20 April 2010
Saya menghela nafas dan kemudian menghembus asap rokok terakhir sebelum mencucuh ke dalam bekas abu rokok.
Pandangan saya terlontar jauh ke bawah, ke laman rumah. Dari balkoni tingkat 3 itu saya dapat melihat kereta Volkswagen Golf GTI masuk dan parking di satu sudut laman. Dari perut kereta itu keluar dua manusia. Satu dalam bentuk wanita dan satu lagi manusia kecil.
Saya tersenyum.
Saya menghidupkan sebatang Sampoerna.
Manusia wanita tadi naik ke tingkat 3, menjengah ke balkoni dan menegur saya,
"Baru habis sebatang, ni hisap sebatang lagi..." tegur dia.
"Mana ada? ni rokok pertama hari ni," balas saya.
"Hmm, yelah, puntung kat ashtray tu belum padam asapnya," balasnya.
Saya tersenyum. Tak hairanlah dia menjadi pegawai polis. Berpangkat pula tu.
"Pukul berapa nak siap?" soal wanita itu. "Nak gerak pukul berapa?"
"I mandi dulu," jawab saya. "Nak mandi sekali?"
"Tak mau, nanti lambat siap," balasnya dari dalam bilik.
Saya mencapai akhbar dan menyelak satu persatu lembarannya.
"SKANDAL VIDEO LUCAH FIRDAUS A?" saya ketawa membaca headline ruangan hiburan itu. Tak habis-habis. Saya tidak kenal sangat penyanyi pop bernama Firdaus A ini. Yang saya tahu, anak muda dari Kuala Lipis ini mula mencipta nama selepas memenangi pertandingan Bintang RTM beberapa tahun lalu.
Kata anak saya (yang perempuan), lagu-lagu Firdaus A ini boleh tahan sedap. Saya tahu Cempaka, anak perempuan saya amat menggilai Firdaus A, kalau tak, masakan poster URTV triple-spread boleh ditampal di depan pintu biliknya. Mahu tak mahu, terpaksa juga saya melihat aksi Firdaus A yang berkemeja tapi tak berbutang menampakkan susuk pusatnya dan berseluar pendek setiap kali saya melalui bilik Cempaka.
Saya selak lagi. Mata saya tertumpu pada satu berita, mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar ketua pembangkang, Datuk Sri Zaid Ibrahim sebagai pengecut. Saya menggelengkan kepala. Macam-macam. Saya masih ingat 2008 parti pimpinan Tan Sri Rafidah Aziz berjaya menumbangkan parti pemerintah ketika itu, sekaligus mengambil alih tampuk pemerintahan dari Perdana Menteri sebelum itu, Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Dengar cerita parti si Rafidah Aziz juga mengalami tekanan dan parti pimpinan Zaid Ibrahim kini berada di pole posisition dalam pilihanraya akan datang.
Saya cuma mendoakan yang terbaik.
"Baca paper pulak?" jerkah wanita tadi. Dia sudah hampir siap. "Mandi sekarang!"
"You mandikan i? boleh?"
"Mengada-ngada, cepat-cepat! you tahukan malam ni malam penting untuk Cempaka?"
"Okey, okey..." saya bangun. Terus sahaja mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.
Saya usai mandi dan berpakaian dan saya lihat wanita tadi belum juga siap.
Dia seperti tahu makna lirikan mata saya. Masakan tidak, sudah sepuluh tahun hidup bersama.
"Itu sebab i mandi dulu dan mula bersiap," dia bersuara bersahaja.
Kami turun ke bawah dan melihat Cempaka sudahpun siap.
"Sudah tak sabar?" saya mengusap kepala Cempaka. Cempaka tersenyum.
Di dalam BWM, saya melihat Cempaka begitu teruja sekali. Ah, masakan tidak. Saya turut bangga dengan pencapaian Cempaka. Lebih dari 20 juta permohonan seluruh dunia, dan 250,000 dari Malaysia sahaja, Cempaka menjadi satu-satunya rakyat Malaysia untuk menyertai 29 pelajar lain di seluruh dunia untuk program angkasalepas ini.
Dialah cinta hati saya. Dari buku pertama yang Cempaka baca (KURA-KURA YANG ANEH - karya penulis/pelukis buku kanak-kanak bertaraf dunia - Azalan Hussain - menang 4 anugerah buku kanak-kanak antarabangsa) kini dia sedang menghabiskan The Origin Of Species.
Saya melemparkan pandangan ke luar. BWM kami menyusuri bandaraya Ipoh yang pesat membangun. Kami melewati sebuah banguna enam belas tingkat yang jelas terpampang - WISMA NAZRI.
Hati saya menadah syukur ke hadrat ilahi. Tanpa rezekinya, mana upaya saya menjadi pengarah urusan untuk sebuah firma Kejuruteraan bertaraf antarabangsa. Rezeki saya juga kerana mempunyai isteri yang parasnya seperti Erra Fazira tapi versi polis. Dan Cempaka yang bijak dan cilik.
Di corong radio kedengaran lagu 'GADIS ELEKTROMAGNET' nyanyian Mohd Jayzuan, yang merupakan penyanyi kelahiran Ipoh.
BWM saya terus menyusuri jalan kota metropolitan Ipoh, yang jauh lebih maju dan berdaya saing berbanding Kuala Lipis, yang hanya mempunyai penyanyi bernama Firdaus A.
"agaknya inilah yang dinamakan Trankuiliti Ipoh..." bisik saya sendirian.
Kehkehkeh.
Bacaan tambahan: The Original Trankuiliti Tronoh

Macam setannnnnnnnnn
orang ipoh tak setan firdaus A. hahaha
Firdaus A. URTV. Bintang RTM. Lawak gila ah! Hahahaha!
Hahaha...
Aku rasa nak panggil lawyer
Kahkah. Lucy memang patut panggil lawyer. Trademark Lucy ditiru secara beramai-ramai.
Wisma Kejuruteraan..cilakak selama ni lu tipu gua la ye.
Hehehe. Style gak tajuk lagu tukar macam tu!
Bini Gerak Khas. Steady
hahaha
cam haram betul!
Sumpah aku tak faham merapu ni... tapi fantasi yg first class
gua tak faham
blog ampeh macam dajei sikit penulisan..hahahahaha.. ai laik ai laik..terutama kaitan dengan Haji Pipi.. macam mana boleh tak perasan ini blog? Aiyakk.. menarik menarik!!
weed - selamat datang. Contrary, saya sudah lama membaca blog anda,
trankuiliti yang sgt mantap..bayag2 masa depan lu adalah sgt cerah..keh keh keh
would love to perpetually get updated great web site! .