ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Assalamualaikum,

Ketika saya sedang asyik menaip di satu tempat yang sungguhlah cantik dan memberi banyak inspirasi yakni di dalam bilik saya di Ukay Perdana, tidak semena-mena muncul satu susuk yang saya kenali memberi salam.

Kenapakah kau tidak lagi mengemaskini blog bercerita tentang aku? soal Panda Cinta.

Ahhh, sayatidak menyangka dia akan bertanya soalan sedemikian rupa.

Menulis blog bukan kala gundah gulana kerana putus cinta (atau diambang), blog juga boleh ditulis tatkala bahagia, katanya lagi.

Ini soal risau popularitimu sudah mau jatuh bukan? tanya saya.

Bukanlah, cuma, iyalah, aku risau tengok ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya Panda Cinta. Aku risau mereka yang tertanya-tanya itu saban hari diserang hari yang tidak menyeronokkan kerana hidup tanpa mendapat jawapan, yakni apa terjadi kepada Panda Cinta.

Saya cuma ketawa.

Dia tanyakan tentang hal majlis kahwin yang saya baru hadiri.

Aku risau dengan kau, kata Panda Cinta.

Saya tanyakan kenapa.

Selama ini, jika ada orang bertanya bila nak kahwin, kau akan jawab dengan banyak jawapan, tapi aku dapat baca hatimu tidaklah menjawabnya dengan sepenuh hati.

Tapi hari ini, tatkala kau menjawab 'umur 40 tahun nantilah aku fikir nak kahwin ke tak," tiba-tiba hatiku bergetar, kerana jawapanmu itu lahir dengan tulus ikhlas dari sisi hatimu.

Saya ketawa lagi.

Tak perlu risau wahai Panda, kata saya. Bukanlah saya mahu keluar agama, atau meninggalkan keluarga, atau melakukan kerja-kerja yang tidak munasabah.

Keadaan semasa membuatkan saya fikir usia 40 tahun baru saya cukup matang untuk memikirkan soal kahwin.

Lagipun saya terkesan dengan nasihat-nasihat Sinaganaga tentang tanggungjawab dan hal ehwal kahwin ini. Apa yang beliau katakan itu benar-benar belaka, cuma saya sebelum ini kurang mahu mendengarnya.

Lagipun bukanlah lama sangat nak tunggu. Saya tidaklah mahu menimbulkan isu seksis, tetapi terlalu banyak peluang dan rancangan di depan mata saya di mana pada hemat saya jika mempunyai seorang isteri hanya akan membebankan hidup saya sahaja. Menulis novel, membuat video klip, fotografi, mengembara, membuat musik, aktiviti sindiket Sol-jah dan banyak lagi yang mahu saya buat. Setakat ini saya tidak nampak bagaimana seorang isteri boleh fit in dengan jadual hidup saya.

Panda cinta angguk. Setuju dengan pendapat saya.

Kemudian kami sama-sama menikmati nasi goreng yang telah ibu saya bekalkan sebelum pulang ke Kuala Lumpur siang tadi.

3 Responses to “NEO PANDA DAN HAKIKATNYA SAYA AKAN MULA SERIUS PADA USIA 40 NANTI”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.