Archive for the ‘fiksyen’ Category
01
Matlamat hidup seorang manusia cuma satu – kerana cinta. Mungkin bunyinya macam celaka, tapi ityu hakikat.
Yang tidak mahu mengaku kebenarannya, boleh pergi mampus
#
Dia buka mata. Tapi penglihatannya masih kabur. Dia tidak tahu di mana dia berada. Telinganya tidak dapat membantu. Pendengarannya juga masih belum sempurna.
Visual dan audio dirinya sedang diperbaiki seiring. Tapi makin lama telinganya dapat menangkap bunyi.
Bunyi yang sangat bingit. Dia seperti kenal dengan bunyi itu.
Bunyi ting! Ting! Ting!
Itu bunyi peluru.
Badannya tergoyang-goyang, seperti berada di atas buaian. Dia juga menangkap satu lagi bunyi. Bunyi enjin.
Matanya yang tadi kabur semakin lama semakin dapat menangkap visual di depannya. Dia berada di atas sebuah lori. Badannya terhuyung hayang mengikut gerakan lori yang laju membelah jalan.
Dia sudah nampak apa di depannya. Seorang lelaki, dengan rambut yang agak jarang, dengan rokok di bibir sedang memegang mesin-gun yang memuntahkan peluru-peluru keluar lori yang tidak berbumbung.
Dia tak pasti lelaki itu sedang menembak siapa atau apa.
Tapi lelaki itu menyedari dia sudah membuka mata.
Dia tersengih dengan rokok masih di bibir.
“Lepak bro, kita nak sampai, tunduk, karang takut sekali lagi kau terkena...”
ZAPPP!!!
Satu peluru laju hinggap di bahu dia. Pantas darah keluar membasahkan lengan yang sudah penuh dengan darah kering.
Dia mengeletar melihat begitu banyak darah yang keluar. Dia tak pernah lihat darah sebanyak ini. Dan melihat begitu banyak darah kering di bahunya, dia baru sedar yang tubuhnya sebenarnya sudah penuh dengan luka-luka.
Ia mengambil sekitar lima saat untuk audio dan visualnya kembali menjadi hitam.
#
Amar Amir meneliti laporan doktor itu. Dia bukannya faham apa yang doktor itu tulis. Tapi untuk memuaskan hatinya, otaknya menggagahkan diri melihat dan mencerna setiap maklumat yang tertulis di atas helaian kertas itu.
Meskipun laporan itu penuh dengan istilah yang tidak difahaminya, tapi dia faham konklusi laporan tersebut. Memang dia cuma perlu faham konklusinya sahaja.
Amar Amir tahu semua ini takkan mengubah apa yang dah berlaku.
Tapi hatinya masih cuba mahu menipu, mahu mengatakan ini semua mimpi. Dan hakikat mimpi, tatkala sedar nanti, semua ini tidak akan berlaku. Tapi Amar Amir tahu ini bukan mimpi.
Apa yang menanti di dalam bilik rawatan di depannya adalah realiti.
Amar Amir mahu menangis, tapi dia tidak boleh tunjukkan perasaannya ketika ini. Tidak di depan orang yang paling disayangnya.
Bukan hari ini.
Amar Amir menggumpal laporan doktor itu. Dia geram tetapi tidak tahu kepada siapa atau apa harus dilepaskan geram itu.
Doktor datang menghampiri Amar Amir.
“Encik Amar...”
Amar pandang doktor dengan wajah yang sayu.
“Jangan la gumpal kertas tu, saya belum fotostat kertas tu, nanti saya kena tulis balik kalau kertas laopran tu dah rosak, saya dah la banyak kerja,”
Amar sedar kesilapannya.
“Maaf...” Amar membuka kertas laporan doktor yang digumpal tadi. Kertas itu sudah keronyok, terkial-kial Amar cuba meratakannya kembali.
Doktor itu mengambil kembali kertas laporan yang sudah keronyok itu dengan muka mencuka. Amar Amir termalu.
Tapi bila dia memandang kembali bilik di depannya, malu terus hilang dan berganti duka.
Amar Amir hela nafas panjang.
Dia masuk ke dalam bilik.
Dia memandang isterinya, Ena, yang terbaring tapi tersenyum manis ke arahnya.
Segala duka di hati Amar Amir hilang. Walaupun mungkin untuk sementara sahaja.
#
“Babi!”
Kotak rokok Gudang Garam yang kosong itu dilempar jauh.
Firdaus “Pipiyapong” garu kepala.
Otaknya ligat berpusing mencari ilham di mana untuk mencari stok rokok seterusnya. Giannya terhadap rokok kretek itu mula datang.
Otaknya juga ligat memaki diri sendiri kerana tidak berfikiran jauh dan merancang stok rokok. Kini dia sendiri menanggung akibatnya. Dia sedang berkira dimanakah lokasi terdekat untuk dia mencari gudang garam.
Secara harfiahnya, dia sanggup bertarung nyawa untuk mendapatkan sekotak rokok.
Tiba-tiba datang rasa menyesal kerana baru semalam sekotak rokok telah ditukar untuk dua buku roti. Entah apa yang difikirkannya pada waktu itu. Memang perut lapar boleh membuatkan manusia bertindak di luar batasan. Menukar barang berharga seperti rokok misalnya.
Pipiyapong garu kepala.
“Woi lambat lagi ke?” jerkah Pipiyapong yang berdiri tidak jauh dari satu semak.
“Kejap la!” satu suara halus serak-serak basah membalas
“Tak boleh ke tunggu sampai kita jumpa stesen minyak?”
“Kejap la!”
Pipiyapong mendengus. Celaka. Kejap la, kejap la! Itu saja yang boleh dibalas? Tak faham ke yang hati dia sedang berperang, meroyan inginkan asap rokok.
Seorang budak perempuan, dalam lingkungan usia 13 tahun keluar dari semak.
“Dah basuh belum?”
“Dah!”
Budak perempuan itu terus berjalan. Pipiyapong memandang sambil geleng kepala.
Dalam kepalanya, suatu hari nanti, bila dia benar-benar terdesak, dia akan tukarkan budak perempuan itu dengan rokok. Mahu sahaja dia jual budak perempuan itu pada mana-mana bapak ayam yang masih meneruskan operasi perniagaan.
Baru padan muka budak perempuan itu menjadi pelacur pada waktu usia yang tersangat muda.
Dan baru padan muka Pipiyapong.
Dia tahu dia tak sampai hati hendak menjual budak perempuan itu. Dia pernah bertarung nyawa untuk menyelamatkan budak perempuan itu. Matanya mengerling ke arah budak perempuan yang sedang membetulkan beg ala bohemian yang tersandang di sisi bahu. Di tepi beg itu tersemat satu name tag – Fynn.
Pipiyapong dan budak perempuan itu berjalan beriringan, di tepi jalan yang penuh dengan bangkai-bangkai kereta, ada yang sudah rentung terbakar, ada yang sudah dirosakkan dan ada juga nampak elok tapi gayanya sudah tersadai lama.
Disebalik deretan kereta yang banyak di tengah jalan itu, tidak kelihatan langsung jasad manusia selain Pipiyapong dan budak perempuan itu. Namun Pipiyapong dan budak perempuan itu tenang berjalan menyusuri jalan seolah-olah pemandangan ini sudah biasa mereka lalui.
Dalam ketenangan itu, tangan Pipiyapong memegang erat tali senapang patah yang tersemat di belakang tubuhnya.
Di hadapan mereka kelihatan sebuah kota yang sudah musnah.
Dan sebuah papan tanda yang hampir jatuh tertulis – PETALING JAYA
Sempena dengan promo antologi seram terbaru SINDIKET SOl-JAH bertaju GANGGUAN; info: http://sol-jah.blogspot.com/2011/06/akan-segera-terbit.html
+++
Nun sebuah kampung di Timur Malaysia, tinggal seorang pemuda bernama Jali.
Seperti pemuda-pemuda lain, Jali mempunyai nafsu serakah yang sukar hendak dikawal terutamanya melibatkan wanita.
Malam ini nafsunya memainkan peranan penting lagi.
Dengan Datsun ayahnya, Jali membawa makwenya pergi makan, jalan-jalan dan sudah tentulah ke acara utama - yakni parking kereta di tepi ladang kepala sawit, manja-manja dan raba-raba.
Malam itu, makwe Jali pun turut mempunyai mutual understanding yang melampau-lampau. Dia juga nak apa yang Jali nak. Mereka berdua mempunyai cita-cita yang satu. Yakni masing-masing mahu beromen.
Pucuk dicita ulam mendatang, Jali dan makwenya melepaskan apa yang sudah terpendam di hati sejak sekian lama. Masing-masing mencumbui antara satu sama lain dengan rakus.
Cap, Pipi Jali kena cium. Cap, Pipi Jali kena Cium lagi.
Jali syok.
Tapi kemudian makwe Jali bersuara, "Bang, apa kat belakang tu?!"
Luruh jantung si Jali, Jali ni, selain mempunyai nafsu serakah yang tinggi, takutnya pada hantu-hantu pun sama tinggi jugak. Hatinya berdebar-debar. Ah sudah, takkan ada 'BENDA' kat belakang kereta mereka.
"Ada apa?" soal Jali.
"Ada benda macam kain putih, terbang kat belakang..." kata Makwe Jali. Jali masih terus pandang ke depan. Dia tak toleh pun. Cermin pandang belakang pun dia tak jeling. Takutnya mula bercambah.
Setahu Jali dalam dunia ni, kombinasi benda pakai kain yang boleh terbang tak banyak. Dan biasanya yang pakai kain putih terbang tu - benda-benda yang Jali takutkan.
"Bang, cuba la tengok, apa tu?"
Ewah, si makwe Jali ni beraninya mengalahkan si tuan empunya kote. Jali mengeletar
"Tengok la bang"
"Tak nak la!"
"Apa tu bang?"
"Tak nak tengok!"
"Tu, apa tu..."
Jali kuatkan semangat. Dia jeling ke side mirror kereta Datsunya.
Menerusi side mirror itu dia nampak 'benda putih' itu.
Tapi kemudian dia renung betul-betul.
"Celaka!" mulut Jali menuturkan perkataan kesat itu.
Jali dan makwenya tak jadi beromen. Mereka balik.
Tisu putih yang tersangkut pada antenna radio di belakang kereta itu mula melayang ditiup angin. Kertas tisu yang tadinya disangka kain putih.
Potong stim betul!
OST Pirates Of The Caribbean - He's The Pirate
"Kapten!!!" jerit Anip Shiro, awak-awak kapal dari puncak peninjau kapal. "kita dah nak sampai"
Saya, sebagai kapten kapal The Black Ukay (kapal lanun yang paling ditakuti) memandang orang kanan saya merangkap lanun ranking bawah sikit dari saya, lanun Pipiyapong. Kami berdua tak sampai hati hendak memberitahu Anip Shiro bahawa kami juga nampak daratan walaupun melihat dari dek bawah ini. Tapi kami diamkan sahaja, membiarkan Anip Shiro terus bersemangat. Biasalah, budak-budak hijau yang baru tujuh hari menjadi lanun. Lainlah kami yang sudah berpuluh tahun hidup dilautan. Pengalaman dah banyak.
Pipiyapong meneguk rum. Dia memang terkenal sebagai seorang lanun yang gemar minum rum dan arak.
Kapal The Black Ukay bersembunyi di sebalik batu-batu besar dekat dengan daratan. Kami tak berlabuh di pelabuhan lantaran kami adalah lanun wanted oleh kerajaan. Kami ke pelabuhan dengan sebuah bot kecil membawa saya, Pipiyapong, Tom si lanun besar, dan Anip Shiro yang terkinja-kinja nak ikut.
Disebabkan Tom yang paling besar, dia diarahkan untuk mendayung sampan. Walaupun mempunyai banyak parut di perut dan muka, dia menurut arahan saya kerana saya lanun paling handal. Di hujung sampan, Pipiyapong seperti biasa memetik gitar bassnya bagi menenangkan perasaannya.
Kami tiba di pelabuhan. Mujur kabus malam menjadi pergerakan kami tidak dapat dilihat pengawal pelabuhan. Amat malang jika ditangkap kerana pasti hukuman yang kami terima adalah - MAUT. Tambahan pula gabenor kawasan ini amat antikan kami. Gabenor Azalan Hussain yang terkenal menghukum ramai lanun. Baru minggu lepas kapten lanun dari Kapal Seri Serdang, Amar Amir, dihukum dengan disalib di tengah laut dan dibiarkan dia mati kekeringan. Tambah malang bila lanunnita merangkap pasangan Amar Amir, Fazlina dijadikan isteri nombor enam oleh Gabenor Azalan Hussain.
Keganasannya memang umpaman naga. Termasuk jika bersama wanita. Saya doakan agar Fazlina tabah menghadapi cabaran hidup. Iyalah, dahulu, dia bersama seorang lelaki yang lembut, sekarang sudah mengahwini seorang lelaki yang tidak selembut Amar Amir.
Tapi bila kami fikir balik, memang lanun Amar Amir tidak punya bakat menjadi lanun. Dia sepatutnya menjadi penjaja buah sahaja. Tengok, nama kapal pun Seri Serdang. Apa ke cerita lanun letak nama kapal ala-ala nama bunga? Tak ganas. Lainlah The Black Ukay. Black sahaja dah melambangkan ganas. Hitam. Ukay usah cerita la. Pergi check kamus tengok maknanya.
Namun kami mesti juga ke pelabuhan ini. Kerana kami sudah terdesak.
Begini ceritanya, dua minggu lalu (yakni seminggu sebelum lanun tak terer Amar Amir mati kering), kami dengan lupa dirinya telah memecah masuk kubu lanun mistikal bernama Luca De Barbossa. Adapun kami mahu mencuri satu mahkota berharga milik Queen of Malaya yang dikatakan bernilai berjuta pound sterling. Plannya mudah, curi dan jual di pasar karat. Dapat duit, dapatlah kami makan dan bayar installment kapal. Kami takut kapal kami ditarik oleh pihak bank.
Kami telah berjaya mencuri mahkota Queen Of Malaya itu, namun kami lupa Luca De Barbossa mempunyai isteri yakni pasangan kembar ahli sihir bernama Farhaana dan Waheeda. Kedua-duanya lantas mengenakan sihir ke atas kami. Semua anak kapal The Black Ukay disumpah hilang kote pada malam hari.
Sekarang sudah malam, dan bayangkan kami terpaksa menahan kencing hingga siang hari. Bayangkanlah. Pernahkah anda merasa seksa menahan kencing sementara menunggu rakan serumah anda habis mandi? Jadi bayangkan, jika rakan serumah anda itu mandi sampai pagi. Begitulah perumpamaannya.
Jadi kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak minum pada malam hari. Lebih hiba mengenangkan lanun-lanun yang sudah beristeri. Mereka gagal untuk beraktiviti bersama isteri pada malam hari. Boleh sahaja beraktiviti pada siang. Tapi siang tak berapa mantaplah prestasi.
Berbalik pada misi kami. Mahkota Queen Of Malaya itu pula akhirnya jatuh ke tangan gabenor Azalan Hussain. Mahu tak mahu kami terpaksa memecah masuk istana gabenor ini untuk mengambilnya dan memulangkan kepada Luca De Barbossa.
Kami sudah bersedia. Saya pandang Pipiyapong. Dia angguk sambil menyematkan gitar bassnya di belakang. Saya pandang Tom. Tom turut angguk sambil menggaru parutnya. Saya pandang Anip Shiro.
"Bang, nak kencing ni..." ujar Anip Shiro.
Kami bertiga menjadi hiba.
Bersambung
Di ambil dari entri blog lama bertarikh: 13 April 2005;
Rakyat jelata sudah tiba di pengkarangan istana. Dari yang rumahnya sepuluh tapak dari pintu gerbang istana hinggalah kepada yang rumahnya dibina di di dalam hutan sana. Tua, muda, yang kacak hinggalah yang perasan kacak. Semua menanti apa keputusannya. Masing-masing tidak tahu apa yang berlaku di dalam, di depan singgahsana. Masing-masing mendengar buah mulut yang bertukar ganti. Dari dayang istana yang menghendap di balik tabir, berpindah ke pengawal di dalam, pindah pula kepada tukang masak istana hingga tiba pada mulut pengawal yang menjaga luar istana.
Masing-masing tahu Sultan sudah pening kepala, apa yang mereka tidak tahu bagaimana rupa sultan yang sudah pening kepala itu.
Berdiri, saling bertentangan, agak jauh jaraknya adalah dua wanita berbeza generasi. Kiri adalah Dayang Nurul Anum dan kanannya adalah Dayang Nurul Aina. Nurul Anum jelita orangnya, punya tubuh bikin lelaki terliur dan paling penting untuk sultan, dia punya suara emas yang tiada gadis di wilayah jajahannya mampu melawan. Suaranya boleh dibawa-bawa hingga ke mimpi malam hari.
Dayang Aina pula? Dia sama seperti Dayang Anum, 20 tahun lepas.
Orang tuduh Dayang Aina dengki terhadap perhatian yang diberikan pada Dayang Anum.
Dayang Aina nafi. Sumpah. Katanya. Sumpah dia langsung tidak terdetik niat busuk hati terhadap orang muda itu.
Orang tuduh Dayang Aina letak racun dalam kuah kari kegemaran Dayang Anum. Sumpah! Sumpah dia tak tahu yang Dayang Anum minat makan kari.
Dayang Anum kelihatan tenang. Dia percaya dia berada di pihak yang benar. Orang kata suara dia sedap sebab makan kari. Makan kari dengan sambal belacan cicah timun. Biarlah, biar orang nak kata apa. Janji dia juga yang kenyang. Mana ada orang yang boleh menyanyi dengan sedap kalau selalu makan kari. Itu kata orang. Dia sudah buat. suara dia paling sedap di wilayah jajahan ini. Apa orang hendak kata?
Orang kata dia tidak gosok gigi. Itu yang sultan tergila-gila hendak dengar suara dia. Bila bau mulutnya lepas makan kari dan gigi yang tak bergosok itu buat sultan asyik, lena dan khayal umpama budak sekolah menghisap ganja. Tersenyum bak kerang busuk di atas mahligai. Gila apa? Nah! Anum menyerigai. Gosok ke tidak gigi aku? Ada daki ke tidak?
Orang kata petua badan cantik dengan mandi tengah malam sambil menyanyi lagu rakyat. Orang kata Anum buat begitu tiap-tiap hari. Satu lagi gila. Nak dapat penyakit mandi tengah malam tiap-tiap hari? Kalau ya pun, suka hati orang la!
Orang kata itu semua Dayang Aina yang kata. Orang kata dia yang sebar cerita itu.
Masya-Allah! Dayang Aina berteriak. Tengok! Tengok! Tengok saya!
Semua orang termasuk sultan lantas tengok dayang Aina. Masing-masing menanti buah bicara seterusnya.
Adakah saya sanggup menabur fitnah sekeji itu? watak saya bukan sehodoh itu!
Angguk. Semua orang angguk. Angguk faham ke atau angguk mengambil hati? Ada juga yang geleng. Tidak bersetuju dengan yang mana satu? Kenyataan mengenai fitnah itu atau kenyataan mengenai 'saya bukan sehodoh itu'.
Sultan pegang kepala. Mahkotanya sudah senget. Bendahara cuba untuk memberitahu tapi takut diherdik oleh sultan. Nanti jatuh pula air mukanya. Silap-silap nanti dia dihantar dikurung di dalam gua. Naya. Di situ dia tidak boleh lagi mendengar suara Dayang Anum. Dia lebih rela menolak ajakan isterinya di malam hari jika malam itu Dayang Anum mengadakan persembahan di istana. Lagipun, dalam imaginasinya, amat sangat dia berharap dapat memperisterikan Dayang Anum walaupun ianya mustahil.
Dayang Aina teresak-esak. Dia hiba. Berapa kali lagi hendak dia beritahu. Dia tidak bersalah. Dia tidak buat semua itu. Orang kata dia dengki, iyalah, suatu masa dahulu dialah dayang yang dipuja-puja, yang menjadi bahan tatapan si sultan, siulan anak muda, teladan para dara serta khalayan sang teruna di atas katil pada..... malam hari....Itu dahulu. Dia adalah manusia biasa yang menjadi mangsa kepada masa. Masanya sudah berlalu.
Tidakkkk! Dayang Aina menjerit. Aku tak bersalah! Aku tak bersalah!
Sah gila! Bisik beberapa orang. Lumrah orang suka menghakimi orang lain. Dayang Anum masih berdiri tenang melihat Aina yang terduduk menangis. Dia menatap wajah sultan kacak itu. Entah kenapa, di sebalik usia 50-an sang SULTAN, dia masih kelihatan tampan PADA mata Dayang Anum. Dia pasti sang SULTAN yang 'kacak' itu tertarik padanya.
Sultan bangun. Wajahnya bengis. Sudah! Sudah! Dia sudah jemu dengan sandiwara di hadapan matanya. Tak habis-habis. Sultan melangkah turun dari singgahsana. Dia memegang Dayang Aina. Dayang tua yang lemah itu dipujuknya. Dayang tua itu makan pujukan. Dia tersenyum sambil mengesat baki-baki air mata. Buruk sungguh.
"Hari ini beta mahu buat pengumuman. Hal hari ini beta mahu selesaikan. Beta buat keputusan yang tiada siapa harus disalahkan. Beta sendiri tidak tahu bagaimana semua ini boleh bermula. Mulai hari ini beta tidak mahu sesiapapun bercerita mengenai Dayang Anum makan kari ke, Dayang Aina sudah nyanyuk ke atau hal-hal berkaitan atau beta hantar kamu ke dalam gua!"
Semua di situ angguk. Berita itu sampai ke telinga semua rakyat diluar dan mereka juga angguk macamlah sultan nampak apa yang mereka buat.
"Beta ada satu lagi pengumuman." Dia memandang Dayang Anum. Dayang Anum tunduk tersipu-sipu. Ya! Ini masanya. Pastinya! Pastinya! Rakyat jelata memasang telinga. Sultan hendak kahwin dengan Dayang Anum?
"Beta mahu..."
Dan Dayang Anum jatuh pengsan. Begitu juga dengan Dayang Aina. Rakyat di luar menjerit-jerit. Ada yang koma, ada juga yang memekik-mekik, ada yang berlari dari situ dan tak kurang juga yang muntah.
Sultan sekadar tersengih riang.
Ini tak boleh jadi.
Taktik menghantar inbox facebook tak jalan. Si Puteri dari negara Selatan itu masih tidak melayan. Samada beliau secara tiba-tiba buta IT, atau diserang penyakit lupa password atau terpaksa outstation di negara yang tidak mempunyai internet.
"mungkin dia tak nak kat ko, ko ada pikir benda tu?" ujar pemain bass Kuala Lipis tenang setenang asap suryanya.
Tak mungkin! Saya menolak teori pemain bass Kuala Lipis itu dengan penuh bersemangat.
Akhirnya setelah melakukan sedikit perbincangan yang mendalam dan penuh tarbiyyah, akhirnya kami sepakat bahawa puteri itu berkehendakkan seorang warrior membawa kepala naga di depannya. Seperti yang dilakukan oleh King-King sebelum ini dan juga Aragorn (Lord Of The Ring)
Maka kami mula menggoogle earth di manakah kami boleh menemui naga pada tahun 2010 ini. Nampak makhluk mistik ini sudah begitu rare. Amat bertuahlah warrior pada zaman naga belum pupus kerana senang kerja mereka hendak mengorat puteri.
Namun saya tidak mahu menjadikan isu kepupusan naga sebagai titik penghalang usaha saya. Maka malam itu saya dan pemain bass kuala lipis mengasah pedang untuk memenggal kepala naga.
"Lu dah pikir masak-masak hal ni? Karang jadi macam haritu, payah beb," pemain basss kuala lipis
Kali ni kita lawan secara berstrategi, ujar saya kemas.Sudah menjadi lazimnya pemain bass kuala lipis akan memegang peranan orang yang berfikiran pesimis. Sebab itulah beliau kelihatan kurang yakin tatkala berdepan road block Polis.
Saya bertekad, kali ini saya akan berjaya menetak kepala seekor naga, dan menghadiahkan kepala itu kepada Si Puteri dari Selatan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh King-King zaman dahulu dan Aragorn (Lord Of The Ring) ketika mengorat makwe. Biar naga itu menyebur nafas apinya ke badan saya, biar kukunya mencakar saya, biar dia julang saya 1000 meter dari paras laut nun ke awan sana, saya tidak gentar. Kepala itu akan menjadi saksi nekad saya.
"Okey dah jumpa!" Shiro, pakar wikipedia rumah Ukay Perdana menjerit. Kami pantas ke komputernya.
"Satu-satunya naga yang masih available untuk kau tetak kepalanya..." ujar Shiro sambil menunjuk kepada hasil carian google-nya.
20 minit kemudian kelihatan kami bertiga sedang rancak duduk minum di kedai mamak Alima sambil menonton Discovery Channel yang menyiarkan dokumentari tentang memerang sambil Shiro memberikan ulasan selarinya.
Pedang sudah kami simpan semula.
Tak sanggup pula kami nak pergi fight the only naga di bawah.
