MAJLIS PELANCARAN SAYEMBARA KARYA HUMOR DAN NOVEL 10 JUTA PULUS (Masdalifazdlie M. Saaid), KARIPAP-KARIPAP CINTA (Karya Nazri M. Annuar) DAN STINGARDEN (karya Sinaganaga)
TARIKH: 28 Mac 2010
TEMPAT: PWTC - DEWAN TUN RAZAK 2 - Seberang Sungai (Booth PTS)
MASA: 1 Petang
DILANCARKAN OLEH: PENGARAH MAMAT KHALID
TAJUK: KARIPAP-KARIPAP CINTA
ISBN: 978-967-5136-52-8
HARGA: RM14
Beli Online: http://www.bookcafe.com.my/en/remaja/novel-remaja/karipap-karipap-cinta.html
SINOPSIS: Cerita tentang obsesi. Tentang cinta pandang pertama. Tentang darjah. Tentang lelaki yang terlalu banyak berfikir.
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.


dah hadam `karipap-karipap cinta` en.vovin nie..
saya membaca sambil buat senaman regangan muka ( baca: gelak dalam keadaan yang sukar di kawal)..
tahniah..
harap en vovin dapat hasilkan lagi karya bermutu sebegini..
khutbah-khutbah cinta,istinjak-istinjak cinta,misalnya..hahaha..
apa2 pun,tahniah yea saudara nazri m.annuar!!
Along - Boleh ke PWTC dan cari booth PTS sehingga 28hb. Atau cari di MPH, Popular dan mana-mana kedai buku.
Pelita - Terima kasih, hehe.
Tidak tahu hendak tulis macamana. Saya suka gaya penceritaan Tuan, siap dengan 'kamera angle' sekali.
Membaca buku ini menyebabkan saya terlepas Stesen STAR. Menyebabkan saya terpaksa menapak ke Stesen STAR yang sepatutnya (sebab terlepas satu stesen sahaja ciss). Saya rasa seperti Ali yang khayal di alam cintanya semasa membawa karipap beliau untuk diberikan kepada Sarah (Dalam kes saya -menapak ke stesen STAR Setiawangsa untuk ambil kereta).
Ringan tetapi menyeronokan!
pendek kata
CELAKA
yang bermaksud ; best betul buku bahasa baku ni!