Ini sebuah entri yang panjang, sempena 10 tahun menanti.
Klik untuk bacaan penuh;
Ya, aku intrepret benda alah tu. Macamlah kamu tak.
——->>>
Kepada pengkomen “Mr Jan” yang menggunakan emel Shafizan (yang sepatutnya dieja Syafizan - satu opis pun tak tahu nama betul member ke?), sila jangan letak link porno di url anda.
IP anda sama dengan IP saya bermakna anda menggunakan internet yang sama (baca: satu pejabat).
Jangan sampai Akismet menjalankan tanggungjawabnya mem-ban IP anda, nanti dengan aku sekali kena ban.
Lagi pun kalau Puan Ainon tahu ada staffnya surf porno, bagaimana?
Say no to porno (wah, macam pantun satu kerat).
Sekian pesanan khidmat masyarakat.
——>>>
Post-script Champions League:
Peminat Man U poyo sebab suka bising time menang piala, non Man U pula asyik bising-bising bila Man U menang, walhal team mereka tak lawan pun. Tidakkah itu serupa?
Akhirnya, kita sama-sama keji pun. Sama-sama Poyo. Sama-sama ingat mereka mulia di sisi tuhan, sedangkan entah-entah tuhan tak jeling pun kat kita.
Sekian tazkirah Jumaat. Gua nak bagi Yuki makan sebentar. ![]()
Ini sebuah entri yang panjang, sempena 10 tahun menanti.
Klik untuk bacaan penuh;
Penulis Sai-Fai comel, Nazri M. Annuar akan ditemuramah di dalam radio.
Ya, dengarkan suara lunak penulis pujaan gadis-gadis pop era kontemporari yang akan berkumandang di;
RADIO KLFM,
TARIKH: 21 MEI 2008
MASA: 3 PETANG
FREKUENSI: 97.2
Turut bersama adalah penulis novel sai-fai SAYAP ADINILA, Firdaus Ariff.
Dengar tau.
Nota: Gua masuk radio wehhh!
Naif adalah ngeband Indo yang aku minat. Musik ala retro cukup asik.
Lagu di bawah adalah antara feveret aku. Mungkin dengan situasi sekarang, lagu ini amat sesuai menceritakan apa yang sedang aku rasa. Tajuknya Benci Untuk Mencinta;
Dipetik dari album Retropolis yakni BUKAN album terkini mereka.
Okey, aku sudah ada facebook (ini kali kedua sebenarnya).
Facebook kali ini strictly untuk tujuan profesional. Untuk networking aku sebagai penulis. Jadi jangan add aku kalau sekadar mahu dilihat kalian punya ramai teman. Juga bukan tempat untuk menggatal. Melainkan kalian sudah sedia kenal aku di alam nyata. Awek seksi yang bodoh juga jangan add aku. Aku tak suka kebodohan kamu mencemar facebook aku.
Add le aku, akan kucurahkan separuh kasih sayang yang tiada bandingnya.
Juga, ajak le aku main scrabbles.
Bila hidup kita dirombak, ingat untuk membawa benda berharga sekali bersama kita.
Pagi jumaat, seperti pagi jumaat yang lain, aku bangun dari katil empukku, menari sambil burung-burung berkicau, menyanyi dengan iringan vokal tambahan dari bambi, anak kucing dan beberapa haiwan comel yang lain.
Aku hidupkan enjin kereta sambil meneruskan nyanyian dengan jiran-jiran keluar ikut menari dan menyanyi dengan rentak sekata. Irama berkumandang dan akhir sekali satu batalion pancaragam memainkan musik dan melambai-lambai pemergian Kancilku.
Alif Firdaus kata jalan jam sejurus selepas keluar kesas terus ke MRR2. Aku ambil jalan lain, Sayup-sayup aku nampak jalan yang sepatutnya aku guna banjir dengan mesin-mesin pemusnah ozon Bumi. Aku ketawa sekuat hati kerana bajingan-bajingan itu akan terus terperangkap sementara aku boleh menyanyi track nombor dua dalam OST kehidupan Nazri M.A
Aku guna lebuhraya Putrajaya-Bukit Jalil yang akan tembus ke Jalan Tun Razak (dengan tol RM1.50).
Nyanyian lagu latar kehidupan Nazri M.A baru masuk track nombor 4 bila tiba-tiba ia terpadam. Ia berganti dengan orkestra lagu suspen. Bisikan viola laju dengan sekali sekala hentaman cymbal dan gendang besar.
Ini entri mengenai Pesta Buku.
Mundar mandir di sekitar booth, aku perasan satu benda. Kepala aku bermentol, menyala terang.
Kalian mahu tulis buku hit?
Guna formula ini;
Pilih salah satu perkataan berikut;
1. Surau
2. Sujud
3. Takbir
4. Jamak
5. Ihram
6. Ustazah
7. Tajwid
8. Istikarah
9. Wudhu’
10. Akad
11. Sejadah
12. Moreh
13. Khutbah
14. Mukjizat
15. Dhuha
16. Serban
17. Tudung Labuh
18. Aurat
19. Akhlak
20. Taubat
21. Mikrofon Surau
22. Tok Siak
23. Tok Kadi
24. Selipar Kena Curi Selepas Solat Jumaat
Tambahkan dibelakangnya dengan perkataan “CINTA”
voila!
anda sudah mendapat tajuk “masterpiece”
ayuh, gabungkan seperti contoh dibawah;
1. Surau-Surau CINTA
2. Sujud-Sujud CINTA
3. Takbir-Takbir CINTA
4. Jamak CINTA
5. Ustazah-Ustazah CINTA
6. Tajwid-Tajwid CINTA
dan sebagainya…
KEDUA,Tukar nama anda, seperti mana aku bakal menggunakan nama berikut:
Nazrirulrazi An Muhamedannuary.
Fenomena! Fenomena!
Hoh!
Pengumuman;
Sesi beramah mesra dan tandatangan autograf bersama Nazri M Annuar serta rakan-rakan penulis Sai Fai PTS (Zaki Zainol, Kusyi Hirdan, Firdaus Arif) akan berlangsung di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa.
Berikut adalah info acara;
Tarikh: 5 April 2008
Masa: 11 hingga 1 petang
Tempat: Booth PTS, TR2, PWTC
Datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Aight!
Ini adalah drama pendek sempena promosi novel Dunia Ini Sederhana Kecil karya Bahruddi Bekri. Lebih menarik kerana aku terlibat sebagai jurukamera ke-2 serta proses input idea (sedikit saja).
Agak kontradik dengan video Opera Angkasa, drama pendek Dunia Ini Sederhana Kecil satu titik tolak PTS dot TV untuk menghasil sebuah filem blokbuster tahap karma. Masa tu aku percaya Rashid Sibir pun tangkap respek.
Tapi masih banyak perlu belajar lagi.
Selamat menonton.
Belilah novel ini ya.
Info lanjut: PTS ONE
Filem lakonan awek yang sungguh mantap (Katherine Heighl).
Komen aku; Bolehlah untuk pergi menonton bersama pria/cewek kesayangan.
Hero cerita ini adalah mamat Cyclops (James Marsden), yang kebetulan kerjanya adalah penulis dan kebetulan juga ada adegan dia menyanyi dengan sumbang sambil menukar lirik lagu yang berkumandang seperti yang pernah aku buat… ahak.
Tapi ada satu quote yang betul-betul tikam gua tepat di bahagian kiri sebelah atas hati gua;
Dituturkan oleh minah body mantap tu kepada mamat Cyclops itu dalam adegan bertengkar pada waktu ending;
“You are cynical, cranky and impossible!”
Lepas tu bla bla dan akhirnya smooch smooch.
Cynical, crancky and impossible.
Tapi ye la kan, itu filem, bukan real life. Kalau real life takkan jadi ending macam tu.
Kalau filem adalah real life, dah lama aku berpeluang menyepak Yoda atas kebodohannya. Jedi Master power tahap karma yang boleh detect Jedi-Jedi lain mampus kena bunuh dengan Clone Army tapi tak boleh nak detect yang Palpatine tu sebenarnya orang jahat atau gelodak dark side Anakin?
Serius aku cakap, Mace windu, Obi Wan, mak bapak angkat Luke Skywalker dan semua yang mampus akibat galactic war tu kena salahkan Yoda atas kesilapannya.
Cynical, Cranky and impossible. Aku.