Archive for the ‘jurnal’ Category
Entah, saya sendiri tidak punya definisi konkrit apa itu indie, apa itu mainstream. Indie sebab terbit dalam jumlah yang kecil ke? Mainstream sebab buku ada di sebuah kedai buku ke?
Untuk penulis yang baru hendak menulis dan bertanya soalan di atas, saya selalu katakan - ikut mana yang hang selesa la. Banyak bertanya pada yang dah berpengalaman, dari dunia mainstream dan dunia indie, seterusnya buat penilaian sendiri.
Saya pernah menyalurkan khidmat untuk dua dunia ini - penerbitan mainstream dan penerbitan indie (wahhh, indienye). Saya bekerja sebagai editor di sebuah syarikat buku gergasi (ikut menurut kata orang kuat syarikat inilah), PTS Publications & Distributors. Saya juga pernah terlibat dalam beberapa fasa proses penerbitan buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah, yang, boleh la, nak kata indie (eeee, gelinya).
Saya perhatikan kedua-duanya ada satu persamaan, kedua-duanya claim, cara mereka lebih mendatangkan duit.
Tak ada salahnya dengan claim di atas. Ada DUA angle kiraan untung untuk DUA dunia di atas.
Apa yang membezakan cuma, bagaimana seorang penulis itu bijak menentukan ke mana karyanya hendak diterbitkan.
Ada buku lebih bagus jika diterbitkan dengan penerbit mainstream dan menerbitkan secara sendiri atau indie merupakan satu langkah yang langsung tidak bijak,
Ada pula buku yang sekali-sekali tidak mendatangkan faedah untuk penerbit mainstream, tetapi punya nilai tinggi untuk penerbitan indie (atau terbit sendiri). Selalunya buku sebegini ada niche marketnya. Di mana terdapat syiling pembeli.
Untuk menghantar karya ke penerbit mainstream, si penulis harus sedar dan bersedia untuk menghormati house-style yang dah ditetapkan oleh semua syarikat penerbitan besar. PTS ada cara dia, Karangkraf ada cara dia pula. Meskipun ya, diplomasi cara baik untuk bertolak ansur, tapi biasanya 70 ke 80 peratus diplomasi lebih terarah ke penerbit besar itu.
Pointnya mudah, itu bukan kompeni mak kau. Kecuali, mungkin Arief Hakim Sani (bos besar PTS) sebab PTS itu kompeni mak dia (Puan Ainon Mohd), tapi dia sendiri nampak macam tak bermaya je nak menulis buku.
Karya-karya Firdaus Abdillah Hamzah tidak sesuai diterbitkan di dunia ini, bukan sebab ideologi punk rock ke, bukan sebab stay true in my blood ke apa, just simply kekuatan karya Firdaus Abdillah Hamzah adalah ayat-ayatnya yang tidak diedit. Tiada syarikat besar yang akan menerima karya itu tanpa diedit untuk memenuhi house-style mereka.
Hatta sedikitpun karya Firdaus Abdillah diedit, ia akan secara total menghilangkan 'jiwa' karya itu.
Itu sebab karyanya sesuai sangat diterbitkan indie. True to the blood bebeh! Punk rock! whateever la ko Pipi.
Sebaliknya;
Karipap-Karipap Cinta dibikin dengan housestyle PTS (lebih kurang la). Ia sebuah novel pop geli geliman. Ditujukan untuk pasaran makwe.
Ia memenuhi tuntutan potensi tatkala sudah 3 kali diulangcetak.
KKC tidak sesuai untuk diterbitkan indie. Ia tak punk rock, true to the blood, bak kata Pipi. KKC adalah segalanya mainstream.
Dan sebagai penulisnya, saya langsung tidak ambil kisah kemainstreamannya. Memang saya bikinnya untuk mainstream. Amatlah bengong untuk saya menerbitkannya secara indie dan menjual dengan cetakan serendah 1,000 naskhah (sedangkan novel itu sudah terbukti boleh terjual lebih dari itu)
Maka sebelum membuat keputusan memilih jalan mana, ada baiknya penulis itu, jika tak berapa tahu, pergi berbual dengan penerbit kedua-dua dunia ini, dua-duanya akan claim cara mereka lebih untung, tapi dari situ si penulis akan sedar sudut mana potensi karyanya. Jika karyanya memang tak boleh pergi lebih dari 1,000 cetakan terjual, go for indie, anda akan lebih bahagia. Jika berpotensi ke 10,000 naskhah terjual (and counting), jangan mengada-ngada nak hidup berpunk rock true to the blood sangat.
Saya mempunyai 4 novel terbitan penerbit mainstream (termasuk satu novel pseudo-pop-islami-romantik-komedi) dan beberapa antologi terbitan penerbitan indie. Saya juga sedang mengusahakan satu kolektif karya pendek saya untuk Sindiket Sol-Jah.
Yang mana untung? Kedua-duanya.
Kedua-duanya ada pro's n con's.
Ini kalau kita bercerita tentang sebuah karya yang diterbitkan dengan visi untuk menjual.
Kalau untuk seni dan tak peduli langsung jumlah jualannya, itu cerita lain. Itu cerita seni.
Adapun apa yang saya sentuh cuma asasnya sahaja, terdapat banyak lagi faktor penyumbang dalam memilih mana penerbit yang sesuai. Lain orang lain pandangannya, mungkin boleh (secara konstruktif) berkongsi pandangannya di komen. Kalau saya rajin, saya gaduh dengan anda.
Selamat menulis dan diterbitkan.
+++
Bacaan tambahan: Puan Nisah Haron pernah menyentuh dengan lebih terperinci pro n con menghantar karya atau terbit sendiri ni. Tapi bila saya jenguk arkib entrinya, tak jumpa pula. Biasanya, macam barang di rumah la, time nak pakai time tu la tak jumpa.
+ pakai t-shirt lusuh Pink Floyd
+ suka naik Volkswagen Kombi
+ okey dengan sofa bed
+ tanya chord Rolling Stones
+ Adakala Bohemian
+
saya suka awak
Heeeee...
Walaupun jam menjengah ke pukul 3 pagi, nampak ramai benar orang di lapangan terbang. Entah kenapa suka benar pihak pengurusan lapangan terbang buat jadual kapal terbang waktu pagi-pagi buta.
Dia sudah bersedia dengan beg galasnya. Beg besarnya di di check in di kaunter.
Saya pandang dia antara wajah yang cantik pernah saya lihat.
Dan saya pasti, cantiknya akan terus kekal di mata saya. Selagi mungkin saya tidak buta.
Pada satu waktu yang singkat tidak lama dahulu, dia pernah menyerahkan hatinya kepada saya, pada mulanya saya ambil, kemudian saya serahkan kembali.
Atas alasan, hati saya ketika itu hendak saya serahkan pada seseorang di tanah asal saya, Malaysia.
Dia marah, katanya lelaki ini ajaib (sarkastik), sepatutnya dia menang kerana dia lebih cantik dari seseorang dari tanah asal saya itu. Tapi fikir saya, seseorang dari tanah asal saya itu punya daya tarikan yang lebih kuat darinya. Dan pada mata saya, meskipun dia lebih cantik, tidak semestinya menang.
Tapi, bak kata orang-orang tua, yang dikejar, sudah pun membenci kita, yang dikendong, hah, dah lama terbang ke serata dunia sana nun.
Pendek kata, demi mengejar yang tak pasti, saya terlepas sesuatu yang sebenarnya sudah dalam tangan saya.
Tapi mungkin itu hakikatnya.
"Time will tell..." ujarnya sambil tersenyum.
Saya angguk. "Funny..."
"Good, people less to hate each other if they see it in a funny way" balasnya.
"Will we cross each other path again?" soal saya lagi.
"Hardly, even if we do, it will be different..." dia senyum lagi.
Kami tenggelam dalam bunyi-bunyi pengumuman makwe airport.
"Do you regret it? the stuff you did?" soalnya pula
"I learn to live for my mistakes, regret, but, i must live nonetheless..."
Makwe pengumuman bersuara lagi, tanda kapal terbang untuk dia sudah boleh berlepas.
Kami bertukar-tukar pandangan.
Scene lapangan terbang jadi macam dalam filem, kecuali tiada orang yang tepuk tangan atau bersuara 'ahhhhhhh'
Dia hilang melepasi check point pegawai airport, meninggalkan saya berdiri bungkam.
Saya tak mahu putarkan masa, kerana saya fikir, ini pengajaran yang bagus untuk saya.
Saya tinggalkan dia, yang pernah menyerahkan hatinya kepada saya, untuk saya berharap pada yang tidak pernah ada hati kepada saya...
Tapi saya fikir ini satu pengalaman yang mendewasakan.
Untuk saya ingati ketika membuat keputusan-keputusan penting di kemudian hari.
Saya pulang dengan senyuman, dan berdoa dia selamat sampai ke destinasinya.
La La La La La
Semalam saya mimpi kita berasmara di atas awan.
Ya, anda.
Awak.
You.
Saudari...
Ha Ha Ha...
Ah, sungguh seronok mimpi itu.
Ayuh jadikan ia realiti.
Tak perlu fikir-fikir, kita memang ditakdirkan bersama.
Satu benda yang buat saya jatuh cinta pada perempuan ialah akal mereka.
Mungkin boleh sahaja kawan-kawan yang kenal saya mengumpat saya mengenai 'eleh, bukan kau pilih paras rupa ke?'.
Saya masih boleh berbangga dengan sejarah relationship saya di mana kebanyakan mereka merupakan perempuan-perempuan yang pandai. Seorang tu ada master, seorang tu pensyarah, beberapa orang tu ada degree dan sebagainya.
Malah saya pernah mengorat pengurus spa, bakal doktor, bakal peguam dan beberapa bakal profesional lagi.
Makanya kalau ada borak-borak belakang yang menafikan kata-kata saya, saya tak boleh nak kata apa lagi. Mungkin mereka lebih kenal saya dari saya kenal diri saya sendiri.
Yes, selain paras rupa, saya juga horny dengan wanita pandai.
Ada seorang wanita yang saya suka, jatuh cinta dan ingin kahwin dengannya dek kerana saya 'nampak' beliau seorang yang pandai.
Pandai datang dahulu sebelum paras dan bentuk tubuh ketika saya jatuh cinta dengannya. Saya suka dengan pemikirannya.
Namun beberapa akhir ini terjadi deretan insiden yang membuatkan beliau membenci saya.
Ringkasnya, saya menjadi punca keretakan hubungan beliau dengan teman lelakinya. Which, saya tak rasa bersalah langsung atas banyak sebab.
Namun yang membuat saya keliru, respon dan tindakan beliau dalam menangani situasi ini.
Di mana deretan tindakan beliau membuatkan saya terdetik pertanyaan 'siapa dia ni?'. Dia seolah-olah menjadi seseorang yang lain, bukan wanita 'pandai' yang saya kenal sebelum ini.
Saya sudah declare yang saya sudah kalah, makanya sekarang not in a million years hatinya dapat saya tawan;
Cuma saya mahu dia tidak merendahkan kepandaiannya hanya untuk satu istilah yang dipanggil 'cinta'.
And yes, i'm much better than him.


