Archive for the ‘Filem’ Category

20
Apr

TIME

   Posted by: nazri   in Filem

TIME adalah filem Kim Ki-Duk yang kelima aku tonton selepas 3 Iron, The Bow, Spring, summer, autum, winter…and Spring dan Samaritan Girl). Time juga merupakan filem Kim Ki-Duk yang paling kaya dengan dialog (perbandingan antara 5 buah filemnya yang aku tonton). Kontradik dengan 3 Iron dimana aku rasa 98% adegannya tiada dialog.

time-poster.jpg

Sebagai seorang pengarah yang menempah reputasi antara yang terbaik di dunia (mungkin, dan tak hairan kalau 30 tahun lagi namanya disebut sebagaimana peminat filem sebut nama Godard atau Truffaut, agaknya la), Time aku anggap filemnya yang dibikin separa pop (juga berbandingan hanya dalam lingkungan 5 filem yang aku tonton).

Time adalah sebuah filem tentang obsesi. Temanya menyentuh isu obsesi orang Korea untuk mencantikkan muka dengan pembedahan. Dalam satu reviu, dikhabarkan 50% wajah wanita Korea dalam lingkungan umur 20-an pernah ditoreh oleh doktor untuk kelihatan cantik. Statistik yang cukup menakutkan. Bagaimana pula senario di Malaysia?

Obsesi kedua adalah seorang perempuan bernama See-Hee yang terlalu sayangkan pakwenya, Ji-Woo. Sebagai seorang wanita normal, dia mempunyai tabiat cemburu dan tak senang duduk kalau ada awek cun (dan tak cun) yang lalu lalang di depan Ji-woo. sifat cemburu See-Hee kadang kala menyusahkan bila tak pasal-pasal pelayan kedai kopi pun kena maki dengannya kerana senyum pada Ji-woo.

Read the rest of this entry »

26
Feb

DUNIA BARU

   Posted by: nazri   in Filem

Aku memang berkira-kira nak tulis mengenai filem Dunia Baru.

duniabaruwallpaper01_800_600.jpg

Seperti yang kamu agak, aku peminat siri TV Dunia Baru. Bagi aku, kalau seberang jauh sana ada OC, ada Beverly Hills nombor-nombor dan bermacam cerita bersiri remaja yang lain, kita patut bangga sebab Dunia Baru adalah sebuah produk yang berkualiti boleh dikatakan hampir hebat juga dengan siri-siri yang aku sebut tadi.

Sudah tentu ia adalah siri TV gedik. The OC pun gedik juga. Memang itulah format untuk teen series. Kalau tak mahu gedik sila tengok rancangan Mengaji bersama Ustaz Zawawi.

Sang Sutradara dalam Dunia Baru adalah Hitler yang juga bertanggungjawab menjayakan 2 musim pertama Dunia Baru. Premis agak lari sedikit sebab majoriti cerita bukan berkisar di kolej Unisel. Tapi kali ini mereka bergerak di jalanraya Malaysia kerana mahu mencari Anizah yang diculik oleh mamat gila bayang. Elyana (comel), Mohd Adif, Tajol, Suzanna dan kawan-kawan bergerak mengejar Anizah dalam pengembaraan yang riang ria ribena.

Dunia Baru boleh aku kira post-modernis sebab menggabungkan banyak unsur. Satu benda yang menarik ialah jarang-jarang pembikin filem sudi membuat Road Movie. Maka layaklah Dunia Baru aku masukkan dalam kategori Road Movie Remaja sama seperti Road Trip, Harold And Kumar Go To White Castle, Y Tu Mama Tambien dan Sideways.

Okey, aku pasti ada yang tembak aku bila Dunia Baru disamakan dengan Sideways.

Adapun, aku menganggap penulis skripnya, Wan Hasliza setaraf dengan Homer (ya, nama Homer Simpson itu diambil dari si dia ini), pencipta Odyssey, moyang kepada segala Road Movie (okey, dia bukan movie, dia puisi).

Read the rest of this entry »

27
Jan

CLOVERFIELD

   Posted by: nazri   in Filem

cloverfield_theatrical_poster.jpg

Aku ada verdict yang mungkin tidak digemari oleh sesetengah orang. Cloverfield berjaya buat apa yang Blair Witch Project tak dapat buat, sebuah filem pening yang menghiburkan. Pendek kata, aku agak suka dengan ini filim disebalik ramai teman tidak menyukainya. Lantas, tidak hairan, pendapat terbahagi dua, suka atau tidak suka.

Sesiapa yang biasa mengikut perkembangan filem-filem “Coming Soon” sudah sedia maklum teaser Cloverfield dimuat dalam alam siber sejak awal 2007 lagi. Semua pengikut filem tertanya-tanya tatkala sebuah poster tanpa tajuk dengan imej Statue Of Liberty tak ada kepala. Cerita apa ini? Sebuah lagi monster movie? Adakah kita akan saksikan satu lagi filem sial seperti Godzilla? Tidakkah mereka belajar dari kegagalan Godzilla? Malah ada spekulasi mengatakan ia filem Voltron. Tapi peminat-peminat filem sepakat bahawa sebuah lagi Monster Movie bakal berlabuh di pawagam.

Read the rest of this entry »

17
Dec

ANAK HALAL

   Posted by: nazri   in Filem

main-poster.jpg

Anak Halal adalah produk dari pengarah Osman Ali. Nama dia menjadi perhatian dengan hasil kerja tahap dewa seperti Bukak Api.

Kemudian datang Puaka Tebing Biru yang…ummm…aiseh.

Anak Halal menjanjikan satu pengalaman sinematik yang cukup mengujakan. Seperti yang aku tonton dalam Haru Biru.

Premisnya pun bagus. Kisah budak-budak jalanan yang suka berhuha. Mereka berhadapan dengan hidup dengan cara mereka. Salah seorang bertemu dengan anak orang kaya bermasalah, seorang lagi terjebak dengan dunia pengedaran dadah dan apa yang bakal terjadi kepada nasib anak-anak muda ini?

Read the rest of this entry »

13
Dec

I AM LEGEND (GUA ADALAH LAGENDA)

   Posted by: nazri   in Filem

SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER ORANG JAHAT MATI LAST SEKALI SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER MAK MERTUA MATI LAST SEKALI SEPARA SPOILER SEPARA SPOILER

legend-poster.jpg

Read the rest of this entry »

10
Dec

ENCHANTED

   Posted by: nazri   in Filem

SPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILER

SPOILERSPOILERSPOILERSPOILERSPOILER

enchanted-poster.jpg

Read the rest of this entry »

5
Dec

THE GOLDEN COMPASS

   Posted by: nazri   in Filem

Penuh dengan spoiler. Penuh Dengan spoiler. Penuh dengan spoiler. Penuh Dengan spoiler. Penuh dengan spoiler. Penuh Dengan spoiler.

compass-poster.jpg

Sejak akhir-akhir ini aku kurang suka dengan filem fantasi kanak-kanak. Kanak-kanak jadi hero, seolah-olah satu masturbasi impian si pembikin karya semasa beliau kecil. Bila kanak-kanak jadi hero, seakan satu limitasi kepada apa genre fantasi boleh buat.

Oh, The Golden Compass.

Aku seharusnya menceritakan perihal filem tanpa ada bias terhadap bukunya. Lagipun aku bukan orang yang hendak sesebuah cerita mesti mengikut buku seratus peratus. Aku suka ada perubahan. Lord Of The Rings berjaya sebab Peter Jackson mengubahnya. Henry Potter tidak berjaya sebab…err..sebab memang ceritanya tak best? (Larikkkkkkkkkkkk!!!).

Read the rest of this entry »

15
Nov

BEOWULF

   Posted by: nazri   in Filem

beowulf-poster.jpg

Aku selalu teruja dengan cerita-cerita dongeng dari sebelah Scandinavia. Nama seperti Odin ketua dewa, Freya sidewa yang cantik, Valkyries yang membawa pahlawan yang mampus ke syurga, Bifrost jambatan dari Midgard ke Asgard dan ya, Beowulf si pahlawan vs Grendel si raksasa cukup cantik pada mata aku.
Aku juga teruja dengan cerita Beowulf yang pertama kali diperkenalkan semasa sekolah. (Aku ingat saudara Adzakael pernah melukis komik adegan Beowulf berlawan dengan Grendel dan si naga itu semasa sekolah).

Beowulf yang datang kali ini dalam bentuk motion capture (benda yang sama digunakan untuk membuat Gollum). Hasil kerja tangan Robert Zemeckis (kamu mungkin tak kenal dia tapi kenal dengan kerja dia seperti Back To The Future, atau lebih artistik seperti Contact, Forrest Gump dan Cast Away). Menurut Nazim Masnawi, filem Zemeckis tak pernah gagal sejak era Back To The Future.

Read the rest of this entry »

30
Jul

THE SIMPSONS

   Posted by: nazri   in Filem

simpsons_movie_ver4_001.jpg

The Simpons Movie dibuat untuk peminat yang sudah ikut siri TV sejak berbelas tahun dahulu dan untuk budak-budak yang dilahirkan lambat beberapa tahun (baca: peminat baru). Lawak-lawaknya boleh dihadam oleh sesiapa sahaja.

Satu kejayaan Simpsons adalah menyuntik rasa cool dikalangan orang-orang yang meminatinya. Ia adalah simbol rasa anarkis, berontak dan keterasingan budak-budak muda yang mahu dinilai unik dari masyarakat sekeliling. Dan The Simpons adalah kartun berani menghina sesiapa sahaja yang mereka suka (mungkin tak sehebat South Park, mungkin la).

 

lisa-simpsons.jpg

The Simpsons adalah apa yang terkandung dalam darah aku sekarang. (baca: aku cool).

 

 

Read the rest of this entry »

27
Jul

HARU BIRU

   Posted by: nazri   in Filem

Sekali tengok tajuk filem ini macam filem kelakar bodoh yang digemari oleh orang-orang Malaysia (berdasarkan statistik kutipan tiket serta kerapnya filem bodoh begitu dibikin setiap tahun). Posternya juga ada misleading bila melihat empat karakter itu macam budak-budak poyo yang hendak melepak di KLCC. Aku rasa sepatutnya poster Haru Biru boleh dibuat dengan pendekatan yang lain.

 

 

poster-utama.jpg

 

Rupanya aku salah.

 

Haru Biru adalah filem yang buat aku kata “whoaaa!” “wauuuu!” “Gilalahhhh!” “Mak aihhhh!” “Fuyoooo!” dalam panggung. Jarang filem Melayu boleh beri aku rasa sebegitu.

 

Haru Biru mengenai persahabatan tiga orang kawan baik. Kid (Que Haidar) adalah ejen hartanah yang berjaya dan kacak dan bangsat. Ariyana (Dynas) adalah awek cun yang bercita-cita mahu menjadi model sementara Dani (Ijoy) adalah seorang ‘artis’ yang bakal mengadakan pameran solo di galeri seni dalam masa terdekat. Disebalik penampilan Kid yang serba kemas dan kacak, dia suka hisap dadah dan dada (Serius, aku bukan buat rima ke apa, memang itu karakter dia). Ariyana pula awek gedik yang boleh buat lelaki bodoh jatuh cinta dengan dia. Dani, rasanya tak layan dadah tapi dia jatuh cinta pada Adriana.

 

Masalahnya, Kid pernah menjalinkan hubungan kelamin dengan seorang awek Suzi (Betty) yang sudah tangkap cinta dengan mamat penangih ini. Suzi ini pula adalah perempuan simpanan kepada seorang orang kaya. Sudah jadi lumrah sekarang, perempuan tak kisah jadi perempuan simpanan asalkan dapat duit dan kesenangan yang aku agak cuma bertahan dua tiga tahun sahaja. Jadi si orang kaya ini layan Suzi macam binatang. Agak-agak horny saja, dia pergi kondominium si Suzi untuk melempiaskan nafsu serakah tak mengira sama ada Suzi haid ke, penat ke, malas ke, ada kerja ke atau apa sahaja.

 

Read the rest of this entry »