Archive for the ‘jurnal’ Category
Jam sudah hampir pukul 4, seperti biasa saya di depan komputer di tepi tingkap, hari ini cuba menghabiskan skrip yang bersusun-susun.
Selalunya pagi begini irama yang mengiringi kerja saya hanyalah deretan mp3 dari itunes saya dan orkestra geng anjing di kawasan perumahan orang asli berdekatan kondo saya.
Tapi pagi ini ada bunyi lain. Ada suara-suara orang yang agak tinggi volumne. Saya jenguk menerusi tingkap.
Terus ke bawah adalah jalan yang berhadapan dengan lobi blok kondo saya. Jalan itu gunanya untuk kenderaan penghuni kondo keluar dari kawasan parking bawah tanah mereka. makanya jalan itu bukan tempat untuk kereta parking, cukup sekadar jadi tempat menunggu.
Menjadi lumrah dalam masyarakat, akan ada yang dilahirkan bebal. Sudahlah bebal, pemalas pula. Maka si bebal ini akan parking kereta di tepi kawasan lobi dan masuk ke dalam blok kondo saya.
Maka menjadi tanggungjawab pengawal keselamatan kondo ini untuk mengunci (clam) kereta-kereta yang melanggar peraturan.
Pagi ini pak pengawal, yang saya syak samada dari Bangladesh (atau negara seiras paras rupa mereka) menjalankan tanggungjawab mereka.
Sudah tentulah tuan punya kereta akan turun untuk menggunakan kereta mereka. Maka terperanjatlah bila melihat roda kereta telah dikunci. Sebetulnya, mengikut peraturan, mereka mesti membayar denda, namun tuan punya kereta, sudah bebal, pemalas dan kini terserlah kedekut untuk membayar denda.
Maka si bebal akan berhujah dangan pak pengawal tentang hak, solidariti atau apa-apa sajalah. Pak pengawal kuli, yang hanya menjalankan tanggungjawab berdepan dilema. Mereka tak boleh suka-suka membuka kunci sebelum denda dibayar. Maka Chief segala Guard, yang merupakan seorang lelaki India warganegara Malaysia dipanggil datang menyelesaikan kerumitan.
Hujah bertukar hujan. Suara mula tinggi, benang yang basah, kering dan basah kembali.
Jam sudah pukul 4 lebih dan akhirnya si bebal diberikan simpati dalam kemarahan.
Si Chief Guard mencampakkan kunci ke atas jalan, dengan gaya marah, untuk dikutip olehkuli Guard berbangsa Bangladesh. Clam dibuka dan si bebal pergi dari situ.
Drama berakhir dan yang tinggal kini suara Eddie Veder dari itunes dan simfoni geng anjing dari kawasan perumahan orang asli berdekatan.
Saya tak pasti entah apa yang dirasai oleh pak guard Bangladesh itu ketika kunci dicampak begitu saja. Mungkin imbasan wajah anak dan isteri terbayang di kampung, imbasan belanja sekolah sang anak, imbasan atap rumah yang perlu diganti, imbasan kos ubat mak yang sedang sakit.
Maka kunci yang dicampak di atas jalan, muka si bebal yang tak faham bahasa dan chief guard yang garang itu tiada apa-apa untuk dirinya.
Dia kembali duduk depan lobi, menjaga ketenteraman kawasan kondo, yang mana penghuni di atasnya, yang punya BMW, yang menjawat jawatan tinggi, yang bermuka kacak kegilaan gadis-gadis, sedang nyenyak tidur. Mungkin juga ada yang terjaga untuk berzina.
Saya tak pasti apa yang Pak Guard Bangladesh itu rasa.
Saya juga tak pasti apa yang saya rasa, jika contohnya, saya menjadi kuli di sebuah tempat asing, New York misalnya, ber-chiefkan seorang yang garang, dan berdepan tuan kawasan yang tidak reti bahasa.
Itu cerita seorang kuli di pagi hari.
Video #1 : TIADA KATA SECANTIK BAHASA
Saya duduk di satu meja agak terasing di Restoran penuh dengan perabot antik itu. Di sebelah saya duduk seorang wanita. Kami berbual tentang banyak benda, filem, muzik misalnya. Di depan kami dua bimbo buat-buat baca novel.
Kami berbual tentang sempurna. Di kaca mata kami.
Bergantung kepada justifikasi gender masing-masing, definisi wanita (atau pada mata wanita - lelaki) yang sempurna adalah yang bakal melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi atau teman wanita kepada seorang lelaki (and she's damn loyal to that fucker), atau seorang indecisive atau seorang yang fear of commitment.
Itu adalah pasangan yang sempurna di mata kamu.
I've met all of them in my adventurous life, each of them holds interesting stories to tell when i'm grew older.
Challenge accepted, bak kata Barney Stinson.
+++
Saya dan wanita itu terus memerhatikan dua bimbo buat-buat baca novel. Call me prejudice towards women yang pakai sexy and revealing, tapi ada dua wanita (which much-much older than me, wanita itu dan dua bimbo) dalam ruang yang sama, yang saya selalu lihat mereka dressed quite revealing, but instead wear proper stuff dalam ruang yang maha sejuk itu.
"Famous person are more interesting," saya quote Penny Lane pada wanita itu. She knows who's Penny Lane and what movies the quote taken from. I doubt that bimbo's knows it.
End of Story.
Zine ini adalah naskhah parodi untuk novella Anarki Di Kuala Lumpur (Mohd Jayzuan) dan novel Kasino (Saifullizan Tahir).
Berikut adalah petikan dua mukasurat pertama zine ini:
+++
Aku buka mata. Aku rasa hari dah tengah hari sebab kepala dah mula panas dek cahaya matahari yang masuk celah-celah langsir bilik. Kepala aku pening, tak ingat apa yang dah jadi malam semalam. Tapi aku pasti ni bilik aku. Sebab selimut pink besar yang membaluti tubuhku dan awek sebelah aku ni milik aku. Aku kenal sebab ada tompok air liur aku kat selimut tu.
WAIT!
Awek kat sebelah aku?
Selimut aku selak. Aku mula ingat awek ni. Awek ni aku jumpa masa party malam tadi. Party kat rumah depan. Aku telan liur. Dia bogel. Awek ni bogel. Aku tak ingat macam mana dia boleh bogel dan terbaring sebelah aku, tapi dari bentuk badannya (tolak tepi ada jerawat sikit-sikit kat belakang dia), aku rasa aku bergembira dengan dia.
Aku nak berkira bangun dan gosok gigi bila awek kat sebelah aku bersuara, “good morning…” Awek tu belum bangun, dia bersuara sambil baring menghadap belah sana. Dia dah agak aku sudah terjaga la kot.
“You’re sooooo…great last night! I had so much fun!” dia ketawa kecil. Ketawa manja.
Sambil menyalakan rokok, aku bertanya, “Apa yang greatnya? Show atau Main?”
Awek tu kelam kabut bangun dan menoleh ke arah aku. Dia segera menutup tubuhnya yang bogel habis.
“Who are youuuu?” awek tu menjerit.
Kemudian dari sisi sebelah sana, baru aku nampak seorang lelaki, juga bogel, bangun memandangku. Dia tersenyum.
“Sorry bro, kitorang masuk bilik ni, tengok lu dah baik punya tidur. Kitorang try jugak gerak lu, nak tanya boleh tak tumpang bilik ni. Tapi tu la bro, tak sempat dah bro. Tapi lu jangan bimbang bro, kitorang tak bersepah. Gua, protection punya orang! Tak sembur merata-rata. Chill bro!”
Aku betul-betul tak ingat apa yang jadi malam tadi.
Barua! Celaka dua ekor ni main kat sebelah masa aku tengah tidur ke?
Barua!
Awek tu segera capai bajunya. Dia pakai cepat-cepat. Macam orang tengah berlumba. Mamat tu, yang aku tak kenal langsung tersengih-sengih menyeluk boxernya yang baru dipakainya sekejap tadi.
“Malam semalam sedap...” ucap lelaki tu pada awek yang tengah kelam kabut pakai baju. “You want me to refresh your memory...with...this...” lelaki itu tunding jari dari tangan sebelah satu lagi ke arah boxernya.
“Woi, gua ada kat sini!” aku pintas lancar.
“Ohhh, sorry bro, nama gua Amar.” Lelaki itu menghulur tangan tanda nak bersalaman.
Apa jadah aku nak salam tangan yang baru lepas seluk boxer dia?
Awek tu lepas pakai baju bergegas masuk bilik air, kencing.
Babi!
+++
Zine ini akan mula terjual di Kuala Lumpur Alternative Bookfest di Annexe Central Market pada 18 dan 19 June ini. Dapatkan di booth Sindiket Sol-Jah.
Rupanya kuranglebih genap SETAHUN sejak saya buat entri buku beliau yang lepas (Ulasan buku yang lepas.). Kali ini beliau keluar satu lagi buku bertajuk ANARKI DI KUALA LUMPUR.
Ini adalah novella. Cerita tentang seorang mamat yang bernama Syd Jamal yang kerjanya cuma tahu mengote, mendadah dan menmuzik.
Novella ini di pasarkan dengan bau-bau semangat Punk (itu yang saya fahamlah). Saya tidak pernah betul-betul berada di dalam scene punk. Mungkin jiwa saya lebih terarah ke Rock, Heavy Metal dan Black Metal. Atau mungkin kebetulan sewaktu saya mula 'kenal' muzik, saya ditakdirkan berkawan dengan mamat-mamat yang dengar Sepultura, bukan Sex Pistol.
Lagipun sebenarnya saya tidak pernah minat dengan muzik Sex Pistol dan The Clash. Paling punk dalam halwa telinga saya pun cuma Bad Religion dan beberapa band kecil yang jarang disebut peminat.
Jadi sebagai 'outsider' scene punk, saya kira novella ini satu penerbitan yang penting dalam scene tersebut. Sekurang-kurangnya Mohd Jayzuan berani menyentuh banyak benda yang tak ramai orang mahu sentuh. Saya tertunggu-tunggu apa yang hendak diamukkan oleh polis moral Malaysia. Sewaktu sastera pseudo Islami mula menjalar bagai barah di sini, muncul pula sebuah karya yang secara total melanggar apa yang didoktrinkan oleh penggiat/penggemar sastera pseudo-Islami. Ini satu perkembangan yang sihat. Saya tertunggu-tunggu debat yang membina.
Cuma dengan 83 mukasurat, ANARKI DI KL ini tersangat pantas. Ia punya plot yang amat promising untuk dikembangkan.
Saya mengulangi pandangan bahawa ANARKI DI KL merupakan satu karya penting untuk scene Punk. Accuracy bukan persoalan yang saya mahu mainkan. Sekurang-kurangnya ada seorang penulis mahu menyumbang satu titik sejarah, dan mungkin selepas ini akan ada lebih banyak yang mengekorinya.
Tahniah untuk Mohd Jayzuan bagi karya yang bersejarah ini. Saya harap ini bukan yang terakhir. Namun saya juga berharap agar graf mutu karyanya akan terus naik, bukan stagnant.
Tiba-tiba saya rindu kaset Againts The Grain -Bad Religion yang saya miliki semasa sekolah asrama dahulu.
Semoga ANARKI DI KL terus berjaya.


