WHAT A WONDERFUL WORLD
Cerita ini berlaku di Selatan Tanahair, tatkala saya ke sana untuk satu tugasan fotografi.
Saya duduk, depan saya ada seorang makcik dan tidak jauh dari situ seorang 'brader' yang memakain kaca mata.
Brader itu sama spesis seperti Mat Jan (baca: seorang guru).
"Tiap-tiap hari saya sakit kepala," cerita brader itu. "Lama-lama saya tak tahan, saya jumpa doktor,"
Saya angguk.
"Doktor check, akhirnya dia kata - kamu kena buat 'spek mata'," cerita brader itu lagi. "Rupanya-rupanya sakit kepala saya selama ni sebab saya dah patut pakai spek mata,"
Saya angguk lagi.
"Saya pun buat spek mata. Bila pakai saja spek mata saya terus kata - fuhhhh! macam ni rupanya dunia!" cerita brader itu bersungguh-sungguh. "Maknanya selama ni saya tak tahu rupanya warna daun tu lebih hijau, warna langit lebih biru, selama ini saya tengok daun macam warna kusam-kusam saja,"
"Rupanya dunia ni lawa jugak,!" akhir cerita brader itu.
Makcik di depan saya ketawa mengekek.
Saya tersenyum.
Kadang-kadang memang iya, perlu sedikit alat bantu untuk menyedari bahawa dunia ini sebenarnya tidaklah selalunya depressing.
Dunia sebenarnya selalunya indah-indah.
Tahniah kepada brader yang baru memakai spek mata kerana berjaya melihat keindahan dunia.
March 19th, 2010 at 2:33 pm
teringin mencari spek boleh x-ray.baru rare.
March 20th, 2010 at 11:25 am
Apabila saya mula memakai cermin mata - saya berkata, "wah! jelasnya teks!" Sayang, apabila saya memakai cermin mata untuk melihat dunia - ia kelihatan sungguh kucar-kacir.
March 21st, 2010 at 12:05 pm
sama macam aku.
bila pakai...beza dia macam tgk vcd cetak rompak dengan DVD ori.
jelas yarabbi.