Archive for the ‘fiksyen’ Category
Pengenalan:
Anime Voices of A Distant Star adalah sebuah OVA arahan Makoto Shinkai. Diterbitkan pada tahun 2002. Saya pernah menulis artikel mengenai anime ini ketika bekerja di majalah Gempak. Mengisahkan Mikako yang terpaksa mengikut krew askar terbang jauh dari Planet Bumi menentang makhluk asing. Mikako meninggalkan teman lelakinya, Noboru. Mereka hanya mampu berhubung melalui emel dan talian telefon.
Namun semakin jauh kapal Mikako pergi dari Bumi, emel yang dihantarnya semakin lambat sampai ke Noboru. Dalam istilah biasa, kita panggil lagging. Dan pada satu point cerita, satu emel Mikako hanya tiba pada komputer Noboru 9 tahun kemudian.
Dan cerita di bawah mengambil inspirasi anime ini, berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Hehehehe...
+++
CINTA SELUAS ANGKASARAYA
Saya mengenali dia menerusi seorang rakan perempuan saya bernama Fariza. Dia adalah sahabat baik Fariza sejak sekolah lagi. Dari situ saya berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Saya mula bertanyakan Fariza tentang dia dan akhirnya berjaya meng-add dia dalam senarai rakan facebook saya.
Namun tanpa disangka-sangka, dua hari selepas saya meng-add facebooknya, Fariza dan dia telah ditugaskan oleh syarikat tempat mereka bekerja untuk menyertai ekspedisi carigali mineral sebagai sumber tenaga baru untuk Planet Bumi. Saya dan kakak Fariza, Fazlina menyaksikan kapal angkasa ekspedisi itu berangkat meninggalkan Planet Bumi.
Namun kami masih boleh berkomunikasi dengan video conference dan emel. Maka selepas seminggu mereka meninggalkan Bumi, saya mula mendapat kekuatan untuk mengutus emel kepada si dia buat pertama kalinya. Dalam emel itu saya memperkenalkan diri saya dan tujuan emel itu dihantar.
7 hari kemudian Fariza mengutus emel kepada saya mengatakan komputer si dia dimasuki virus dan sedang dibetulkan. Menjawab persoalan kenapa emel itu tidak dapat dibalas.
sebulan kemudian, si dia membalas ringkas emel saya. Hati saya gembira bukan kepalang. Lantas saya menghantar satu lagi emel kepadanya.
Empat bulan kemudian, emel saya dibalas oleh si dia, mengatakan ekspedisi carigali mineral ini mula bergerak keluar dari Bima Sakti, lebih jauh dari apa yang mereka sasarkan kerana tidak menemui sebarang mineral yang mencukupi di sekitar Bima Sakti.
Saya membalas dengan meng-attach beberapa keping gambar Bumi kepadanya dan beberapa link lagu dalam usaha menawan hatinya.
Emel saya dibalas tujuh bulan kemudian, dengan nota terima kasih kerana menghantar gambar-gambar pengubat rindu planet bumi itu. Dia turut meng-attach beberapa gambar luar Bima Sakti yang diambilnya menerusi kamera kapal mereka. Katanya mereka sedang bergerak keluar dari Galaksi Canis Major Dwarf menuju ke Galaksi Large Magellanic Cloud.
Saya membalas emel itu dengan nota mengucapkan selamat dan mendoakan keselamatan dan kejayaan ekspedisi itu.
Saya menunggu dan terus menunggu emel si dia. Tidak kunjung tiba. Apa yang saya ingat, dua tahun selepas emel terakhir, komputer saya berbunyi satu malam, menandakan masuknya satu emel. Saya yang sudah berkira hendak tidur memeriksa siapa yang menghantarnya. Rupanya emel si dia telah selamat masuk ke dalam inbox saya.
Dia menceritakan ekspedisi mereka mengalami kesulitan di Galaksi Large Magellanic Cloud akibat beberapa ribut kosmik yang melanda. Mineral yang dikesan menerusi teleskop rupanya hanyalah ilusi angkasa. Menurutnya, menjelang emel ini sampai di komputer saya, dia dan rakan-rakan ekspedisi sudah pasti tiba di Galaksi Ursa Minor Dwarf yang jauhnya 0.206 juta tahun cahaya dari bumi.
Saya tidak mendapat sebarang khabar emel dari si dia untuk tempoh tujuh tahun enam bulan. Hanya selepas itu emelnya sampai di inbox saya menceritakan tentang ekspedisi carigali ini telah berjaya mencapai 50% sasaran mineral di Galaksi Carina Dwarfs, sebuah galaksi yang muda berbanding Bima Sakti (bintang paling tua berusia 7 bilion tahun berbanding Bima Sakti yang mempunyai bintang setua 13.6 bilion tahun. Katanya mereka akan bergerak ke Gugusan Barnard untuk mencapai sasaran mineral mereka.
Saya ingat lagi, emel seterusnya tiba menjelang ulangtahun kelahiran saya yang ke 51, yakni 11 tahun selepas emel yang terakhir. Saya diajak oleh adik saya dan suaminya untuk meraikan ulangtahun kelahiran saya di sebuah kedai makan. Saya sebenarnya lebih suka sahaja tinggal di rumah, tapi akhirnya rela dengan ajakan mereka. Kami bertiga ke Kampung Baru untuk menikmati tomyam. Saya membalas emelnya dengan telefon bimbit saya. Dari situ saya mendapat tahu dia sudah hendak ke gugusan Galaksi Andromeda untuk mencari lagi 34% mineral bagi memenuhi sasaran mereka. Kami bertukar-tukar gambar sekali lagi.
TITTT. Satu emel masuk ketika saya sedang menyaksikan upacara akad nikah anak bongsu adik cik saya. Saya mengeluarkan telefon dan melihat siapa yang hantar. Ahhh, saya tersenyum. 17 tahun sejak emel di kedai tomyam itu. Senyum saya semakin lebar bila membaca ayat mengatakan mereka sudah mencapai sasaran dan sudah bergerak pulang ke Planet Bumi.
Saya menghantar satu emel mengajaknya untuk keluar dinner date dengan saya.
20 tahun kemudian, saya menyorong kerusi roda yang diduduki oleh kakak Fariza, Fazlina, menanti ketibaan kapal ekspedisi carigali mineral yang dijangka tiba di pelantar bila-bila masa sahaja lagi. Dari jauh saya nampak satu cahaya bergerak laju memasuki ruang langit.
Saya tersenyum. Apanya tidak, jika ditanya semua orang, pastinya ramai akan menjawab, debaran menanti dinner date bersama orang yang mereka suka buat pertama kalinya sesuatu yang sukar diucap dengan kata-kata.
Saya pun begitu. Walaupun sekian lama menunggu, debaran saya masih sesegar 50 tahun yang lalu.
TAMAT
notakaki: senarai galaksi di wikipedia
Salah seorang karakter yang selalu muncul dalam entri-entri saya sebelum ini adalah 'fictionalized daughter' saya bernama Cempaka. Nota: Saya belum berkahwin lantas - fiksyenisasi.
Ketika saya browse blog lama, saya terperasan satu entri, di mana Cempaka membuat 'penampilan sulungnya' dalam epik dunia vovin ini. Tarikhnya pada 10 Oktober 2005.
Pada awalnya saya mahu letakkan link entri penampilan sulung beliau, namun memandangkan atas beberapa sebab munasabah, blog lama itu terpaksa saya hiddenkan buat seketika.
Saya pernah menyuarakan hasrat, ketika bercinta dengan beberapa wanita (dalam masa berlainan sudah tentu), yang saya mahu namakan anak saya Cempaka. Jika tidak menjadi kesilapan, semua wanita itu tidak bersetuju. Lantas menjadi satu lagi hikmah kenapa saya tidak end up berkahwin dengan mereka. Saja cari alasan untuk tenangkan jiwa sebenarnya.
Apapun, saya punya alasan tersendiri kenapa saya mahukan anak perempuan saya bernama Cempaka.
Dan memandangkan belum ada lagi wanita yang secara mutualnya (maksudnya saya suka, dia pun suka) hendak memberanakkan Cempaka, Cempaka di dalam entri ini kekal fiksyen.
Namun jika ada yang sudi, dan saya turut suka, boleh emel saya menyatakan hasrat anda. Emel saya boleh didapati di side bar. Saya seorang penulis yang egosentris, deal with it.
Berikut adalah entri 10 Oktober 2005 tersebut, :
Ahad membawa aku ke beberapa lokasi seorang diri menjelajah mencari peti sejuk. Bukan senang hendak mencari peti sejuk. Tambahan pula peti sejuk yang mampu memberikan kepuasan, bukan kepada aku sahaja, tapi kepada semua rakan serumah aku.
Mengambil iktibar sms yang tidak dibalas, aku memandu seorang diri. Memulakan carian di Taman Connaught, di kedai bernama Seng Heng. Aku disambut oleh orang muda yang memakai baju berlambang Polis Diraja Malaysia. Aku ingat dia anggota polis. Polis jual peti sejuk ke? rupanya dia hanya pekerja disitu.
Seng Heng PUNYA mahal.
Aku bergerak ke tempat berhampiran. Ke GIANT. Aku cukup genius dengan cuaca panas itu pergi meletakkan kereta di parking bumbung atas. Aku jumpa peti sejuk jenama Sanyo berharga RM600. Hmm..menarik.
Dan seperti aku kata tadi bahawa aku genius, aku masuk ke dalam kereta untuk beredar dengan hati yang berbunga-bunga dek kerana bahang dalam kereta yang cukup mengasyikkan.
Aku ke Courts Mammoth Cheras, yang sebelum sampai di situ sempat juga aku tersesat ke Jalan Loke Yew dan terpaksa pusing jauh untuk kembali ke jalan yang benar. Selalunya begitulah.
Berjalan di Courts, bertanya beberapa perkara kepada abang jurujual, aku beredar. Peti sejuk Sanyo dalam fikiran.
Akalku mula panjang. Mari mencari di Carrefour Wangsa Maju. aku bergerak ke sana. Masalah kerana aku tidak tahu dimana Carrefour Wangsa Maju. Aku pernah kesana, tapi sudah lupa jalannya. Berpandukan papan tanda, aku bergerak. Masuk sini masuk sana, akhirnya aku masuk ke dalam sati kawasan perumahan yang amat sempit disekitar Ampang. Memang cukup sempit dan aku terus memandu jauh ke dalam tanpa menyedari bahawa kebarangkalian aku sudah tersesat. Cukup aku kagum dengan keadaan kawasan itu kerana lebih sejam aku memandu mencari jalan besar. Carrefour Wangsa Maju sudah aku lupakan. Aku hampir-hampir berfikir bahawa mungkin sekali aku singgah di sebuah rumah, mengetuk pintu dan meminta ehsan mereka menumpangkan aku berbuka puasa kalau aku tidak jumpa jalan keluar. Mujur juga ianya masih belum gelap, yakni kalau ianya berlaku, aku mungkin memberhentikan kereta, keluar dan menjerit sekuat hati melolong kenapa aku dilahirkan ke dunia. Dan memang pasti selepas itu aku akan terbaring, dipukul oleh orang-orang kampung yang menyangka aku gila.
Dan terlintas juga pada fikiran aku, kalau aku berkahwin dengan orang di kawasan itu, membayangkan aku membawa isteri aku, anak aku, pada waktu malam, memandu di celah-celah jalan sempit untuk membawa mereka bertemu dengan ibu mertua/ibu isteriku/nenek anakku. Aku terpandang sebuah rumah dan membayangkan keretaku berhenti di situ, pada waktu malam, 2,3 hari sebelum hari raya, dan anak-anak aku keluar disambut oleh nenek mereka sementara aku sibuk mengeluarkan barang-barang di dalam bonet keretaku dibantu oleh isteriku yang sarat mengandung.
Dan aku rasa imaginasi itulah juga menyebabkan aku sesat jauh ke dalam.
Aku berjaya keluar, membawa imaginasi itu, yang mungkin, mungkin jika ada rezeki, akan terjadi.
Memandu seorang diri, mencari peti sejuk, sesat di kawasan kampung yang amat asing, aku menemui sesuatu. Sesuatu yang, kalau tidak terjadinya benda-benda diatas, tidak akan aku temui. Dan aku amat bersyukur aku menemuinya.
Dan ianya akan aku ceritakan dikemudian hari.
Sekarang aku hendak log off, berbaring dan membayangkan aku sedang mengangkat barang masuk ke dalam rumah ibu mertuaku.
"Lambat sampai Nazri?" ujar ibu mertuaku.
"Jalan jam, lagipun tadi ambil _______ kat Puchong, dia ada kerja kat sana," ujarku.
"Hai, kereta mana, _________?" soal ibu mertuaku kepada isteriku.
"Tak larat nak bawak mak," jawab ________ merangkap isteriku, anak kepada mak mertuaku dan ibu kepada ________ dan Cempaka.
"Lauk berbuka ada lagi," kata ibu mertuaku sambil mendukung _______. Cempaka pula pergi mendapatkan mak su yang sedang tekun menjahit langsir.
"Saya dah kenyang, tapi ________ kot lapar, dia makan roti je tadi" aku memandang isteriku. _______ sekadar menggelengkan kepala. Dia sudah letih. Kami masuk ke dalam bilik menyalin pakaian sementara Cempaka dan ________ masih diluar bermain dengan nenek mereka.
Kami berdua keluar mendapatkan ibu mertua/mak ______/nenek Cempaka & ______. Duduk di kerusi panjang berbual tentang beberapa perkara. Tentang kesihatan ibu mertua/mak ______/nenek Cempaka & ______, sekali sekala menyentuh perihal si comel Cempaka & _____ yang sibuk mengacau mak su mereka, tentang kerja, serta beberapa nasihat kesihatan untuk _______ yang sedang sarat.
Aku memegang tangan _______ dan berharap hari raya tahun ini sama seperti beberapa hari raya yang lepas...seronok, istimewa dan tidak dapat kami lupakan.
Tamat. Ha! ha! ha!
Untuk koleksi entri 'Cempaka' boleh baca di sini:
*the title taken from one of my favourite blog. Please don't sue me.
+++
You can see the tree. The big tree. Yes. THE.
And you should see The Tree, because there's nothing there, except the tree. and grass of course. A wide green grass field. But that's not the point.
The point is...you can see, that...there is the tree there.
And shall we walk to that tree, for the tree is the only thing that connect us.
But then, it might connect to others too. And shall i hold on that? On that sole promise? Or behind the surreal tree, there's something better you could offer?
Or i could offer?
Yes, i could offer. But...
Yes, there's 'but'.
We always love 'but'.
That binding us. Or maybe it just me. But it bind nonetheless.
There There, pat and give some comfort, for that the only stuff that hold us, no more.
and The Tree still there. Waiting to give company, to whoever wanted it.
And why it always turned into bad things? Can it just standing still and..still great things come to it?
It might as well fall, but is that what The Tree want? Or what The Tree want anyway?
It want love, that few can gives. And sometimes it fall apart, picking pieces by pieces. It needs motivation, not a killing move. Or maybe The Tree already died.
The sole purpose - death.
But then again, death is a word long awaits.
It needs company. A full stop, not a comma. Or apostrophe. No, definately not apostrophe. Apostrophe is bad. It makes violence. A full stop and maybe a little touch of love. Love with full stop.
And winds. Winds that never shy.
And please don't shy to the Tree.
A full stop.
"Bwarghhhhhh!!!"
Satu jiwa gugur di rahang makhluk ganas bertaring. Dengan rakus darah mangsa dikeringkan bagai menyedut air sirap dengan straw belang biru putih.
Slurpppp. Si pemangsa yang terkenal dengan nama Pipiyapong mengesat mulutnya yang tercalit darah. Dia sedawa tanda kenyang. Dia menoleh ke arah Shiro yang sebangsa dengannya. Shiro masih hijau dalam arena pontianakan (atau vampirism). Umur Pipiyapong sudah mencecah 450 tahun sementara Shiro baru beberapa bulan.
"Macam tu caranya!" marah Pipiyapong. "Nah! Sedut darah ni!"
"Tak apalah bang, saya ada ni," Shiro menunjukkan sebotol darah yang dipek oleh Uya Food Industries, pembekal darah pontianak nombor satu di Asia Tenggara.
"Kau tak baca emel forward ke? Tak baca kat facebook pasal darah botol Uya ni?" jerkah Pipiyapong.
"Kenapa bang?"
"Diorang letak darah babi kat produk diorang. Haram tahu?"
"Kita mana boleh percaya bulat-bulat khabar angin facebook bang,"
"Ahhh, kau ni, banyak lagi yang kau kena belajar jadi vampire ni!" Pipiyapong menolak mangsanya yang sudah mati, "serius tak nak ni? Banyak lagi ni, rugi,"
"Saya ada prinsip bang, tak minum darah manusia. Itu yang diajar oleh Pakcik Sinaganaga."
"Ahhh, dengar sangat cakap vampire old skool tu. Zaman dia dah berlalu, ni kalau tak nak rugilah aku tangkap orang gemuk..." leter Pipiyapong.
"Old skool apanya bang, kan ke darah botol ni teknologi baru..."
"Karang aku terajang kau, banyak bunyi pulak, dah jom, nanti terserempak dengan ustaz mana pulak, terbakar pulak kita karang," Pipiyapong beredar. Sambil itu dia terus berleter tentang prinsip hidup sebagai pontianak rock and roll.
+++
Kuala Lumpur terus digegarkan dengan keganasan Pontianak bernama Pipiyapong. Sudah ramai manusia yang menjadi mangsa.
+++
Namun, beberapa minggu kemudian, keganasan Pipiyapong terhenti. Tiada lagi berita tentang adanya manusia terserempak dengannya. Tiada siapa yang tahu ke mana dia pergi. Adakah dia sudah dibunuh oleh ustaz yang mengeluarkan power abugit tulisan Allah seperti dalam drama tv Malaysia?
+++
Pontianak ganas bernama Pipiyapong sedang duduk di atas bumbung sebuah bangunan tinggi sambil memandang langit dan memetik gitar. Dia terhenti sebentar dan mencapai botol darah Uya Food Industries. Dia meneguk darah sepam dua.
Tidak lama kemudian muncul Ismail Othman, Dila Raden, Shiro dan Bainun Waheeda, rakan-rakan sepontianakannya.
"Sini rupanya aok melepak," ujar Ismail Othman.
"Kamu ke mana? soal Pipiyapong sambil meneguk sepam darah botol.
"Pergi ngajar si Shiro ni hisap darah manusia," jawab Pontianak Bainun Waheeda. "Ngape sekarang tak ikut lagi?"
"Sekarang baru saya tahu bang, betapa nikmat dan sedapnya hisap darah manusia..." Shiro bersuara.
"Kau bodoh Shiro!!!" tempelak Pipiyapong. "Ni la namanya pengaruh rakan sebaya, duduk KL ni hati kena kuat, kena berprinsip, jangan nak ikut 'orang' lain!"
"Rakan sebaya apanya Pi, aku dah 300 tahun umo," balas Ismail Othman. "Si Dila ni dah 270, Bainun dah 125 tahun..."
"Tahu pun korang, korang sebagai 'orang' yang dahulu jadi vampire, patutnya kasi teladan sikit kat yang 'muda' macam Shiro ni!" marah Pipi. Dia berlalu dari situ sambil merengus. Meninggalkan rakan-rakannya.
"Marah benar Si Pipi ni, apa hal?" Ismail Othman garu kepala.
"Laaa, kau tak tahu cerita ke?" soal Dila Raden.
"Pipi sekarang couple dengan ratu Vampire, Mimi Morticia. " balas Bainun Waheeda. "Mimi kan tak suka couple dengan vampire yang hisap darah orang, tu yang Pipi stop sekarang ni. Dia minum darah botol je. Mimi kata vampire yang hisap darah orang nafas berbau."
"Tu yang lately asyik stress je," balas Dila Raden.
Ismail Othman angguk.
"Bila nak cari orang lagi?" soal Shiro nampak teruja.
"Eh, esok-esok pulak la Shiro, tak sabo-sabo," balas Ismail Othman.
Tanpa mereka sedari, Pipiyapong mendengar perbualan mereka di sebalik pintu. Dia memejam mata.
"AHHHHH, Demi Cintaku pada MIMI!!!" jerit batin Pipiyapong.
TAMAT
++++
Kisah di atas tiada kaitan dengan siri TV PONTI ANAK REMAJA yang akan disiarkan di kaca tv ASTRO RIA bermula 25 Oktober jam 10 malam. Sama-samalah anda menontonnya. Arahan dan tulisan brader Nizam Zakaria, kawan lama gua.
Video klip trailer:
Menjadi Superhero bukanlah satu tugas yang senang seperti menulis status facebook.
Menjadi Superhero didatangkan dengan pakej tanggungjawab. Bak kata Pak Cik Ben, jiran saya dahulu, "power yang beso datang dengan tanggungjawab yang beso, mike dengo tu..."
Pak Cik Ben sudah lama meninggalkan saya, tapi kata-kata azimat itu tetap terpahat dihati.
Kata-kata itu juga saya lontarkan kepada teman serumah baru saya yang juga baru graduate Kolej Superhero, si Anip yang kini menjalani fasa mentorship dibawah superhero Catman.
Si anip atau nama Superheronya "Arnab Udara" mengeluh.
Kami berada di bumbung sebuah bangunan tinggi, memandang langit malam yang disinari cahaya bulan.
"Kenapa?" soal saya.
"Payah nak dapat 'job' sekarang," keluh anip err...Arnab Udara. "Semuanya nak tengok pengalaman. Macam mana nak ada pengalaman kalau tak diambil bertugas. Spiderman pun mula-mula tak ada pengalaman masa kerja di New York"
Saya diam. Tak sampai hati nak beritahu Spiderman sebenarnya dapat gig menyelamatkan orang di New York sebab guna kabel. Zaman sekarang kabel penting untuk berjaya.
"Tak payah risau, kau start slow. Program mentorship dengan Catman ni bagus untuk kau. Masa aku start sebagai superhero dulupun susah jugak."
Anip anggup.
Saya terkenang zaman mula-mula menjadi superhero. Memang payah. Mana nak belajar kuasa yang ada dalam pada masa yang sama nak cari ruang untuk menyelamatkan orang. Tapi alhamdulillah, kini nama JUARA WIRA menitir bibir masyarakat sebagai salah seorang superhero yang berfalsafah dan berkaedah.
ZUPPP! Tiba-tiba muncul seorang lagi teman serumah kami, Firdaus Abdillah ataupun dikenali sebagai ZU-PP. Kelajuannya digunakan dengan baik untuk menjadi superhero remaja masakini. Aksesorinya ringkas, cuma kemeja-t dan helmet (seperti dalam gambar di bawah).
"Alima jom?" ajak ZU-PP.
Saya memandang Anip.
"Kenapa ni?" soal Firdaus Abdillah ataupun ZU-PP.
"Tengah down sebab job superhero tak banyak." jawab saya.
"Ahhh, rilek, hal-hal begini senang nak settle," ujar ZU-PP.
"Ah, kau senanglah nak cakap, kau dah ramai peminat," Anip si Arnab Udara membidas.
"Lahhh, betullah. Mula-mula kau buat fan page kat facebook, kasi besar sikit network," cadang ZU-PP.
"Yang penting," tambah saya, "sebagai superhero, kita harus selalu ingat, seorang superhero bukan diukur menerusi kuasanya, tapi menerusi sejauh mana dia menjadi manusia. Tak guna berkuasa superhero, mempunyai banyak kelebihan, tapi fail menjadi seorang manusia."
"Putus cinta, kena tipu dengan bos, member umpat belakang, kena rejek makwe, orang potong job ko, duit tak ada, itu semua sebahagian dari pelajaran untuk kau jadi manusia..." tambah Firdaus Abdillah ataupun nama superheronya, ZU-PP. "Kuat macam Superman pun, kalau tak belajar macam mana nak handle jadi manusia, tak guna..."
Saya dan Anip si Arnab Udara memandang ZU-PP yang bercakap sambil mendongak memandang langit. Terkesima mendengar nasihat-nasihat deep beliau.
"Alima jom!"

Gambar kenangan ketika saya, ZU-PP dan member-member rapat kami menghadiri konvokesyen Anip si Arnab Udara.
