ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

karipapcinta

"Your book got soul, mengingatkan saya kepada filem Ali Setan" ujar Azmir Ismail, pembeli/pembaca KARIPAP-KARIPAP CINTA semasa saya terserempak dengannya di PWTC semalam.

"Your Book got soul..."

Pertama kali saya mendapat komen sebegini.

Kemudian Cik model cover merangkap penjaga booth PTS yang juga orang yang lebih banyak 'sain' autograf di buku KARIPAP-KARIPAP CINTA memberitahu ada seorang pembeli/pembaca yang memberitahunya; "Saya tidak pernah membaca novel dan inilah novel pertama yang saya habiskan,"

Pertama kali juga saya mendengar komen sedemikian rupa.

Seorang pembeli/pembaca menahan saya untuk 'sain' autograf ketika saya sedang membelek buku di booth lain yang jauh dari booth PTS. Dia juga pembaca laman web Sokernet.

Terima kasih kepada yang membeli dan membaca.

Panda Cinta yang berada di sebelah ketika saya menaip entri ini buat-buat sedang bercakap telefon. Dia rasa bersalah kerana tidak membaca lagi KARIPAP-KARIPAP CINTA.

Dihujung sana pemain bass Kuala Lipis dan Dean Sham sedang sibuk dengan mesin taip masing-masing. Dengar cerita mereka mahu menjadi 'rockstar' dunia buku.

kkcbelek

17 Responses to ““YOUR BOOK GOT SOUL” – KOMEN KARIPAP-KARIPAP CINTA”

  • Default avatar pipi says:

    Gampang...

  • Default avatar editor incas says:

    Gua dan cakap awal2. kehkehkeh

  • Default avatar zafer says:

    Aku harap ada org beli multiple copies utk seisi keluarga.

  • Default avatar jigo says:

    Buku ini memang ada jiwa! Kau tau tak, cerita cinta ni hampir buat air mata aku menitik. Keh keh keh!!

    Bila sampai ke hujung, aku kata, "Pergh!!"

    Buku ini bukan setakat, kena beli, tapi kena baca!!

  • Default avatar shukri says:

    mula-mula beli satu.

    lepas tu satu lagi, untuk hadiahkan pada kawan.

    lepas tu kena beli 8, kawan2 kirim.

    tapi satu pun belum lagi ada otograp penulisnya.

    hadoi!

  • Default avatar terrarosa says:

    dan kamu juga mungkin untuk pertama kalinya mendengar , ada orang beli novel itu kerana penulisnya keh keh keh....
    kredit untuk geng Soljah :P

    oh nampaknya Panda Cinta masih belum tahu, perkataan panda juga ada dalam novel itu :)

  • Default avatar sampah says:

    aku sedang baca sampai bab lima. sumpah, demi nama tetikus dan keyboard depan aku.. penceritaan dan gaya bahasa yang sangat menarik. part sarah dengan ali awal awal ber'ym' tu memang menarik!! Lagi-lagi bacaan sajak Bart Rast

  • Default avatar sampah says:

    dalam muka surat 68 tu mcm ada ralat sikit. Kedah ditulis Kedai.. ke buku ak je mcmni?

  • Default avatar sampah says:

    ok, dah habis baca. baca within 5 jam setengah.. uncle Hong dan Ramy adalah hero sebenar. hahaha

  • Default avatar sampah says:

    http://berkomplot.blogspot.com/2010/03/empat.html

    sudah aku post satu entri ringkas tentang novel ini. tq

  • Default avatar wahyun says:

    salam. ini antara karipap spesis baru yg perlu didaftarkan di dalam senarai 'glosari karipap' terbitan persatuan penggemar karipap nasional.

    dah beli 1, siap ber'sain' oleh husna si model muka depan. nak dpt sain encik vovin masih blum kesampaian. malangnya...buku ber'sain' td dipulangkn semula - utk ditukar dgn yg baru - sbb ada 'printing error' (ada beberapa muka surat yg 'ghaib' mcm dah ditarik ke langit). cis. melepas buku ber'sain' yg bersifat 'rare' tu...

    kasi pendek cerita - karipap2 cinta mmg best. ayat mudah dan diselangi dgn lucu sederhana, tetapi bersifat terus. satu elemen yg jarang-jarang didapati dlm novel2 cinta masa kini. kewujudan beberapa watak 'cameo' juga memberikan kesan. buku ini tak sesuai dibaca dalam LRT. sebab nanti ia akan mengundang padah bila kita gelak terbahak-bahak secara solo. dicadangkan juga jika ada lagi sesi promosi buku karipap2 cinta, sertakan juga hadiah percuma bersama2...contohnya 2 biji karipap inti kentang/sardin/etc buatan sarah ataupun pak shakir.

    bung vovin nnt ada can kita ketemu di maskara. oh ye jgn lupa ajak (baca: PAKSA! haha) husna dtg maskara.
    nak sain dia jugak...nak jugak....

  • Default avatar reramarama says:

    woohh!!! baru beli td... kat my news... time rehat nanti, nak baca :)

    tapi, agak kucewa, sbb beli kat my news, x dapat sign! :(

  • Default avatar nazri says:

    Fadz - ya

    editor - ya

    zafer - harap-harap seisi keluarganya berjumlah 100 orang. hehe.

    jigo - ya

    shukri - aiseh. kalau datang pwtc semalam boleh la jumpa.

    terrarosa - syhh, jangan kasitau panda

    sam - terima kasih atas reviu, ya, ada beberapa kesilapan editing, akan diperbaiki untuk cetakan kedua.

    wahyun - akan cuba usahakan agar husna datang

    rerama - datang maskara 3 April ni.

  • Default avatar wahyun says:

    cayalah bung vovin!
    kami sayang bung vovin!

  • Default avatar fndrocka says:

    rokstar dunia buku??pehh

    aku bukan boleh dgr benda2 rok ni..rasa nak jugak.

  • Default avatar ckg azah says:

    Nazri TAHNIAH ye....

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.