan Sakti?" soal saya.

"Dia kasi lepas, pari-pari berjaya jawab soalan teka-teki ke 347. Nak harapkan kau, buat-buat pengsan. Entah apa gila tiba-tiba boleh terjaga dan terus berdiri. Dah la mengigau..." bebel arnab.

Saya bingung. Apakah tadi semuanya mimpi?

Tidak, tidak bila saya melihat kalung berbentuk hati itu tergenggam erat di tangan.

Saya lihat pintu gerbang sudah terbuka.

"Ayuh..." ujar saya. "Saya mendapat alamat Panda Cinta masih belum mati, ayuh kita selamatkannya!"

"Kami tahu, kau mengingau sebut mengenai Panda Cinta tak mati tadi," kata Usmanov.

"Ohhh..."

"Tapi kita ada masalah..." pari-pari 920 mencelah.

"Pintu gerbang ini membawa ke DUA jalan. Jalan ke kiri membawa kita ke Jurang Hati Kaca, di situ tersimpan satu seruling paling berkuasa di dunia bernama Seruling Maharaja. Arnab boleh menggunakan seruling itu untuk mengalahkan musuh..." terang Usmanov.

Dia menyambung, "Jalan ke kanan pula membawa kita ke satu daerah yang amat asing. Daerah itu tinggalnya seekor Panda bernama Yan Yan, yang dikatakan mewarisi kuasa..."

"Anak Panda Cinta..." getus saya perlahan. "Yan Yan boleh membantu kita menyelamatkan Panda Cinta!"

PILIHAN PEMBACA:

Cerita akan bergerak berdasarkan mana-mana pilihan pertama yang terawal mendapat 5 undian.

===========

PILIHAN A: JURANG HATI KACA: Tempat simpannya seruling maharaja yang berkuasa untuk si arnab.

PILIHAN B: Sebuah daerah asing tempat tinggal YAN YAN, ANAK PANDA CINTA.

Undian dibuka sekarang.

Bersambung

14 Responses to “HIKAYAT PELAYARAN USMANOV III: EDISI ISTIMEWA:MARIA DEWI SEMBILAN CAHAYA”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.