KARIPAP-KARIPAP CINTA: HARI PERTAMA
Entri bergambar. Maklumlah, saya bukan penulis prolifik, dua tiga tahun baru keluar satu. Ini novel saya yang keempat.
Inilah rupa bentuk buku-buku yang sudah siap dicetak dan dihantar ke stor PTS. Menjadi penghias latar belakang adalah rakan penulis prolifik - Salman Rush...err.... Bahruddin Bekri.
Satu bundle ada 40 naskah. Ya, macamlah tak boleh tengok di dalam gambar. Saya tak tahu nak letak caption apa.
Che Husna yang comel selaku model cover. Perhatikan persamaan wajah antara makwe yang memegang buku dan makwe di dalam cover buku.
Lagi gambar che Husna yang comel selaku model cover bersama seorang lelaki yang turut comel. Sudahlah comel, lelaki itu berbakat pula dalam bidang tari-menari dan pandai bertukang.
Kak Azlina, pegawai insurans selaku pembeli PERTAMA karipap-karipap cinta. Sungguhlah bertuah kerana menjadi yang pertama dalam sebahagian sejarah karipap yang bakal dibeli oleh 46,000 orang.
Daniyal Corleone, salah seorang sol-dadu selaku pembeli kedua dari 46,000 orang kemudiannya.
Fadli Al-Akiti, pembeli NOMBOR TIGA sambil menunjukkan isyarat bahawa buku ini lebih best dari Saga Horizon karya Fadli Al-Akiti. Agaknya la, saya tak pandai baca isi hati manusia, kalau saya pandai, tidaklah makwe saya yang dahulu-dahulu lari dari saya kerana kata mereka saya tidak memahami mereka.
F**k them, gua sudah ada novel!
Okey, okey, maaf kerana ayat tidak bersahsiah rupadiri yang tinggi.
Ada seorang lagi pembeli pada malam hari ketika saya bermain futsal dengannya. Agak malu saya hendak memuatkan gambarnya kerana takut dirinya rendah diri mengenangkan tidak secomel saya.
Terima kasih atas sokongan kalian.
Saya sudahi dengan ucapan - Karipap sedap.







March 10th, 2010 at 4:15 am
rase nak beli
March 10th, 2010 at 8:02 am
che husna comel macam karipap.hmmm.shedap!
March 10th, 2010 at 8:13 am
baru pas makan karipap... dh edar ke seluruh Malaysia ke nie??
March 10th, 2010 at 12:14 pm
Rasa macam nak masuk meminang... erk, maksud aku... membeli buku tu.
March 10th, 2010 at 3:30 pm
Hye che husna
March 10th, 2010 at 10:35 pm
oh maaf.apa no kontek che husna ya?teringin sangat hamba membelanjanya makan karipap sardin.boleh tak cik vovin yang comel?
March 10th, 2010 at 11:29 pm
Gua dendam kesumat dengan lelaki yang bergambar dengan che husna...Hahaha.10 buku pertama lu ada 'sign' tak.Kalau ada gua nak jadi top 10 buyer.
March 11th, 2010 at 8:41 am
tahniah!
semoga ada beberapa sequels..
March 12th, 2010 at 1:59 am
encik vovin,
harap dapat simpankan satu untuk jaja ye
dengan signature sekali
jaja balik uk
jaja jumpa vovin dan byr
moga jaya & tahniah!
JK
March 14th, 2010 at 5:00 pm
Cik Husna dengan lu memang sama padan!
March 14th, 2010 at 10:40 pm
bro
aku nak beli satu novel Kacip...i mean Karipap-Karipap Cinta lu ni
simpankan aku satu naskah
March 14th, 2010 at 11:24 pm
awek aku tgh baca.. tunggu dia nilai... penilaiannya ikut piawai kuman2 cepat merebak di kawasan gunung malaysia..
March 16th, 2010 at 11:35 am
Ingatkan ini novel ketiga? rupa-rupanya yang ke-4.
Habis novel yang ketiga tajuk apa?
Sudah terbit ke belum?
March 21st, 2010 at 6:34 pm
sudah beli dan baca.
sangat bagus dan seronok (^_^)
March 29th, 2010 at 4:59 pm
sudah beli dan baca, mmg best dan tak rugi, kelakar pun ada. puas hati.
April 7th, 2010 at 8:09 am
Taniah, Vovin! Saya mesti baca juga! Harap buku itu rasa sedap.
April 12th, 2010 at 4:05 am
Sharon - Thank you! Hehe.
May 6th, 2010 at 8:23 am
sedap sangat buku tu Sharon!