ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Berhujung minggu di Kuala Lipis untuk survey satu projek bersama pemain bass Kuala Lipis.

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan memandangkan bandar tersebut tiada langsung cerita yang menarik.

Kemudian terus pecut dengan kereta kesayangan ke Johor Bahru, bandar kesayangan Tok Rimau dan err... ummm...

Singgah di hentian Ayer Keroh. Hisap rokok, makan waffle dan kencing.

Ternampak seorang budak perempuan belasan tahun bersama adiknya yang belum ambil UPSR. Kedua-duanya mata sepet. Memang cina habis. Pada mulanya saya ingat mereka berbangsa Cina. Tiada langsung saya syak yang...

Aha, ini twistnya.

Kemudian saya nampak seorang lelaki Melayu tulen, hampir sebaya dengan ayah saya berjalan ke arah dua budak itu. Si budak lelaki berlari mendapatkan lelaki Melayu itu.

Oh, itu si ayah.

Mungkin anak angkat.

Tapi kemudian saya nampak si ibu.

Kemudian saya tersengih seorang diri.

Keluarga itu melintasi betul-betul di sebelah meja saya yang sedang asyik memenuhkan waffle di dalam mulut. Kali ini saya pasti mak mereka Melayu berupaparas amoi. Cuma sudah tua.

Saya masih terus tersengih.

Apakah itu bayangan masa depan saya?

Bahawa lelaki tua itu masa mudanya seorang penulis blog dan isterinya masa muda merupakan Melayu amoi?

Bahawa saya melihat diri saya membawa keluarga bersiar-siar dengan mesin masa?

Ya, betul, ada satu persoalan.

Bukan, bukan adakah saya akan mendapat amoi satu persoalannya. Saya MEMANG akan dapat amoi.

Persoalannya apa kejadahnya guna mesin masa hanya untuk pergi bersiar-siar di Hentian Ayer Keroh? Pergilah Gold Coast ke, Afrika Selatan ke.

Nampaknya sehingga tua saya masih belum berubah, masih tiada tase.

Saya terus tersenyum, waffle sudah habis dan dua jam selepas itu Tok Rimau akan ketawa terbahak-bahak kerana saya bakal sesat di tengah Bandaraya Jaybee.

Interesting life i'm living in, is it?

3 Responses to “KUALA LIPIS – UKAY PERDANA – JAYBEE – KEINDAHAN DUNIA”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.