Archive for the ‘Filem’ Category

23
Jul

HARRY POTTER AND THE ORDER OF PHOENIX

   Posted by: nazri   in Filem

SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*SPOILER*

poster.jpg

Budak yang naik penyapu datang kembali dalam “Harry Potter And The Order Of Phoenix“.

Selain dari Sorcerer’s Stone (sebab ia yang pertama) dan Prisoner Of Azkaban (paling aku suka), filem-filem HP yang lain seakan mengecewakan aku. Ingat, aku bukan peminat Buku apatah lagi filemnya. Tapi aku juga bukan pembenci HP, cuma dipandang dari sudut adaptasi, HP tidak banyak memberi hiburan pada aku.

hermione.jpg

Tapi…

Ada beberapa benda yang menarik dalam The Order Of Phoenix.

Secara tipikal sejak empat filem yang lalu, filem dibuka dengan Harry Potter berada di rumah keluarga angkatnya, kena buli bla bla. Kali ini Dementhor datang menyerangnya. Harry terpaksa guna magik patronus di depan muggles. Jadi dia mesti dihukum. Kemudian datang satu pakatan mengatakan Dumbledore ada isu dengan ministry. dia nak jatuhkan ministry. Dikatakan bahawa Harry Potter sengaja mendakan cerita tentang kembalinya The Dark Lord. Pihak atasan tidak mahu percaya Cedric (rujuk filem sebelum ini) dibunuh oleh Voldermort.

cho.jpg

 

Kemudian muncul pula The Order Of Phoenix, satu gerakan rahsia, antara ahlinya ialah Sirius Black. Selepas dibicarakan, majoriti pihak atasan mengundi Harry tak bersalah dan dia dibenarkan belajar di Hogwarts. Tapi masalah baru datang semasa Prof Dumbledore mengumumkan kedatangan cikgu Dark Arts yang baru iaitu Dolores Umbridge. Miss Umbridge ni orang kerajaan (ministry), maka tipikal orang kerajaan, dia hendak memastikan keadaan teratur agar NAMA BAIK KERAJAAN terpeliharan walaupun sudah nyata kebodohan kerajaan itu berada di depan mata. Perlahan-lahan dia mengambil alih tempat Dumbledore dan buat macam-macam peraturan.

Read the rest of this entry »

11
Jul

PROMO - KAYANGAN

   Posted by: nazri   in Filem

Filem KAYANGAN bakal menemui penonton di pawagan pada 9 Ogos 2007. Filem terbitan Raden Pictures Sdn Bhd menampilkan nama seperti Nur Fazura, Dynaz, Eja, Opie Zami dan ramai lagi.

kayangan-cinema-poster-copy.jpg

Sinopsis:

Read the rest of this entry »

29
Jun

LANUN, POLIS DAN ROBOT TUKAR-TUKAR

   Posted by: nazri   in Filem

Sinambungan dari konsep ulasan filem berkumpulan dari blog lama aku:

Tapi lebih ringkas.

PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD’S END

pirates3.jpg

Ada beberapa babak yang aku suka seperti semasa Jack jumpa ketam batu.Tapi secara keseluruhan, entah le, bukan tak bagus, cuma filem kedua sudah dibina untuk filem ketiga, tapi akhirnya?

Apa kejadahnya lanun-lanun lain boleh tengok saja Black Pearl berperang?

Aku jangkakan ada perang lanun-lanun yang besar.

Calipso atau apa ntah nama perempuan yang jadi besar itu, aku peduli apa,

Davy Jones, aku peduli apa,

Elizabeth dan William Turner, aku peduli apa,

Johnny Depp…wauuu!

Secara keseluruhan,

Hampeh!

HOT FADZ FUZZ

hot_fuzz.jpg

Filem paling best tahun ini (setakat bulan Jun), dari semua genre.

Dari kumpulan yang sama dalam filem Shaun Of The Dead.

Adegan hero buat flying kick terajang nenek tua merupakan masuk dalam senarai adegan cool filem yang pernah aku lihat. Nota kepada moralis: aku tak promote menderhaka kepada orang tua.

Lawak orang-orang British lagi best dari lawak-lawak orang Amerika. Juga hayati ‘kemewahan’ filem ini yang dibuat bersungguh-sungguh oleh sang pengarah dan penulis skripnya. Terlalu banyak trivia di dalamnya. Selepas tonton di panggung, kamu kena beli DVD dan tengok satu persatu ’small details’ yang diletakkan.

Edgar Wright dan Simon Pegg, kamu genius!

TRANSFORMERS

trans.jpg

Baiklah, filem ini memang menghiburkan, aku tahu, aku tahu. Berbaloi untuk kamu pergi. Aksi robot tembak manusia, manusia tembak robot, robot lawan robot, robot tukar jadi kereta, kereta tukar jadi robot, Vending Machine tukar jadi robot, semuanya memang buat aku cakap “whoaaaaaaaaaa!!!”

TAPI

Tarnsformers mungkin dilihat gah sebab tak ada filem blockbuster kategori Giant Robot sebelum ini.

Maka kalaulah Transformers keluar selepas, ambil contoh, GUNDAM, Robotech, Giant Robot dan sebagainya, aku rasa orang akan kata filem ini sekadar…”okeylah”.

Transformers akan senasib dengan Fantastic Four yang mungkin akan kelihatan gah kalau filem Batman dan Spider-Man tidak pernah dihasilkan.

Jangan salah anggap, hasil kerja Michael Bay ini tetapi berbaloi duit kamu. Rasanya.

Cuma…adeh, ya lah ya lah, pop-corn films memang kena macam tu kan.

Sigh, aku takde kawan yang akan bersetuju.

16
May

THE GOLDEN COMPASS

   Posted by: nazri   in Filem

Aku tak tunggu filem Harry Potter terbaru sebab naluri aku mengatakan filem itu tidak akan memuaskan nafsu serakah aku seperti mana Alfonso Cuaron buat dalam Prisoner Of Azkaban.

Ada satu filem fantasi lain yang aku tunggu.

The Golden Compass yang diadaptasi dari novel tulisan Philip Pullman.

Sini boleh baca mengenai filem itu. a.k.a aku malas menaip.

Kemudian kamu pergi ke laman web rasmi. Main game di situ dan dapat seperti yang aku dapat.

Ayuh!

Peh, bapak cool gile poster dia.

14
May

SUMO-LAH

   Posted by: nazri   in Malaysia

Coretan aku mengenai Sumo-lah ini penuh dengan spoiler.

Afdlin Shauki (Buli, Baik Punya Cilok) datang lagi dengan sebuah filem kesukanan dan semangat juang. Dia beri kita satu kejutan dengan menampilkan sukan yang ramai orang tahu tapi ramai orang tak sebenarnya tahu.

Ramlee adalah orang Melayu yang memang lahir dengan perangai Melayu. Pemalas tapi bercita-cita besar. Dia suka beri alasan atas segala benda yang terjadi. Dia dibuang kerja dan bagi alasan bos yang jahat. Itu lumrah perangai Melayu yang suka melapik dengan 1001 alasan bila diri jatuh terduduk. Kemudian ada pula satu restoran Sushi di Puchong kepunyaan Mr. Honda (Patrick Teoh) yang mencari peserta ketiga untuk melengkapkan penyertaan dalam pertandingan Sumo amatur antara restoran Sushi di Malaysia. Di bawah Mr. Honda ada dua ahli Sumo berbakat iaitu Haris (Awie) dan Andy (Radhi Khalid). Ramlee pada mulanya terperangkap dengan helah Mr. Honda lalu menjadi ‘orang ketiga’ dalam pasukan itu. Kemudian ada pula antagonis besar, Akira (Gurmit Singh), ahli Sumo amatur Malaysia yang tak terkalah, anak kepada tauke Diamond Sushi yang berjaya serta minat gila pada anak Mr. Honda, Siti yang cantik bak bidadari. Ramlee juga suka pada Siti. Maka bertarunglah mereka dalam gelanggang Sumo.

Read the rest of this entry »

26
Apr

SPIDER-MAN 3

   Posted by: nazri   in Filem, Komik

poster.jpg

Okey, bagaimana aku hendak cerita mengenai Spider-Man 3?

Satu - dia adalah hero aku (pergi mampus la kalau korang kata dia fiksyen, kenapa tak ambil _____ sebagai hero atau orang betul sebagai hero).

Dua - Aku sudah tengok filem Spider-Man 3. Wohohoho!

Tiga - Aku agak ramai yang kurang suka dengan Spider-Man 3.

Buat pembaca yang baru semalam keluar dari gua setelah bertapa selama tiga puluh tahun, Spider-Man 3 adalah sinambungan dari dua filem sebelum ini. Ia adalah adaptasi dari komik terbitan Marvel dengan mana yang sama. DAN TIDAK, Spider-Man TIDAK MENIRU CICAKMAN (@#%$^%$#$&*^!). Kali ini si nerd Peter Parker sudah tak sabar-sabar nak bermalam pertama dengan awek dia, Mary Jane. Dia merancang untuk melamar. Dalam pada masa yang sama dia mengetahui bahawa pembunuh Uncle Ben adalah Flint Marko, seorang banduan yang terlepas dan mengalami mutasi sampai jadi Sandman (bukan karakter Neil Gaiman atau pun Faizal Mukhtar). Dia berhadapan dengan dua orang jahat baru iaitu The Sandman dan Venom selain Harry Osborn yang menjadi New Goblin. Kemudian pula si awek dia ada masalah dengan kerjaya nyanyian. Mary laksana seorang bintang Akademi Fantasia (baca: tak berbakat sangat). Ini membuatkan hubungan kasih sayang antara Pete dan Mary tegang (bukan dalam konteks sensual). Tambah lagi, si bangang tu boleh pula cium Gwen Stacy dalam satu upacara.


Spider-Man memberi rasa yang amat berlainan dari dua filem sebelumnya. Atmosfera yang menyelubungi filem ini lain sama sekali. Kalau orang tanya kepada aku, adakah ia lebih bagus dari Spider-Man 2, aku tak tahu hendak memberi jawapan. Kerana aku anggap Spider-Man 3 juga ada kekuatan tersendiri, ia tetap hebat, secara tersendiri, walau mungkin masih ada kelemahan.

Sut hitam itu memberi peluang kita lihat satu ruang hitam dalam diri Peter Parker. Dia jadi pemarah, pendendam dan sanggup menyakiti orang yang dia sayang. Manusia tetap manusia, termasuk Spider-Man.

Filem dibuka dengan montaj nama pelakon berlatar belakangkan adegan-adegan dalam dua filem Spider-Man terdahulu. Secara tidak langsung memberi imbasan kembali kepada penonton, seperti “the story so far” atau recap. Muzik latar bukan lagi Danny Elfman tetapi datang dari Christopher Young. Tapi nampak dia masih mengekalkan ’sound’ yang dicipta dari Elfman dalam beberapa bahagian babak.

Kesan khas dan sinematografi semasa adegan lawan-lawan memang buat aku sakit jantung. Satu adegan yang aku suka bila shot biji-biji pasir dari jarak dekat (mula-mula aku ingat batu), ala shot mikroskop kemudian menjauhi sehingga nampak gumpalan pasir-pasir dari jauh. Lawa gila. Diikuti dengan kesan khas yang cantik tatkala Flint Marko baru jadi Sandman. Ketika dia masih belum membiasakan diri dengan keadaannya menyebabkan tubuhnya pecah, laksana istana pasir yang dilanggar orang. Jarang aku tengok kesan khas melibatkan pasir. Ketika filem lain sibuk menyempurnakan animasi air, api dan asap, Spider-Man 3 tampil dengan satu lagi elemen yang susah iaitu pasir.

Aku akui, adegan pertarungan Spider-Man dengan Dr. Ock di tren (Spider-Man 2) masih menjadi scene lawan-lawan yang paling handal. Aku rasa tak ada adegan lawan-lawan dalam Spider-Man 3 yang menandingi ‘train fighting’ itu. Tapi ketika New Goblin mengejar Spider-Man aku anggap adegan lawan yang paling best dalam Spider-Man 3. Korang boleh tengok masa batu bangunan pecah dan jatuh berpusing-pusing sambil Peter Parker melekat di situ dan bergerak untuk menjauhi New Goblin. Kemudian dia melarikan diri di celah-celah bangunan sambil di kejar oleh beberapa benda terbang dari New Goblin. Lepas tu dia melepaskan bola-bola web ke arah New Goblin. Ketika Peter Parker menggapai tangan ke arah cincin pertunangannya menjadi antara imej paling best dalam filem ini.

Okey, satu benda yang semua nak tengok dalam filem ini ialah Venom. Nak tengok bagaimana Venom di layar besar. Tapi sebenarnya aku tak hairan kalau ramai yang kecewa dengan Venom. aku agak, ramai yang mengeluh kerana Venom muncul sedikit sahaja. Lawan pun masa nak ending. Aku puas hati dengan masa yang diperuntukkan. Sebab aku tak nampak tajuk filem ini ‘VENOM’. Ini adalah cerita Peter Parker. Venom hanyalah sebahagian dari cerita hidup Peter Parker. Aku tak mahu ia menjadi seperti filem Batman di mana ia menjadi ‘Jokercentric’. Agak aku, kekecewaan peminat datang sebab harapan sudah terlalu tinggi untuk melihat Venom. Kalau boleh, mereka mahu lihat Venom keluar lebih dari Peter Parker (mungkin sebab itu filem Magneto dibikin, sebab peminat suka tengok Magneto).

Antara benda yang aku kurang suka ialah elemen kebetulan. Mungkin, ia nampak menarik dalam lembaran komik. 1-Meteor simboit itu jatuh berdekatan taman masa Peter Parker dan Mary Jane berkhalwat, 2- Kebetulan pula masa kemalangan kren, Gwen Stacy ada buat kerja modelling di bangunan berdekatan, 3- Eddie Brock boleh masuk dalam gereja, tempat yang sama Peter Parker sedang membuang sut hitamnya, 4- kebetulan dalam telefon.

Akhirnya, aku kata Spider-Man 3 tetap hebat, tetapi susah untuk aku bandingkan dengan dua filem sebelumnya kerana ‘rasa’ yang dipersembahkan kali ini agak lain. Seperti sudah dua hari berturut-turut si kawan memasak nasi goreng kampung yang sedap, kemudian pada hari ketiga dia menjamu kamu dengan nasi goreng pattaya yang sebenarnya sedap juga, cuma rasanya agak berlainan. Whoa!


FILEM: SPIDER-MAN 3
PENGARAH: Sam Raimi
TAHUN: 2007
LAMAN WEB: Spiderman

24
Apr

SUNSHINE

   Posted by: nazri   in Fiksyen Sains, Filem

sunshine.jpg

 

Filem ini disyorkan sekeras-kerasnya oleh Nazim Masnawi dengan ayat cabaran “kau sebagai peminat sci-fi mesti tengok Sunshine“.

Selepas tragedi yang membuatkan aku terlepas tiga filem; 300, Pan’s Labyrith dan Teenage Mutant Ninja Turtle, maka aku berkeras hati untuk menonton Sunshine. Pada gambaran aku, filem ini mengingatkan kepada filem Pra-Apokalips seperti Armageddon, Deep Impact dan beberapa filem yang lain. Kemudiannya aku rasa ia lebih dekat kepada filem The Abyss.

Read the rest of this entry »