Semasa dalam proses menyiapkan manuskrip KARIPAP-KARIPAP CINTA, saya pernah berhenti rehat dan menjenguk hutan kediaman Panda Cinta.
Adapun kedatangan saya ke sana demi menunaikan ajakannya yang mahu minum teh bersama saya. Sudah beberapa kali ajakannya saya tolak atas alasan mahu menyiapkan novel.
Tapi saya layankan ajakan kali ini. Takut dia merajuk. Panda Cinta, disebalik namanya yang agak cute, cukup buruk rupanya bila merajuk.
Petang itu, di atas awan berbalam-balam, saya duduk bersila sambil minum teh putih. Sedap tidak terkata.
Kami berbual tentang perkara kasual.
Kemudian entah bagaimana tergerak hati saya hendak bertanya satu soalan,
Lebih kurang berbunyi begini, "Kau menyemai cinta pada manusia, pernahkah kau bercinta? Kau tak pernah kenalkan aku pada makwe kau..."
Panda Cinta terhenti dari minum. Dia meletakkan cawan di atas awan sambil merenung jauh. Saya dapat lihat matanya bergenang air. Saya jadi serba salah. Mungkin saya tersalah tanya.
"Panjang ceritanya, satu hari takkan habis. Kau telah membuka kesedihan silamku..." ujar Panda Cinta perlahan.
"Panjang apa benda," celah arnab si peniup seruling. "Senang saja nak cerita apa? Panda Betina yang kau minat tu, rejek kau sebab kau tak ada duit dan pergi ke Panda Jantan Zoo Madrid yang lebih kaya dan terkenal,"
"Celaka kau arnab!" Panda Cinta bangun dan cuba menyepak arnab si peniup seruling. Pantas arnab si peniup seruling melarikan diri dari terkena sepakan Panda Cinta.
Saya terkesima dalam mengeteh.

sadis kisah cinta encik panda
mengeteh tu ap ek??
i wish panda cinta benar2 wujud.
ramai yang begitu (pakar dalam psikologi cinta tapi tiada pasangan). kesian Panda.
sapphire - ngeteh tu minum teh
terra - kamu kasi saya idea
ateeka - Panda Cinta sudah tentulah wujud.
Dewa & nfor - kasihan kan..
jatuh cinta sama panda cinta!
kasihan panda tu. taknak cari yang lain ke? =)
suka arnab tu. bikin spoil mood panda je. nasib baik tak kena sepak. haha =D
hakikatnya mmg macam tu. semua org memerlukan bantuan org lain / panda untuk menyelesaikan masalah. pakar cinta.. tk semestinya pandai bercinta. pakar bedah pun perlukan org lain untuk bedah diri dia. heheheh
Taf Teh - ececece, rilek la, ini piece of fiction.
Stan Lee tulis Spiderman takkan la dia pandai merayap atas dinding.
Rilek, rilek, baca perlahan-lahan sambil minum kopi.
mesti dh lebam2 arnab tu kene sepak ek?? huhu
erk, is there any animals harm during the making of this article?? LoL :p
mau jumpa panda cinta....nak mintak sain