Archive for the ‘jurnal’ Category

26
Sep

GENG BUKU DAN MUKA BUKU

   Posted by: nazri   in jurnal

Bak kata tifani teh, blogger sekarang tengah mabuk Shelfari.

Aku jugak sedang mabuk shelfari. Begitu hebatnya Shelfari ini sampai Fadz sanggup delete akaun maispes dia.

Terima kasih Shelfari kerana memberi erti kepada kehidupanku yang disangka tidak mempunyai matlamat sebelum ini.

Oh, aku juga diperkenalkan dengan Facebook oleh saudari Rina J.S.

Tapi aku masih belum faham matlamat kewujudannya. Lalu aku hanya ada 4 orang kawan selain Rina J.S. Mungkin aku perlu tanya Sartre apakah matlamat kewujudan Facebook. Mungkin aku perlu tanya matlamat kewujudan pen yang terletak di tepi lokar, mungkin aku perlu tanya matlamat kewujudan papan kekunci berlabel ‘Y’. Mungkin kalau aku tanya soalan-soalan matlamat kewujudan itu akan akan dipuja dan di idolakan oleh pseudo-intelektual 100 tahun akan datang.

Sesiapa yang sudi bolehlah tambah (add) aku.

Tapi aku lebih suka kita bersenggama di dalam shelfari kerana inzalnya lebih mendatangkan nikmat. Tapi Facebook boleh bela binatang. Aku ingat mahu bela musang pandan.

Add aku kerna aku kesepian dan apa yang aku boleh mainkan hanya diri sendiri.

 

21
Sep

KONDOM KREATIF

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku selalu percaya untuk mengasah ketajaman kreativiti, buatlah iklan kondom.

condomshop2.jpg

Kita sedia maklum, kondom melibatkan penis (batang pelir, kote, punai, anu dan macam-macam lagi) serta aktiviti kelakuan seks (jimak, bersetubuh, berzina, fuck dan sebagainya). Maka kepala hotak kreatif tahap dewa diperlukan untuk menghasilkan iklan tanpa menyebut atau memaparkan imej alat kemaluan dan perbuatan berlaga kemaluan di atas.

Iklan yang dihasilkan mestilah tepat dan padat dengan mesej yang hendak disampaikan, dalam pada masa yang sama boleh dibuat dalam bentuk kelakar, metafora dan macam-macam lagi.

Laman web ini berkongsi sentimen dengan aku, enjoy; Iklan kondom

Nota: Komen lucah akan aku padam. Kalau kamu kata “tu ko cite pasal kondom ble plak!”, kondom tak lucah, bebal. Kata open minded, tapi perangai bebal nak mampus.

21
Sep

SEMBOYAN

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku panjangkan dari sms yang aku dapat semalam, semasa sedang beratur beli ikan pari bakar sambal serai yang ummphhh;

Simposium Penulis Pelbagai Kaum akan diadakan pada 27 Oktober 2007 akan diadakan di Kuantan.

 Acara:

Forum dan pembentangan

Bayaran: Percuma (Perjalanan dan pakej penginapan ditanggung oleh DeeBeePee)

Siapa boleh masuk: Penulis, sarjana, penggiat sastera, peminat yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Hubungi (urusetia): Pn Akibah Tel: 03-21482550, 012-2873647, Emel: akibah at dbp dot gov dot my

 Saya Yang Berkhidmat;

Mohd Jimmy Jamsary

 

18
Sep

BENDA YANG BIASA ORANG ADA BLOG BUAT

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku mengalami malfungsi diri yang agak kronis membuatkan segala jiwa dan ironi jasad tidak berlari dalam frekuensi yang samarata.

Oleh itu, sementara menunggu 1/3 nyawa aku kembali ke dalam badan, aku menjawab tag oleh mamat ini.

Nota: Jawapan kepada tag ini begitu sirkumstansial (yaaaaaaaa, high five Sufian Abas wehhh!), yakni banyak dipengaruhi oleh aku yang sedang dalam pengaruh dadah antibotik, paracetamol dan beberapa jenama lain yang aku malu hendak tulis di sini.

 5 Benda Dalam Beg Gua (Babi, takde barang cool dalam beg aku sekarang)

  •  Sikat
  • Pen British Council
  • Ubat-ubatan buat penyembuh diri
  • Thumdrive
  • Sampah sarap

 5 Benda dalam Beg Duit Gua (Apa punya soalan ni, sudah tentulah ramai akan jawab IC kecualilah dia adalah pendatang tanpa izin dari Filipina yang menulis blog di Malaysia)

  • Kad nama aku
  • Kad nama orang lain
  • Kad nama Juliana Khairudin, manager Bayu Irama Consult
  • Kad nama Nurul Asyura Tahreb
  • Kad nama Ahmad Fairuz Abdullah

 5 Benda Kesukaan Dalam Bilik Bujang (Serius, aku tak faham soalan ini. ‘Benda Kegemaran?’ dalam bilik? Macam mana tu? Tak mengapa, aku jawab jua)

  • Demm, aku tak tahu nak jawab apa sebab aku tak faham soalan dia. Okey la, apa maksudnya? Barang-barang kegemaran aku dalam bilik ke? Kalau begitu secara teknikalnya hampir semua barang dalam bilik aku menjadi kegemaran aku sebab err…kalau aku tak gemar sudah tentulah aku tak letak dalam bilik aku.

 5 Perkara yang gua nak buat

Aisyeh, subjektif juga ni. Maksudnya sekarang ke atau 100 tahun lagi?

Jawapan untuk realisme sekarang

  • Nak tidur
  • Nak baik dari malfungsi ini
  • Nak makan ubat
  • Nak minum
  • Nak makan

Jawapan untuk surrealisme 100 tahun akan datang

  • Gua nak beli Golf GTI
  • Gua nak pregnantkan anak tok penghulu kemudian lari sambil anak tok penghulu yang perangai macam babi itu dipaksa kahwin dengan lelaki yang syok kat dia tapi lelaki tu merendah diri gila babi sampai sanggup merendahkan maruah hidup dia dan meletakkan semua orang kaya dan berpangkat tinggi di atas kepalanya.
  • Pergi depan kubur Susan Sontag sambil jerit “Wa caya sama lu !!!”
  • Tunjal kepala Eddie Vedder sambil kata “Lu so passe”
  • Buat rumah kucing kat belakang rumah banglo gua.

5 perkara yang sedang dilakukan

Pehhh, ini juga soalan gila babi surreal. Maksud dia apa? Tengah buat ‘RIGHT NOW’ atau  right now? Pehhh, surreal, surreal. Takpe, gua jawab bagi pihak gua.

  • Gua tengah taip “gua tengah taip”
  • Gua tekan enter
  • Gua tengah taip “gua tengah taip”
  • Gua tekan enter
  • Gua tengah taip “gua tengah taip”

5 Orang Lu mau Tag

- Liyana Jasmay

-  Mickey Mouse

- Dr. Mano

- Rosamund Kwan

- Ongkang-Ongkang

14
Sep

RAMADHAN, MASA DAN PLUGIN

   Posted by: nazri   in jurnal

Sempena dengan ramadhan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat beribadah kepada teman-teman.

Bulan Ramadhan juga boleh dikaitkan dengan teori relatif masa Einstein. Bila dia mengatakan  masa bergerak lebih panjang bila waktu susah hati atau tak gembira dan bergerak lebih pantas waktu gembira atau senang hati.

Mengingatkan aku pada keluhan ramai orang, “waktu bulan puasa jarum jam tu rasa macam lambat bergerak,”

Aha, membuktikan sesiapa yang rasa begitu jatuh dalam kategori “susah hati.” Erti kata lain, tak suka bulan ramadhan kan? kan? kan? Aku tak cakap, Eistein yang cakap. (Ya, aku tahu dia Jew dan sesiapa extremist Jew Hater boleh tinggalkan blog ini kerna aku bukan seperti kalian).

 Oh, untuk nota yang lain, aku sudah install satu plugin hotlink protection. Ikut deskripsinya, plugin ini mencegah sebarang hyperlink gambar atau bandwidth stealing. Masalahnya, aku tengok macam takde apa-apa perubahan pun.

 Sesiapa ada cadangan plugin lain yang lebih efektif?

10
Sep

BARBEKU DAN BEKU

   Posted by: nazri   in jurnal

Harap-harap boleh bertahan untuk jangka sebulan ini.

Sementara menunggu entri-entri yang menunggu giliran untuk disiarkan, nah, beberapa gambar barbeku di Putrajaya semalam.

barbeku1.jpg

Kambing. Sedap gila.

barbeku3.jpg

 Ayam dan Ambing.

barbeku4.jpg

Kalau nak masak kena masukkan token.

barbeku5.jpg

 Aku mempersembahkan skil memasak lamb di hadapan orang ramai.

barbeku6.jpg

 

Kredit gambar: Kak Ungku

12
Aug

Men Yu

   Posted by: nazri   in jurnal

Sebagai seorang yang agak obses dengan bolasepak, agak kurang juga entri mengenai bola di dalam blog aku. Jadi sempena dengan kedatangan musim baru Liga Overrated Perdana Inggeris maka aku ceritakan serba sedikit mengenai bagaimana aku menyokong tim kesukaan aku yakni tidak lain tidak bukan Manchester United yang serba gemilang dan tersohor (ya scouser, eat your heart out!)

Semuanya bermula jauh sebelum aku mengenai wanita sebagai objek menghairahkan dan politik adalah sesuatu yang begitu kotor.

Bagaimana aku boleh meminati pasukan yang paling hebat di dunia ini?

Oh, bukan kerana Fergie Fledglings, bukan David Beckham, bukan Ryan Giggs, bukan juga sebab George Best, bukan sebab Eric Cantona, bukan sebab Dennis Law, bukan sebab Bryan Robson, bukan sebab legenda Bobby Charlton, bukan sebab Steve Bruce, bukan sebab Brian McClair, bukan sebab mana-mana legenda Manchester United pun.

law.jpg

Read the rest of this entry »

7
Aug

ORANG GILA

   Posted by: nazri   in jurnal

Ketika aku belajar di sebuah sekolah elit (ya, memang elit dari definisi) di utara Perak, perangai aku lebih kurang bangsat seperti sekarang. Ada satu dua benda yang tidak diterima masyarakat majoriti di asrama yang selalu aku buat.

Lantas macam-macam nama mereka pakaikan ke badan aku. Orang Gila antara nama yang selalu keluar dari mulut mereka.

Juga satu lagi nama;

Pyan, sempena nama Pyanhabib.

Mereka kata aku gila seperti Pyanhabib. Aku agak semua sudah sedia maklum apa kegilaan yang aku buat. Sebuah sekolah SAINS yang bakal melahirkan profesor, jurutera, doktor dan macam-macam lagi didatangi dengan seorang budak yang lebih suka baca buku fantasi, tulis sajak dan tulis cerita. Pendek kata benda-benda yang tak mendatangkan faedah, tak intelek dan tak pandai, maka aku faham kenapa mereka panggil aku gila.

Era aku dipanggil Pyan berlaku sekitar tahun 1993 hingga 1994. Nama itu lenyap selepas aku masuk sekolah lain. Bangsat-bangsat yang memanggil aku nama Orang Gila atau Pyanhabib takkan aku ampunkan di akhirat kelak. Mampuslah kamu dibakar di neraka bersama aku nanti

Oke, jangan ambil serius.

1993 hingga 1994. Sekarang sudah tahun 2007.

 

vovin5.jpg

Ini aku bersama Pyanhabib, kami berdua hadir memenuhi undangan membaca sajak di majlis Poetry Jamming di Annexe Central Market pada Jumaat lepas.

Siapa sangka selepas 14 tahun aku digelar dengan nama Pyan, akhirnya aku bergambar dengan tuan empunya nama, yang secara kecil atau besar, memberi inspirasi untuk aku jadi siapa aku sekarang.

30
Jul

AWAK ADA PEMINAT?

   Posted by: nazri   in jurnal

Aku berpeluang bertemu dan berbual dengan seorang ‘orang besar’ dalam dunia penerbitan buku dan novel.

Satu ayat dia yang bermain dalam kepala otak aku ialah “kami sedang mencari karya yang lain dari yang lain”

Okey, kita tinggalkan sebentar perkara di atas.

Aku juga pernah berbual (YM) dengan seorang teman perempuan, yang mengeluh kerana karya-karyanya ditolak oleh penerbit. Sudah tiga novel karangannya gagal untuk dibawa ke-mana-mana.

Dia seorang yang berbakat. Tulisannya lari dari gaya klise penulis perempuan. Temanya bukan seperti tema yang berderet di rak buku Melayu. Tambah lagi, kalau Indonesia ada Ayu Utami, Malaysia ada dia, sampai begitu sekali aku mengangkat teman yang jauh lebih berbakat dariku.

Satu lagi ayat yang bermain di fikiran aku bila ada penerbibt bertanyakan kepada teman itu, “ada orang akan bacakah karya awak? Awak ada peminat tak?”

 Itu, adalah soalan yang paling bangsat pernah aku dengar dari mulut penerbit. Ayat yang mungkin hampir sama pernah J.K Rowling dengar bila buku pertama Harry Potter menghadapi masalah ditolak oleh banyak penerbit. (Sekarang penerbit-penerbit itu boleh jilat ludah mereka).

Apa relevannya dengan cerita pertama? Relevannya ialah, sama seperti banyak hal, ayat  “kami mahu cari lain dari yang lain” itu  sebenarnya tidak menggambarkan maksud yang sebenar. Nah, si teman ini unik gayanya, segar temanya, tapi kenapa masih ditolak?

Kadang-kadang aku tersengih sendirian bila mendengar ucapan-ucapan dari orang-orang besar ini, bila bersungguh-sungguh bercerita tentang perjuangan sastera, tentang mencari penulis besar Malaysia, tentang apa sahaja. Tentang mahu unik, tentang itu, tentang ini. Tentang menerbitkan karya agung.

Itu cuma omong promosi. Marketing bak kata bahasa orang yang pernah menjajah Tanah Melayu. Kembalikepada perkara pokok, karya yang dihantar hendaklah mengikut selera perut mereka juga, yang kadang kala betul, dan kadang kala…salah…

Apa pun, teks ucapan itu bukan mereka yang tulis pun.

 Untuk nota kecil, isu ini bukanlah isu Malaysia sahaja. Mungkin kalau aku berada di Amerika, peluang untuk melihat karya aku berada di rak buku jauh lebih rendah dari sini. Mungkin.

Aku ucapkan selamat berjaya kepada teman tersebut. Moga-moga dia dapat menjadi setanding Ayu Utami suatu hari nanti.

27
Jul

KENAPA AKU IBLIS SPOILER

   Posted by: nazri   in jurnal

Okey, kepada yang tak tahu spoiler, secara asasnya, spoiler adalah:

- Kau sudah tahu hero mati walaupun belum menontonnya.

- Kau sudah tahu rahsia sesebuah filem yang dibina untuk didedahkan masa ending.

Asasnya la.

Sama seperti orang lain, aku juga tidak mahu tahu spoiler novel atau filem yang sedang/akan aku nikmati.

Tapi rakan-rakan yang rapat dengan aku tahu aku adalah Raja Spoiler. Aku akan chek wikipedia sebelum menonton/membaca (buku jarang aku buat).

Kenapa?

Kenapa aku berubah dari seorang budak kecil yang suka menikmati sesbeuah cerita tanpa mahu mengetahui apa yang berlaku pada pengakhirannya?

Ia ada kaitan dengan peristiwa hitam semasa aku berada di sekolah menengah.

Aku telah diliwat oleh seorang pelajar senior…

Read the rest of this entry »