Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

MY FAVOURITE AMOI

Citarasa saya terhadap 'amoi' agak jelas dimata kawan-kawan. Saya sendiri kurang dapat memberikan alasan yang sahih kenapa selera saya tertumpu pada perempuan Melayu yang mempunyai paras rupa Cina, bak kata orang puteh, Chinese Look, lantas - 'amoi'.

Saya tertarik pada 'amoi', bukan original amoi yakni perempuan berbangsa Cina.

Saya masih ingat crush pertama saya terhadap amoi, owhhh, bahaya sungguh untuk diceritakan di sini, ialah semasa sekolah rendah lagi. Seorang gadis yang mempunyai susur galur bangsa Cina, tapi Melayu. Secara jujur, semasa darjah enam lagi saya pernah dengan jayanya membina fantasi duduk di satu kawasan padang rumput yang luas di bawah sepohon pokok yang besar dan sebakul berisi makanan piknik. Imaginasi itu juga menyedarkan saya bahwa saya memang mempunyai bakat menulis cerita. Yahaha.

Sudah tentulah crush pertama saya itu tidak ke mana kisahnya. Sekarang saya tidak pasti di mana amoi itu berada. Kali terakhir saya mendengar dia menjadi back-up singer untuk satu kumpulan muzik pop bertiga yang sudah pun tiada, dia sendiri khabarnya pernah menyertai kumpulan penyanyi gadis-gadis. Mungkin si dia sudah kahwin barangkali.

Amoi kedua yang menjadi crush saya semasa Sekolah Menengah. Okey, tidak banyak yang saya boleh ceritakan kerana saya hanya pandang dari jauh. Klue untuk yang mengenali saya, dia form 3, saya form 5.

Amoi ketiga datangnya semasa belajar di UiTM. Kali ini saya bertindak dengan lebih jauh dan serius. Maksudnya saya meluahkan rasa minatnya saya terhadap dia. Mujur dia menolak. Ada cerita menarik dengan amoi Shah Alam ini. Tapi mungkin saya akan ceritakan di lain waktu. Entah ke mana agaknya jalan hidupnya.

Amoi seterusnya seorang tauke spa. Saya pernah ceritakan sebelum ini dalam entri lama bagaimana saya mengorat dia. Umurnya jauh berbeda. Tatkala saya pertengahan 20-an, dia sudah hendak pertengahan 30-an. Seperti biasa, dia menolak hasrat saya untuk menggodanya. Okey, tak ada hal. Tapi saat saya pertama kali menegurnya memang sehingga kini menjadi situasi epik dalam hidup saya.

Amoi berikut, aha, ramai rakan saya yang tahu. Yang punya cerita panjang bersama saya. Saya tidak pasti dia tahu atau tidak atau tahu tapi buat-buat tak tahu. Awal perkenalan, saya seperti mahu mengoratnya. Namun setelah lama berkawan, saya kuburkan hasrat hati mengenangkan rasanya saya dan dia memang tidak boleh pergi lebih jauh sekadar kawan. Sekarang saya masih berkawan dengannya, agaknya. Cuma akhir-akhir ini dia begitu marahkan saya.

Dan amoi terakhir yang saya kenal, sudah tentulah cinta epik saya si Grand Duchess Farah Waheeda.

Di sebalik selera amoi saya, dalam lapan bekas makwe, saya cuma pernah menjalinkan hubungan cinta dengan hanya SEORANG amoi. Yakni Farah Waheeda. Si amoi yang memang kerap menghadapi kes di mana orang cina menegurnya dalam bahasa cina dan satu kes yang sungguh mengharukan tatkala dia naik bas pulang ke kampung, semasa waktu berbuka, brader co-driver bas tak beri dia kurma kerana menyangka dia Cina. Itu tidak termasuk orang Melayu memandang 'slack' padanya kerana sama-sama menunggu waktu berbuka puasa di sebuah restoran yang 'Full House', memandang dengan pandangan 'Cina ni macam tak faham, nak datang makan waktu orang berbuka puasa juga, tengok ramai tak dapat meja sebab dia'. Muahaha.

Itupun dia kini berstatus 'bekas teman wanita'.

Saya tidak pasti samada saya akan end up dengan amoi atau tidak. Entri ini juga sepatutnya saya tidak tulis. Kerana ia akan menjadi bahan ungkitan kepada makwe/isteri saya pada masa akan datang, JIKALAU dia tidak tergolong dalam kategori amoi.

Tapi what the hell, harung saja. Bukan pertama kali saya berdepan dengan situasi-situasi begini. Jika diungkit, saya libas dengan kain sarung. Ya, saya suka mendera wanita secara fizikal.

Bak kata seseorang yang terkenal dan anda mengenalinya kerana beliau seorang blogger popular, "Perempuan dilahirkan untuk menyusahkan lelaki,"

Ha.

Itu tricknya, perempuan mana yang agak-agak sanggup menyusahkan saya TANPA perlu meninggalkan saya.

Kita tunggu dan lihat.

14 Responses to “MY FAVOURITE AMOI”

  1. Nice blOg!!!

    JOM join Geng blOgger. Best! And bley pOpularkan ur blOg, dpt earning byk dari nuffnang =)

    Klik je http://www.gengblogger.com/?ref=gadisterbilang

  2. Wooottt wooott... Mmbetulkan kesilapan

    Dpt pepelerkan ur blOg n traffic byk. XD

  3. GT - gua sudah sedia popular seperti yang gua nak. Terima kasih.

  4. Amoi! I like!

  5. Crush dengan amoi adalah sesuatu yg unik :D

  6. Ha ha. Eh, gua ke yang cakap mcam tu? HA HA HA HA HA.

  7. Insyaallah saya akan cuba cari novel kamu di Pesta Buku 2010 nanti,
    oh ya bahagian nak kena libas dengan kain sarung itu sungguh klasik
    keh keh keh....

  8. hopefully one day you'll find your match.

  9. Selera kita lebih kurang sama.Masalahnya, Encik "perempuan memang dilahirkan untuk menyusahkan lelaki" sudah bagi warning awal awal...Haha.

  10. Hoho, Aku suppose encik "perempuan memang dilahirkan untuk menysahkan lelaki" ni, is in for a biggggggggggggg trouble after entry ni keluar. Good luck.

  11. bart - kau macam tak faham isi entri ni je?

  12. heheh.. dh lama tk menjenguk ke sini. kalau setakat nk menyusahkan hidup lelaki, rasanya ramai yang berbakat besar heheheh

  13. selamat ketemu dengan amoi yg menjadi idaman hati

  14. Pipi akan ada big trouble lepas ni?? Err, salah ker? Ker bukan PP?

Leave a Reply