Saya mungkin silap, tapi selalunya anak-anak muda unik yang anti-establishment dan jiwa memberontak tak menulis mengenai tahun baru 2010, bukan apa, sensitif sangat kalau hidup dalam klise ini.
Tapi nampaknya saya klise.
Setahun akan datang adalah masa-masa mencabar saya.
Ramai yang sudah tahu saya akan 'berehat' dari memegang tampuk pemerintahan unit PTS Fortuna. Disini ada dua makna, satu saya secara teknikalnya 'tidak bekerja' tetap dan seterusnya hilang sumber wang bulanan saya.
Ah, gila.
Menjelang tahun baru, saya berjumpa dengan Zulhabri. Jejaka ini mewar-warkan beberapa projek baru yang menarik. Terutamanya tentang rumah Republik Anak Muda (walaupun secara peribadi, perkataan Republik ini sudah seakan over-used dan sudah tidak nampak seninya melainkan syok sendiri - tapi saya layankan saja, mungkin mereka ada idea sendiri, tak mengapalah, itu sekadar nama - janji semua bahagia, wink wink).
Melihat rumah RAM (singkatan kepada nama panjang tadi), saya terfikir beberapa aktiviti yang boleh saya usahakan bersama Zulhabri dan rakan-rakan lain. Saya tidaklah memanggil aktiviti seni kerana siapalah saya untuk bercerita mengenai seni. Tapi kurang lebih aktiviti yang melibatkan daya lepak yang tinggi.
Satu prospek menarik. Selain prospek penerbitan milik Zulhabri iaitu Oxygen Media.
Projek penulisan saya harapkan berjaya seperti yang dirancang. Awal tahun 2010, jika tiada gangguan yang tidak munasabah, novel keempat saya, KARIPAP-KARIPAP CINTA bakal menemui pembaca dan peminat (ada ke? La la la). Ini cubaan pertama saya dalam genre Komedi Romantik.
Mana-mana studio perfileman yang hendak mengadaptasi novel komedi romantik saya boleh hubungi ejen saya.
Selain KARIPAP-KARIPAP CINTA, besar harapan saya untuk menyudahkan Opera Angkasa 2 dan sebuah novel fantasi melibatkan karakter kegemaran muda-mudi yakni PANDA CINTA. ya, PANDA CINTA akan mempunyai novelnya sendiri. Doa-doakan sahaja semuanya berjalan lancar. Saya mensasarkan tahun 2010 sebagai tahun prolifik novel.
Untuk projek jalan-jalan, saya bercadang untuk memulakan langkah berjalan di Malaysia. Siapa mahu ikut boleh hubungi saya.
Projek filem pendek juga saya harapkan dapat diteruskan dengan bantuan rakan-rakan yang begitu bersemangat. Kurang-kurang dapatlah saya hasilkan satu untuk tahun ini.
Selain itu terdapat beberapa rancangan lain di mana kejayaan rancangan itu bergantung kepada tahap usaha saya. Jika malas, maka ia tinggal cakap-cakap sahaja. Doakan saya tidak malas.
September 2010 saya bakal melangsungkan perkahwinan, maaf, itu perancangan tahun lepas. La la la. Tahun ini juga memberi prospek yang cerah dengan mengenalpasti beberapa calon untuk makwe. Ini termasuk 3 orang supermodel busana muslim, 2 pelakon tetap drama Melayu dan beberapa wanita yang aktif dalam kerjaya masing-masing. Meskinpun perut saya sudah semakin menaik, namun charming masih belum hilang dan secara puratanya masih digilai oleh ramai gadis.
Saya mendoakan agar tahun 2010 adalah tahun terhebat dalam sejarah hidup saya.
Juga saya doakan kalian yang membaca merasai hidup yang serba hebat di tahun 2010 ini.
Bak kata pepatah, jika ayam, makanlah ayam itu.
Yang Benar,
Nazri M. Annuar
Ukay Perdana.

menarik. esp. part memulakan langkah berjalan di malaysia tu. i'm in!
saudara vovin,
saya juga baru mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun menjadi hippies.
jadinya bolehlah saya turut serta dalam projek berjalan di malaysia itu. untuk ke luar negara adalah mustahil kerna pihak imegresen memusuhi saya kini.
saya juga berharap saudara vovin dapat membantu kami dalam 2-3 projek penerbitan milik komuniti baru kami, ABU akronim untuk Angkatan Belia Urban yang akan meneruskan projek antologi 50malaysia dan juga Klang Valley Weekend Bible.
Luca - boleh saja. Sudah hubungi Oxygen Media? Mungkin boleh ada kerjasama dengan diorang.
novel Panda Cinta - mesti mauuuuu..