Buku: Cerita Piala Dunia.
Buku ini ditulis oleh seorang jejaka dengan nama samaran ala-ala dildo maharaja Ceasar, yakni Lucius Maximus. diterbitkan oleh penerbit india yang meningkat naik yakni Dubook Press kelolaan dua jejaka dengan nama samaran seperti dildo Permaisuri Isabella yakni Luca DK dan Pipiyapong.
Ketiga-tiga jejaka di atas tidak seseksi saya.
Adapun mereka mengklaim bahawa buku ini adalah buku indie sukan pertama di Malaysia. Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan klaim tersebut memandangkan tiada gunanya saya membuat kajian untuk mengesahkan klaim itu. Benar atau tidak, mengklaim menjadi yang pertama umpama perangai budak umur 15 tahun yang suka bercium di kompleks membeli-belah terkemuka ibukota. Lumrah jantan, nak yang dara saja padahal diri sudah tak teruna.
Maaf, saya terpesong dari matlamat asal.
Buku Cerita Piala Dunia ini adalah himpunan artikel yang ditulis oleh dildo maksud saya saudara Lucius Maximus sepanjang bulan temasya sukan jantan-jantan iaitu Piala Dunia Bolasepak. Satu perlawanan satu artikel. Bagaimanapun saudara Lucius Maximus memperlbagaikan tema dan kupasan yang tidak tertumpu pada perlawanan itu secara khusus. Saudara Lucius mengaitkan pelbagai isu dunia yang secara tidak langsung terkait dengan perlawanan terbabit baik samada ia berkenaan negara terbabit atau sejarah perlawanan itu.
Barangsiapa (pehhh, barangsiapa,) yang rajin membaca blog Sokernet pastinya sudah sedia maklum dengan stail penulisan Lucius Maximus. Keteraturan beliau dalam mengupas isu bolasepak boleh membuatkan Sultan Bola hiba dan pemakan-pemakan rasuah dalam persatuan-persatuan bolasepak di Malaysia menyorokkan muka di dalam pasu.
Cuma iya, dari segi seksi, saudara Lucius Maximus belum mampu mencapai taraf keseksian seperti saya.
Peminat pasukan bola Chelsea yang sedikit kurang kuat berbanding Manchester United, Lucius Maximus saya letak sebagai salah seorang penulis legend dalam arena penulisan sukan non-mainstream. Jika beliau dilahirkan di England, beliau kini sudah boleh memandu kereta mewah yang harganya sekitar satu juta pound hasil kerja penulisannya dan mempunyai skandal seks dengan selebriti. Malangnya beliau lahir di negara yang ramah tamah ini, yang mana sukan bolanya tiada siapa yang berani mengaku tak kuatnya pasukan bola negara sebab salahnya. Lantas beliau, yakni Lucius Maximus tidak kaya dan tidak juga seksi, seseksi saya. Apatah lagi nak ada skandal seks dengan selebriti. Mana ada selebriti nak kat dia? Lainlah saya dengan Juliana Ev....shhhhh...
Cerita Piala Dunia tidak akan menjadi bestseller seperti buku Mona Gersang, itu sudah terang lagi bersuluh. Kalau diberi pilihan antara dua, saya sendiri pun akan beli buku Mona Gersang berbanding buku bola. Tapi pentingnya Cerita Piala Dunia terbitan Dubook Press ini dalam dunia bolasepak Malaysia sama penting seperti buku Mona Gersang untuk institusi imaginasi seks remaja Melayu. Suatu hari buku ini akan menjadi rare, dan diperkatakan oleh budak-budak, sebagai selingan perbualan bola mereka, sambil salah seorang dari budak-budak itu menjeling ke arah seorang makwe budak sekolah di meja hujung, di mana dua minggu lepas itu, mereka akan bercumbu di sebuah kompleks membeli belah terkemuka di ibukota.
Sebagai lelaki yang seksi (dan secara automatis pandai bercumbu), saya menolak fahaman bercumbu di tempat awam. Ini kerana saya tidak mahu skill bercumbu saya yang serba seksi dan rare itu dilihat dan dipelajari oleh orang yang menontonnya.
Maaf, terpesong lagi.
Oh, juga, terdapat bonus (untuk menebalkan buku sebenarnya) artikel-artikel dari teman penulis Sokernet, yang mana artikel-artikel itu boleh sahaja kamu skip kerana tidaklah bagus mana. Yang harus kamu fokus ialah artikel seksi oleh penulis seksi yakni saya.
Malah, ketika pertama kali buku Cerita Piala Dunia ini sampai di tangan kamu, skip artikel-artikel Lucius Maximus dan terus cari artikel saya dahulu untuk inspirasi seksi yang ummmpppphhhhh.
Saya amat berharap agar reviu saya ini di linkkan di blog Lucius Maximus. Letakkan link laman web saya ini dan highlightkan emel saya yakni: nazri123456789 at gmail dot com. Untuk gadis-gadis yang berminat berkenalan dengan idola seksi Malaysia, yakni saya, bolehlah menghubungi menerusi emel yang dinyatakan. Untuk jejaka-jejaka, kamu hanya boleh cemburu.
Maklumat pembelian buku Cerita Piala Dunia ini boleh sahaja kamu dapati di blog Tronoh Tranquility. Maklumat tentang diri saya boleh diperolehi menerusi secawan teh di kedai yang kamu (gadis sahaja) pilih. Berkenalan itu satu lumrah manusia.
Cerita Piala Dunia adalah sebuah must-buy. Mujurlah saya berkawan dengan tauke Dubook Press, maka saya mendapat secara percuma. Tapi anda harus membelinya. Buangkan perasan ragu-ragu dan waspada. Keluarkan wang hasil keringat menjadi hamba abdi bos anda untuk membeli buku kesayangan ini.
Akhir kata, salam sayang dari saya dan majulah Cerita Piala Dunia untuk Lucius Maximus.
Terima kasih.
Gambar kredit Tronoh Tranquility.


ada typo kat perenggan ketiga - penerbit india. Malas nak tukar.
Hai seksi....wakakakakakka
Penerbit India, aku suka.
Rebiu yang macam harem!!
dalam banyak banyak entry bonus dari penulis sokernet dalam cpd aku paling suka entry fdausAmad...
err...betul2 atau real?
kalau betul,aku tumpang kasihan.
tamat saja baca aku terus terbayang kalaulah si saudara fdausAmad ni berjaya dalam pemilihan tu..tentu masa depan bola sepak malaysia kini berubah 360 darjah dari sekarang.tentu lebih cemerlang.tentu lebih gemilang...
sayang seribu kali sayang