Ada kata pepatah, ajal-maut, jodoh-pertemuan di tangan tuhan.
Bukan di tangan Panda Cinta.
Ayat kedua itu saya tambah sendiri.
Sedar tak sedar, Panda Cinta sudah mempertemukan saya dengan sesuatu yang istimewa. Besar sungguh jasa Panda Cinta dalam mengajar saya tentang kehidupan. Namun sejak akhir-akhir ini entah kenapa mereng saya datang. Saya terlupa apa yang diingatkan oleh Panda Cinta dan bertukar menjadi orang lain.
Kenapa?
Rupanya Panda Cinta sudah tidak menjaga saya lagi.
Ketika datang melawat di atas awan, dia terbaring lesu nyenyak dalam tidur. Kata Arnab si peniup seruling, sudah enam hari sakit kuatnya datang. Enam hari juga Pak tabib Burung Hantu dari awan Selat Melaka datang mengubat Panda Cinta.
Saya berdiri di tepi katil buluh Panda Cinta memandang matanya yang tidak terbuka.
Di sini datangnya dilema. Saya dalam kesusahan dan perlukan Panda Cinta. Namun ketika inilah dia sendiri sedang bertarung dengan nyawa.
Arnab si peniup seruling seakan dapat membaca hati saya.
Saya katakan kepada arnab si peniup seruling yang saya masih memerlukan Panda Cinta. Walaupun hakikatnya mungkin inilah waktunya saya harus belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa.
Hakikatnya juga saya bakal hilang semuanya, sedikit masa lagi. Termasuk Panda Cinta.
Itu sesuatu yang menyedihkan.
Tapi mungkin ini hakikat hidup di dunia.
Arnab si peniup seruling lantas memainkan lagu "Listen To Your Heart" (yang pernah dipopularkan oleh kugiran Roxette) dengan serulingnya.
Saya terus bungkam di sisi Panda Cinta disulami latar seruling Listen To Your Heart.

sedihnya baca.
saya cuba mencari ayat sehebat kata - kata Panda Cinta untuk komen kali ini, tapi tak dapat , yang ada cuma bunyi tiupan seruling oleh Arnab Si Peniup Seruling.... lagu Westlife - Fool Again <- apa kejadah ?
sedihnya Panda Cinta sakit. harap2 dia cepar sembuh. T__T
panda cinta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hantar panda cinta ke hospital swasta.bole caya ke pak tabib tu? huhuhu
moga panda bisa kembali seperti sedia kala =)
Ya, masanya untuk berdialog dengan hati sendiri...
Jiwang ghiler entri ni....
;0
Semoga Panda Cinta cepat sembuh. Sekiranya Panda Cinta sembuh, bolehkah beliau menjaga Mush juga?
(mengapakah Mush terbayangkan Po Kungfu Panda dan kenangan di sebaliknya?)
berapa umur panda sekarang?,
Lu jangan memain vovin.Tak pasal-pasal panda cinta karang masuk newspaper pasal kes kena raba.Naya...Papehalpun semoga panda cepat sembuh.Lu pun sama,moga cepat settle problem