ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Cerita ini adalah fiksyen dan tiada kaitan antara yang hidup apatah lagi yang sudah diseksa di alam kubur.

++++

Dalam filem INCEPTION, satu benda yang penting adalah 'totem'.

Totem adalah barang milik 'pengembara mimpi' yang dibawa bersama di alam mimpi. Totem boleh sahaja merangkumi apa-apa barang kecil. Kegunaannya - katakan totem saya adalah sejenis benda kecil berbentuk gasing. Benda itu eksklusif milik saya, di mana hanya saya seorang yang tahu beratnya, pernah menyentuhnya dan kebarangkalian pernah melihatnya.

Apa kegunaannya? Totem berfungsi sebagai alat untuk 'menyedarkan' yang kita masih berada di alam mimpi atau 'memastikan' yang kita sudah benar-benar berada di alam realiti.

Jika kita masih berada di alam mimpi, totem gasing yang diputarkan itu takkan berhenti berpusing, dan jika ia berhenti berpusing, maka sudah pastilah kita sudah kembali di alam realiti.

------

Dan ketika itulah saya mengetahui yang diri saya telah dikhianati oleh Brandon Hatta, di mana dia cuba untuk melakukan 'inception' ke atas diri saya. Ketika saya melihat gasing yang saya putar tidak berhenti berpusing.

"Kenapa? Kenapa kau mengkhianati aku?" soal saya.

"Seseorang telah mengupahku untuk menggagalkan misi ini," jawab Brandon Hatta.

"Misi ini akan tetap diteruskan!"

"Aku akan gagalkannya!" tegas Brandon Hatta.

"Aku takkan benarkan kau menghalang untuk aku hidup bersama perempuan yang paling aku sayang!" jerit saya.

"Itu aku tak peduli!"

BLAM!

Satu tembakan dilepaskan dan Brandon Hatta terkulai. Muncul Pipiyapong dengan pistol di tangannya.

"Selesaikan misi ini, dapatkan Ajunski," ujar Pipiyapong datar. "Dah jadi prinsip hidup aku, kerja tak boleh dibuat separuh jalan,"

Saya angguk.

Tiba-tiba ruang kosong itu mula memecah. Lantai dan dindingnya meretak. Beberapa lubang mula terbentuk akibat pecahannya.

"Bawa Ajunski kembali ke lapisan ketiga!" jerit Pipiyapong sambil terjun ke dalam lubang dalam itu.

-----

Adapun gegaran itu bersangkutan antara lapisan satu, dua dan tiga. Ia menandakan masa kami sudah hampir tamat dan bila-bila masa sahaja kami akan terjaga dari tidur.

-----

Di alam mimpi lapisan pertama - Bainun Waheeda memandu van dan menjunamkan van itu ke dalam sungai untuk 'mengejutkan' kami dari tidur.

-----

Serentak dengan itu, di alam mimpi lapisan kedua, keadaan menjadi zero graviti dan Amar Amer terpaksa berlawan dengan musuh ala-ala Matrix.

------

Alam mimpi lapisan ketiga, Ajunski telah berjaya disedarkan. Pipiyapong kelihatan mengikat Brandon Hatta agar tidak lagi melakukan onar.

Ajunski kemudian di bawa masuk ke dalam rumah agam di Puncak Bukit.

Perlahan-lahan Ajunski membuka pintu rumah.

Dan dia pun masuk.

Ketika itulah saya tahu misi kami telah berjaya.

Saya amat pasti idea cinta saya telah berjaya di tanam di dalam minda Ajunski.

------------

Saya membuka mata dan melihat Pipiyapong dan Amar Amer memandang saya.

"Tahniah," ucap Amar Amer. Pipiyapong angguk sambil tersenyum nipis sambil menghisap surya sambil mengupdate status facebook menerusi handphone.

Saya tersenyum. Saya bangun.

"Ajunski sedang menunggu kau di rumah Ukay Perdana..." ucap Amar Amer. "Dia tidak sabar untuk bertemu dengan kau..."

Saya angguk. Saya bingkas mendapatkan teksi dan terus mengarahkan untuk ke Ukay Perdana.

Sampai di bawah rumah, saya terus membuka pintu teksi (tidak membayar) dan berlari mendaki tangga dan membuka pintu rumah.

Alangkah indahnya pemandangan di dalamnya bila melihat Ajunski tersenyum cantik di satu sudut menanti saya.

Saya mengeluarkan totem saya dan memusingkan totem itu di atas meja.

Saya membiarkan totem itu dan pergi mendapatkan Ajunski, yang pada mata saya sungguhlah indah, lebih indah dari mana-mana wanita yang pernah digambarkan paling indah dalam sejarah peradaban manusia moden.

"Kita akan bahagia bersama..." ujar saya.

Ajunski tersenyum dan membalas, "kita akan sentiasa bahagia bersama...selama-lamanya..."

Kami berpimpinan tangan berjalan ke Alima.

Dan membiarkan totem itu berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...dan...

TAMAT

8 Responses to “PERMULAAN UNTUK AJUNSKI (INCEPTION FOR AJUNSKI) part 3 (final)”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.