Sabtu minggu lepas lain sedikit. Sebab sabtu minggu lepas tak macam sabtu yang lain. (Macam pengulangan saja).
Selalunya hujung minggu ada saja benda nak dibuat. Tidak pada hujung minggu ni gamaknya.
Sepanjang hari, telefon sepi (bak kata Tok Rimau).
Aku diam di depan PC. Tiba-tiba aku nampak Yuki menari-nari di depanku. Aku lihat barisan sepuluh ekor kucing terbang masuk menerusi tingkap rumahku bergerak mengeliling rumah. Macam-macam warna. Ada warna putih, warna oren, warna oren-putih, ada warna kelabu tapi di kakinya ada sedikit putih, macam stokin. Mereka bergerak membentuk bulatan sebelum melayang dari arah kiri ke arah kanan. Masing-masing tak ada kepak. Tapi boleh terbang. Seperti Superman. Ada seekor rusa ikut masuk. Dia tidak terbang, sebaliknya melompat dari tingkat bawah ke tingkat atas.
Tiba-tiba Vivaldi keluar dari PC aku, dia tanya, “Hang boring ka?” Aku angguk. Dia angkut satu orkestra masuk dalam ruang tamu. Niat hati nak mainkan aku lagu. Tapi aku kata aku sudah ada mp3 player. Bukan Ipod, sebab aku tak cukup duit nak beli Ipod.
Kucing-kucing masih berterbangan. Rusa tu aku tak tahu pergi mana. Tapi aku ada tercium bau ganja. Aku syak dia layan dengan Yuki. Sebab aku tak nampak Yuki pun.
BACA SELANJUTNYA:


