Planning trip ini sudah agak lama, saya ingat sekitar Mac lagi dengan sebenarnya Amri Ruhayat juga salah seorang dalangnya. Namun dia tidak menjadi lantas hanya saya dan Zulhabri sahaja.
Penerbangan saya dijadualkan pagi sementara Zul petang menjadikan kami terpisah buat seketika. Bayangkan saya tidak pernah menjejak kaki di bumi Jakarta, tiba-tiba perlu datang seorang diri. Mujur juga punya teman Sofiatul Shima dan Erwin.
Bayangkan semalamnya (Ahad), saya bangun pagi untuk melancarkan buku sembang Kencang, dan membawa tidak tidur di malam hari kerana takut terlajak tidur. Lantas saya hanya sempat lelap sebentar di dalam Kapal Terbang yang keselesaannya memang diragui. Langsung tidak perasan bila makwe Pramugari tolak makanan dan tak peduli apa-apa yang berlaku.
Sesampai di lapangan terbang Soekarno-Hatta, saya terus mengambil DHAMRI, satu rangkaian bas seperti Rapidshare, RapidKL. Saya mengambil route bas ke GAMBIR train station. Sampai di Gambir, saya bertemu Erwin dan bersarapan di disitu.
Dia membawa saya ke SOGO kerana dia ada temujanji bersama penulis Ahmad Fuadi (Negara 5 Menara). Berbual sikit-sikit dan saya kemudiannya menaiki Ojek ke Mall Ambassador sementara Erwin dan Ahmad Fuadi bertemu pengacara Kick Andy untuk urusan mereka. Berjalan-jalan di Mall Ambassador sama seperti berjalan di Kompleks Pertama sahaja. Sempat juga makan waffle dan menggunakan perkhidmatan bilik khusus merokok di lantai 4 (foodcourt).
Dua jam di Mall ambbasasor buat saya sudah tidak tahu hendak buat apa-apa. Mata sudah berat (tak tidur lagi). Saya singgah kedai jual software pirate, singgah minum, singgah kedai baju, singgah kedai jual Patung Panda besar bagak.
Erwin usai meeting dalam jam 4 dan kami menaiki Taksi menuju jalan Jaksa. Saya ke Hotel untuk menempah bilik dan amat mujur bilik ekonomi cuma tinggal satu sahaja.
Tutup pintu bilik dan
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Saya cuma tersedar bila ketukan bagai gempa bumi dan menjenguk jam. Pukul 945. Buka pintu dan Zulhabri terpacul.
Flight lambat sedikit katanya.
Ah, banyak hendak cerita, nantilah.
Gambar-gambar masih belum upload. Bila ada kesempatan akan kucuba.


\m/ nak join \m/
aku terbaca dalam ruangan pojok surat khabar hari minggu.
katanya othman hafsham mau bikin KKC jadi filem!.
bagusnya!!
cat alim - jom
ayob - yep, terima kasih