Saya menghempas akhbar. Celaka punya wartawan!
Kepala saya ligat berpusing, mencari titik punca bagaimana rahsia ini mula tersebar.
Tittt! Titttt!
Ah! Juliana Evans call.
Saya angkat.
"You dah baca?" soalnya.
"Ya..." jawab saya lemah sambil menatap headline akhbar yang saya hempas tadi: "PENGARAH TERNAMA CURANG?" dengan subheadline: "Gosip hubungan Nazri M. Annuar dan Juliana Evans terbukti benar?"
Ini memang menjadi kepakaran media. Aksara TANDA SOAL.
"You dah janji yang you akan handle dengan baik!"
"Jue, dengar sini..." saya bersuara lembut,
"I...i..." kedengaran suara Juliana Evans teresak-esak. "You tau tak, Razaisyam Rashid dah drop i dari berlakon filem dia, PA dia call tengah hari tadi."
"Alaaa, banyak lagi pengarah lain yang nak ambil you. Nanti i try kontek Bainun Waheeda, dengar cerita projek filem Third Hand Lover dia dah nak jalan," pujuk saya.
"Tapi you tahukan i original actress untuk My Indie Hip Hop Darling ni?" Juliana Evans sudah hampir hendak menangis. Saya angguk. Tidak dapat dinafikan kerjaya Jue, nama manjanya yang sering saya panggil mula naik setelah berlakon dalam filem Razaisyam Rashid, My Indie Blues Darling. Filem yang nyaris mewakili Malaysia ke Canness itu (hanya tewas di tangan filem seorang pengarah kontroversi, Dean Sham - TERSADAI). Selepas My Indie Blues Darling, Juliana terus membintangi sekuelnya, My Indie Progressive Rock Darling yang turut mendapat sambutan hangat. Maka kemudian lahirlah sekuel kepada sekuel, My Indie Hip Hop Darling.
"I will sort it out darling,"
"Please..."
"Okey, got to go..."
"I love you..." bisik Jue.
"Hmmm," jawab saya (lelaki ego tinggi kena balas hmmm sahaja).
Pintu di ketuk.
"Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh," seorang lelaki berserban, berjubah putih dan berjanggut panjang dengan dahi lebam menyapa saya.
"Eh, Pipi, bila kau balik dari Syiria?" soal saya.
"Dua hari lepas," jawab Pipiyapong.
"Bagaimana dengan scene tabligh di Syiria?"
Pipiyapong angguk, "Alhamdulillah. Aku dengar banyak cerita hangat pasal kau?"
Saya tersengih sambil mempersilakan dia duduk.
"Apa khabar Lisa?" soal Pipiyapong.
"Dia sihat..." jawab saya.
"Kau masih sayangkan Lisa?" soal Pipiyapong.
Saya gumam. Tidak menjawab soalan Pipiyapong.
"Dia datang mengadu pada kau?" soal saya pula.
Pipiyapong angguk.
Saya tidak marah tindakan Lisa. Saya faham. Malah sebenarnya saya harus berterima kasih atas jasa Pipiyapong. Kalau tak kerana kepandaian tarbiah Pipiyapong, wanita bernama Melissa Gilbert itu takkan menukar namanya kepada Lisa Abdullah dan mengahwini saya.
"Jauh dia berhijrah. Dari Hawaii ke Malaysia. Dan lagi jauh dia berhijrah...dari seorang Kristian kepada seorang muslimah, besar pengorbanan dia..."
Peh, sejak akhir-akhir ini segala kata-kata Pipiyapong memang saya tak boleh nak balas. Tinggi ilmunya sejak belajar dan menetap di Syiria. Jauh beza ketika dia berlakon dalam POMEN, filem pertama saya dua puluh tahun yang lepas.
Saya bungkam, membiarkan bias-bias cahaya mentari petang menyentuh diri.
Ah, Lisa isteriku, Juliana cintaku...
.....

amboi,amboi,amboi.....
wah menarik ni. ada sambungan tak?
Ustaz Pipiyapi High. Mmmm, macam nama pendakwoh! Pergh.
Juliana? Melissa Gilbert?
Hmmm. Barangkali sudah sampai masanya, Ustaz Pipi mengajarmu ilmu munakahat. Quata masih ada 3. Macamana kalau aku cadangkan yang no 3 Lisa Surihani?
pipi dah jadi mufti ke blom waktu nih???
aku syak Pipi dah jadi mufti tapi letak jawatan sebab banyak sgt korupsi dalam Jabatan Agama.
Keputusan berhijrah ke SYRIA adalah tindakan terbaik, syabas Pipi!, eh silap USTAZ PIPI!.
takpe takpe, tunggu sikit hari lagi.
Bahahaha....jauh pipi berhijrah. macam ozil.
Zaassss!!!...
lagi 20 tahun pun ada melodi jugak kah ? ha ha
YESSS..dah dapat satu bintang.
azmil mustapha dan hafsham dan mekanik. oh yeah! gua terer...
Vovin dah lari ke Bali, untuk tenangkan fikiran...haha!
Melissa Gilbert Little House On The Prairie? Kinky betol ko ni brader.
Pipi tinggal di SYIRIA not Syria. Sapa yang typo?
Syiria dan Syria dua negara berbeza ke?
aku ingat ejaan Syirian, rupanya Syria. Betulkah?
Boleh verify, sesapa?
haisy.. pipi slalu kena. ngn tok rimau pon dia kena. dengan naga pon dia kena.