ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Pada suatu hari... ya, setiap cerita rakyat mesti bermula dengan 'pada suatu hari' walaupun mungkin cerita itu berlaku dalam beberapa hari.

Tapi cerita ini berlaku dalam satu hari.

Hence, pada suatu hari...

Seorang puteri dari negara bernama Hawaii telah ditawan oleh seorang raja yang amat jahat. Kejahatan raja ini tidaklah dapat digambarkan di dalam entri ini kerana jika digambarkan teramatlah panjang dan sudah tentulah sinaga-naga, yang biasanya kurang upaya untuk membaca bahan yang panjang, tidak akan membaca entri ini.

Adapun Puteri itu sudah lama diidamkan oleh Raja Jahat itu, yang molek sahaja kita beri nama Luca De Ketiak. Kecantikan puteri Hawaii ini tiadalah tolok bandingnya. Wajahnya bersinar-sinar, kulitnya keputihan bak telur rebus yang sempurna masaknya, senyumnya sahaja buat si jejaka tidak lena tidur, suaranya bisa buat Siti Nurhaliza bersara awal.

Nama puteri Hawaii itu...buat masa ini molek jua dirahsiakan namanya, takut-takut ada yang mencarinya di facebook saya.

Anyway, saya, si hero, pahlawan gagah perkasa, teman lelaki Puteri Hawaii itu menjadi begitu marah bila mengetahui kekasih hati saya, si puteri Hawaii telah diculik oleh Raja Jahat Luca De Ketiak. Maka saya bersama side-kick saya, Panglima Pipiyapong Abdillah telah bergerak menaiki kuda masuk ke negara UYA untuk mengambil apa yang bakal menjadi hak saya secara sah, yakni si puteri Hawaii.

Namun Raja Jahat Luca De Ketiak ini bukan calang-calang jahat. Dia telah meletakkan seekor naga (spesis naga Eropah, ada kepak) di depan istana.

Namun, sya tidak gentar untuk melawan naga setinggi 10 kaki itu. Pedang saya sudah asah dan limaukan. Begitu juga Panglima Pipiyapong yang turut membawa kerisnya, walaupun saya sedikit tidak bersetuju dengan pilihan senjatanya. Apa cerita nak lawan naga dengan keris?

"Takkan Melayu hilang di dunia!" ujar Panglima Pipiyapong Abdillah merujuk kepada senjata kerisnya. Melayu my ass, bisik saya dalam hati.

Naga yang ganas itu mengeluarkan suaranya. Saya tidak pasti apakah yang patut saya letak - Naga mengaum? atau Naga mengembek? Harimau mengaum, Naga me-apa?

Namun saya tidak peduli. Pedang saya hunus ke udara.

"Wahai sang puteri Hawaii cinta hatiku! Saya akan datang menyelamatkanmu! Biarpun terpaksa berhadapan dengan naga ganas ini!" laungku.

Naga itu lantas menyembur api dari mulutnya.

Saya dan Panglima Pipiyapong tidak sempat mengelak. Api semburan naga itu pantas membakar kami berdua...sehingga menjadi abu.

Harapan menyelamatkan Puteri Hawaii turut menjadi abu.

TAMATLAH CERITA. SEKIAN TERIMA KASIH

ps: 21st August, mark that day to-who-know-what

12 Responses to “HIKAYAT PUTERI HAWAII DAN SANG HERO MELAWAN NAGA GANAS”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.