Ada bagus dan tidak berapa bagus jika anda seorang peminat (atau penulis) karya-karya fantasi. Okey, aku tak merujuk fantasi seperti mana yang Haruki Murakami buat dan fantasi gaya Neil Gaiman juga berapa tidak tepat dalam konteks entri aku.
Aku maksudkan high-fantasy seperti, errr..Lord Of The Rings (sudah tentu), Night Watch, karya-karya David Asprin malah Terry Pratchett serta David Eddings. Fantasi dalam pemahaman peribadi, yang bersifat grandeur (jika aku tak salah memilih perkataan).
Untuk baiknya, fantasi berada di luar kelompok perang antara orang sastera dan orang pop (terutama Malaysia). Di kala orang sastera sibuk membedil orang pop hingga berkecai, mencarik, membakar dan mengkafirkan segalla karya pop yang tidak mengikut mazhab mereka, aku boleh katakan penulis fantasi berada di dalam medan tersendiri dan memerhati peperangan itu. Fantasi selalu tidak dipandang tinggi seperti karya sastera dan tidak juga hina seperti karya pop (bak kata pendapat semasa).
Read the rest of this entry »
Aku mimpi dalam dua bulan lepas (rasanya)

::
::
Dalam mimpi itu, aku nampak dia.
Aku cuba berbual dengannya,
Dia cuba juga berbual denganku,
Dalam mimpi aku mendengar,
Mungkin mimpi gunanya mengindahkan kita,
Jadi mungkin juga aku tak perlu percayakan mimpi,
::
::

::
::
Dan aku nampak bayang-bayang dia.
Mujur ia cuma mimpi,
Kerana tampak, lebih baik mimpi dari realiti.
::
::
::
Mungkin, dalam dimensi lain, dalam alternate reality, aku adalah tapak sulaimannya.
Aku agak, ramai penulis yang bercita-cita untuk menghasilkan ‘magnum opus’ seperti yang pernah Tolkien buat. Atau mungkin mahu menjadi seperti David Eddings. Atau paling dekat dengan Ahmad Patria Abdullah, jaguh karya fantasi negara kita.
Kita tengok artikel berikut bagaimana dan apa yang harus anda letakkan dalam karya epik fantasi anda. Tapi aku sebenarnya lebih banyak ketawa bila membaca artikel itu. Mungkin si penulis mahu bersifat sarkastik. Mungkin dia benar-benar jujur. Apa pun, memang ciri-ciri itu banyak dalam novel epik fantasi (tak semua). Mungkin klise, mungkin ‘lame’, apa pun itulah dunia epik fantasi.
Read the rest of this entry »