Archive for the ‘jurnal’ Category
Satu benda yang buat saya jatuh cinta pada perempuan ialah akal mereka.
Mungkin boleh sahaja kawan-kawan yang kenal saya mengumpat saya mengenai 'eleh, bukan kau pilih paras rupa ke?'.
Saya masih boleh berbangga dengan sejarah relationship saya di mana kebanyakan mereka merupakan perempuan-perempuan yang pandai. Seorang tu ada master, seorang tu pensyarah, beberapa orang tu ada degree dan sebagainya.
Malah saya pernah mengorat pengurus spa, bakal doktor, bakal peguam dan beberapa bakal profesional lagi.
Makanya kalau ada borak-borak belakang yang menafikan kata-kata saya, saya tak boleh nak kata apa lagi. Mungkin mereka lebih kenal saya dari saya kenal diri saya sendiri.
Yes, selain paras rupa, saya juga horny dengan wanita pandai.
Ada seorang wanita yang saya suka, jatuh cinta dan ingin kahwin dengannya dek kerana saya 'nampak' beliau seorang yang pandai.
Pandai datang dahulu sebelum paras dan bentuk tubuh ketika saya jatuh cinta dengannya. Saya suka dengan pemikirannya.
Namun beberapa akhir ini terjadi deretan insiden yang membuatkan beliau membenci saya.
Ringkasnya, saya menjadi punca keretakan hubungan beliau dengan teman lelakinya. Which, saya tak rasa bersalah langsung atas banyak sebab.
Namun yang membuat saya keliru, respon dan tindakan beliau dalam menangani situasi ini.
Di mana deretan tindakan beliau membuatkan saya terdetik pertanyaan 'siapa dia ni?'. Dia seolah-olah menjadi seseorang yang lain, bukan wanita 'pandai' yang saya kenal sebelum ini.
Saya sudah declare yang saya sudah kalah, makanya sekarang not in a million years hatinya dapat saya tawan;
Cuma saya mahu dia tidak merendahkan kepandaiannya hanya untuk satu istilah yang dipanggil 'cinta'.
And yes, i'm much better than him.
Lian (Face) live
"it would be best if no one understands what I say
You're the only one who understands my thoughts
The serious expression on your face
I didn't say anything"
+++
Di atas awan, saya melihat dia, dengan iringan seruling arnab si peniup seruling. Panda Cinta memegang bahu saya.
Mungkin itulah kali terakhir saya akan melihat dia. Saya cuba mengangkat tangan untuk menyentuhnya, namun segera ditegah oleh Panda Cinta.
Apa yang saya dengar adalah bunyi angin, tapi sebenarnya bukan angin. Ia suara-suara bisikan yang menyerupai suara saya, berbisik-bisik mencurahkan segala yang saya pendam.
Saya tidak langsung faham apa yang sedang berlaku. Saya cuba tersenyum tapi saya bukan senyum. Dia tidak juga senyum, tidak juga marah. Bukan juga expressionless. Wajahnya berkata-kata tepat menusuk ke dada saya.
Tentang tidak mungkin, tidak faham apa yang saya cuba sampaikan. Padahal saya sudah jelas dan terang maksud yang hendak saya khabarkan. Namun kemudian saya menyedari, saya tidak berkata apa-apa pun. Saya ingat saya sudah bersuara namun saya sebenarnya langsung tidak membuka mulut.
Dan saya juga salah sangka tentang dia yang bersuara memberitahu saya. padahal saya menyangka dia sudah membuka apa yang disimpannya di dalam perasaannya. Saya sangka dia sudah berlisan, namun sebenarnya dia juga tidak pernah membuka mulut.
Panda Cinta sekali lagi menegah saya menyentuhnya, kerana bukan itu yang saya mahukan sebenarnya. Apa yang saya mahukan adalah memberitahunya.
Saya katakan pada Panda Cinta bukankah saya sudah memberitahunya? Panda Cinta geleng, katanya saya tidak pernah bersuara. Isi hati saya tidak pernah sampai kepadanya.
Dalam pada itu saya lihat bunga-bunga, berwarna merah, biru, kuning, hijau dan oren berterbangan. Ada yang menyentuh tubuh saya, ada yang menyentuh muka saya. Saya capai satu yang terbang dekat dengan saya. Bunga-bunga itu terbang, terlepas dari rumpunnya kerana kuatnya bisikan-bisikan hati saya. Terbang laksana tiupan angin yang kuat.
Saya menutup mata. Tapi sebenarnya saya masih dapat melihat dengan terang dan jelas dia di depan saya. Dia juga menutup mata. Saya tidak pasti samaada dia juga sama seperti saya.
Saya membuka mata dan semuanya gelap. Saya mengangkat tangan meraba-raba. Namun rupanya tangan saya masih erat memeluk bahu. Bukankah saya sudah cuba mencapai, bukankah tangan saya sudah mendepa untuk memegang dia? Kenapa masih erat merangkul tubuh sendiri?
Kata Panda Cinta saya sudah menjatuhkan dia, airmukanya. Memalukannya. Memusnahkan apa yang dia sudah percaya selama ini.
Haruskah saya menukarnya? Haruskah saya menaikkan kembali air mukanya?
Panda Cinta memandang saya, ujarnya jangan bergurau tatkala suara Faye Wong berkumandang.
Ah, dewi, seperti dalam lagu-lagumu, saya melutut memohon turunnya cahaya. Tapi saya masih berdiri tegak.
Panda Cinta tersenyum. Arnab si peniup seruling tersenyum.
Saya memandang mereka berdua.
Kini saya faham.
Dan saya berharap, walaupun saya tidak akan tahu, bahawa dia juga akan faham.
Dan...
Saya menutup mata, membiarkan irama itu terus mengkhayalkan saya.
Sambil bunga-bunga berwarna merah, biru, kuning, hijau dan oren terus terbang, ditiup bisikan hati saya, dan Bambi melompat ria.
Dan...
Dia.
+++
Faye Wong mempunyai suara angelic yang buat saya senang dan terasa seperti berada di awan, menghirup teh putih bersama Panda Cinta sambil arnab si peniup seruling asyik dengan alat muziknya.
Lian - versi video klip
Jika ia adalah metafora sebuah peperangan, semalam i lost the war.
Tapi perasaannya sungguh seronok kerana saya sudah berjaya membuktikan banyak benda lain. Saya seronok kerana saya sudah membuktikan banyak yang sebelum ini tidak terbukti dengan kata-kata sahaja. Saya seronok kerana banyak saya belajar.
Dan untuk sesiapa yang berkira-kira hendak membunuh diri kerana kecewa,
Mari jumpa saya dan kita duduk sama-sama.
Ayuh saya ceritakan pengalaman saya satu per satu, dari zaman saya menangis kerana kecewa hingga ketawa terbahak-bahak, juga kerana dikecewakan. Zaman saya jahat kerana mengecewakan hingga ke zaman saya masih jahat kerana dikecewakan.
Dan selepas itu, kita sama-sama tahu, kita akan menjadi lebih hebat dari yang semalam.
Dan selepas itu, kita takkan peduli apa-apa lagi.
Yang penting, kita gembira.
Entri ini adalah kesinambungan dari entri semalam.
Tapi lebih menjurus soal obsesi.
Ramai yang mengenali saya sudah sedia maklum tentang obsesi saya terhadap seorang gadis comel yang muda. Bagaimanapun semalam telah berlakunya insiden "dia-terlalu-baik-untuk-saya"
Saya terfikir dalam terhadap insiden yang membuatkan saya turn-off itu.
Dan kemudian saya baru menyedari bahawa ini adalah pengulangan obsesi saya pada era Farah Waheeda Jalaluddin sekitar circa 2009.
Bukti obsesi terhadap Farah Waheeda Jalaluddin (FWJ) itu boleh dilihat dalam entri-entri Panda Cinta. Entri-entri Panda Cinta yang saya tulis era pasca Farah Waheeda Jalaluddin menggambar betapa tingginya saya memuja wanita ini. Dia tahu dan dia amat sukakannya. Malah memberi beberapa cadangan untuk karakternya kelihatan anggun dalam cerita Panda Cinta.
Dan mungkin secara kebetulan kedua-duanya mempunyai beberapa persamaan fizikal, more or less ada ciri-ciri amoi. Dan memiliki suara dan senyuman yang hampir sama.
Bezanya, FWJ umurnya lebih beberapa tahun dari saya dan yang si comel itu jauh lebih muda dari saya.
Nah kita berbalik pada insiden "awak-terlalu-baik-untuk-saya"
Ini saya sudah terangkan dalam entri yang lepas. Tentang ayat rejection yang klise.
Tapi setelah terfikir panjang sambil makan burger, saya teringat sesuatu;
FWJ tidak pernah menutur ayat itu, despite, yes, saya memang terlalu baik untuk dia.
Alasan "awak-terlalu-baik-untuk-saya" automatis dapat menggambarkan usia penutur dan tahap pengalaman dan pemikirannya. FWJ tahu how to play the game. Dia tidak pernah menuturkan alasan itu kerana usianya sudah matang. Despite some of the events dia manipulate me, but she manipulate it well without nonsense. Sekurang-kurangnya it make sense. Walaupun ya, FWJ seorang manipulator yang sungguh bagus, tapi sweet nonetheless.
Mengetahui si comel yang muda menutur rejection klise itu did turn me off to her. Sebenarnya saya tidak sangka langsung dalam banyak-banyak pilihan rejection, dia memilih sebab itu. It shows her age and her experience. Not to blame her though. But it is really interesting.
Menariknya, semua wanita yang merejek saya dengan alasan "awak-terlalu-baik-untuk-saya" indeed jauh lebih muda dari saya.
Whereas, wanita-wanita 30 something yang pernah saya cuba, akan lebih menggunakan alasan yang lebih straight dan praktikal. Dan selalunya saya terima alasan mereka atas landas logik.
Dan setelah burger habis saya makan, saya tersengih.
Saya terlupa sesuatu...
Patutlah saya selalunya tergila-gilakan wanita berumur 30-something. Kerana saya teramat-amat turn on dengan pemikiran mereka.
Saya capai gitar dan mula main lagu kegemaran Panda Cinta.
So how FWJ?
Saya rasa konsep nak berubah jadi bad boy bila ada makwe yang kita minat kata "awak terlalu baik untuk saya" itu adalah salah.
Seorang perempuan memang nakkan lelaki yang baik.
Dia kata "awak terlalu baik" itu sebab dia tak minat kamu at the very first place pun.
Jadi pada hemat saya, teruskan menjadi lelaki baik.
Akan ada suatu hari nanti seorang perempuan yang menghargai kebaikan kamu.
Don't worry.
Mari kita ambil pendekatan sentiasa gembira dalam kehidupan.
+++
Untuk seorang lelaki yang sering mencarut, memaki orang, lewat ke temujanji, melawat tempat-tempat maksiat, mempunyai koleksi melanggar hukum tuhan, suka menonton porno, cuai dalam solat, tapi masih dilabel lelaki baik - sesungguhnya aku amat berbangga.
Namun saya tertanya-tanya - jika saya dedahkan segala benda yang saya buat di atas secara details, adakah dia akan terima saya?
Saya pasti jawapannya - tidak juga, malah akan ada alasan baru yakni saya seorang yang tidak layak dibuat laki.
Hence menguatkan teori saya di atas pasal - itu hanya alasan.
+++
Okey okey, saya akan alihkan obsesi saya pada yang lain.
Sudah ada calon.
Sudah tidak sabar untuk menanti apa pula cerita dan cabaran yang bakal saya tempuhi.
It will be exciting.
+++
notakaki to Farah Waheeda Bt. Jalaluddin, saya sudah baik punya tak kontek anda, anda tiba-tiba kontek saya dengan kata-kata teringatkan saya. Lepas saya melamar anda, diamlah pula.
So apa cerita? Terima ke tidak lamaran saya ni?
Kalau nakkan saya cepat sebab saya dah mula nak kenal-kenal dengan calon lain ni.
Kalau tak mau, sila honor perjanjian kita yakni tidak menghubungi antara satu sama lain. Jika rindukan saya, baca saja blog saya dan stalk facebook saya.
