ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Dengar cerita filem itu sudah dapat kutipan yang kuat. Baguslah.

Salah satu keistimewaan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini ialah lapisan-lapisan makna yang dibina oleh sang pengarahnya. Saya tak mahu cerita, sebab saya bukan jenis baca filem. Ilmu tak banyak nak komen-komen lapisan-lapisan ni. Tak pernah pergi film school pun.

Tapi ada dua trivia yang menarik untuk sesiapa yang sudah menontonnya. AWAS - SPOILER ALERT! GUA NAK CERITA ENDING.

Trivia SATU:

Sofi Jikan melakonkan watak Pak Joko dari Indonesia. Ada scene dia baca mantera untuk lawan dengan hantu. Sekali imbas kita dengar macam ayat-ayat mantera kuno tak masuk akal.

Walhal ayat-ayat yang dia sedang ucap waktu 'menurun' itu adalah istilah-istilah sains macam magnesium, plutionium dan sebagainya.

TRIVIA DUA:

Ini adalah sebuah cerita near-futururistik.

Kejadian Hantu Kak Limah attack Kampung Pisang ini berlaku pada tahun 2013.

Ya, tidak ada sekor karakter pun sebut tarikh sebenarnya kejadian ini.

Tapi klunya terdapat semasa scene Bapak Che Nin bawak Husin (Awie) pergi ke kubur Che Nin. Di batu nisah itu tertulis hayat Che Nin - 1987-2010.

Che Nin meninggal dunia ENAM bulan selepas Husin blah ke Singapura. Makanya dia meninggal dunia pada tahun 2010.

Husin kembali ke Kampung Pisang (hence pada permulaan cerita) selepas TIGA tahun bekerja di Singapura.

Konklusi - Cerita ini berlaku pada tahun 2013.

Melainkan, sebenarnya art department lupa hal-hal tarikh ni dan pada masa shoot, cerita ini setting tahun 2010, bermakna krew art department sepatutnya ukir tarikh 2007 sebagai tarikh tepat Che Nin meninggal dunia.

Tapi kita takkan tahu...woshhhhh!

Hantu Kak Limah Balik Kampung berbaloi untuk disokong kerana saya lihat end productnya nampak hasil kerja keras mereka.

Semoga lebih banyak lagi filem-filem sebegini lahir untuk kepuasan saya. Dan semoga suatu hari nanti akan ada filem Mamat Khalid yang saya benar-benar suka endingnya, kerna, secara jujur, semua filemnya, termasuk Man Laksa (yang paling saya suka) execution endingnya tidak sekuat permulaan cerita.

Tapi itu pendapat saya la, yang tak berapa pandai menilai art ni.

7 Responses to “TRIVIA HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH”

  • Custom avatar bukansepet says:

    err... aku pun dah nengok citer ni...

    Tang trivia no 2 tu, cam x brapa kena aja bro. Sebab rasa rasanya, usin memutuskan pertunangan SEMASA dia di singapore... x silap aku, Usin ada kata ngan che nin 2 TAHUN dia di sana, masih tak ada apa apa, so takkan nak biar che nin nunggu aja .... sebab tu dia putuskan pertunangan.. So kalau matematik aku yg cam haram ni betul... since usin balik cuma lepas 3 Tahun. Dan Che Nin mati 6 bulan lepas putus tunang... so, betullah ler che nin mati tahun katakan jun 2010... dan usin kembali 6 bulan lepas che nin mati... ujung ujung 2010 ler kiranya ya tak...

    Kalau tak silap akulah! aku pun nengok sekali aja...
    Kalau silap, ya ampunnn!

  • nazri, karipap karipap cinta bila nak keluar?

    dulu dah rebiu dekat rencana dah.

    jemput sahaya ke tayangan perdana ya!

    plz plz pz.... ki ki ki

  • Custom avatar chomelz says:

    Sokong ngan budaksepet.. smlm baru layan utk kali ke 3... mmg usin putus tunang ngan cik nin lps 2thn usin ke singapore...so adalah logik utk cik nin meninggal thn 2010, kire usin balik ujung thn la nih... hehehehe... sekadar berkongsi pendapat jer...

  • Custom avatar bukansepet says:

    Chomelz, aiseh. Ko mmg marbeles laa...
    Vovin, ko masih ensem. Aku jeles. haha.

  • Custom avatar aranzedo says:

    man laksa memang best. sekian. :)

  • Custom avatar Zul's Stuff says:

    Kepada Sesiapa Yang nak download Movie ni..Jemputla ke link kt bawah ni..Xde Watermark..Kualiti Tip TOP!!

    http://zulmovie.blogspot.com/2011/02/hantu-kak-limah-balik-rumah-2010-ppv.html

    Sharing IS Caring Right!!!

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.