ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Atau dalam Bahasa Melayu (samada tinggi atau rendah), lelaki sebenar, menulis.

Kadang-kadang bila datang anginnya, saya akan menghabiskan masa di atas awan, duduk berbantalkan kepul-kepul awan kecil sambil membaca buku. Ada harinya, saya bawa buku saya untuk diperkenalkan kepada Panda Cinta, dan ada harinya Panda Cinta membawa koleksinya. Boleh tahan juga fiksyen-fiksyen kegemarannya.

"Seni membaca buku ini bergantung kepada fokus hidup kau," ujar Panda Cinta.

"Hidup mesti nampak rare," celah arnab si peniup seruling. "Mesti nampak unik. Kalau 100 orang suka baca benda yang sama, kau mesti dilihat tidak suka dengan kegemaran itu. Barulah kau boleh keluarkan soalan, 'aku tak fahamlah kenapa diorang suka baca (letak tajuk buku yang 100 orang itu suka baca)."

Saya angguk. Saya bukan faham sangat. Tapi anggukkan saja.

Hari ini seperti biasa saya naik ke atas awan membawa senaskah novel Nisah Haron, pemenang anugerah sastera. Saya mahu kenalkan Panda Cinta dengan sastera Melayu (atau Malaysia - bergantung pada sisi fahaman politik anda).

Panda Cinta menjuihkan bibir. "Sudah baca setahun lepas,"

Konon nak kata dia up to date.

Saya tidak pedulikan riak bongkak Panda Cinta lalu mengambil tempat di satu kepul awan dan mula membuka buku.

Sebentar kemudian,

Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Saya mengerling.

Ah, apa sudah jadi?

Panda Cinta sibuk menekan mesin taip.

"Buat apa?" soal saya kepada arnab si peniup seruling.

"Tulis buku," jawab arnab si peniup seruling.

"novel?" soal saya.

"Ish, gila apa, dia bukan ada bakat tulis cerita," jawab arnab si peniup seruling. "dia sedang tulis buku motivasi percintaan. Katanya sudah ada penerbit berminat nak terbitkan. Penerbit luar negara,"

Saya angguk. Dalam hati saya ucapkan semoga berjaya kepada Panda Cinta.

Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tiba-tiba arnab si peniup seruling datang mencampakkan senaskah manuskrip yang ditebuk tepinya dan diikat dengan tali.

"Jangan beritahu aku kasi kau," bisik arnab si peniup seruling. "Ini manuskrip novel yang pernah dia tulis. Tiga tahun lepas. Novel cinta,"

Saya angguk.

Saya lihat tajuknya;

MUSIM CINTA BELUM BERAKHIR

Saya terkesima membaca tajuk itu. Saya pandang arnab si peniup seruling.

Arnab si peniup seruling angguk. "Kau akan faham sengsara aku bila membaca manuskrip itu," katanya. "Bila setiap hari dia duduk di tepi aku dan paksa membaca manuskripnya. Manuskrip setebal 600 mukasurat!"

Saya buka mukasurat pertama.

Saya tutup kembali dan letak di tepi.

Benar kata arnab si peniup seruling. Panda Cinta tiada bakat menulis fiksyen.

"Ah, kau pegang manuskrip novel aku, boleh kau baca? Aku mahu dengar komen dari seorang penulis novel. Kau beritahu part mana yang perlu aku ubah atau perbaiki," tiba-tiba Panda Cinta sudah berada di sisi saya.

Saya kaget. Saya pandang arnab si peniup seruling. Arnab si peniup seruling angguk.

600 mukasurat! single spacing!

11 Responses to “REAL MEN WRITES”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.