Archive for the Category ◊ jurnal ◊

14 Sep 2008 Indah Sungguh Azerbaijan
 |  Category: jurnal  | 2 Comments

Selepas aku kehilangan seorang wanita yang paling sempurna dalam hidup aku dari segi konsep menyayangi kucing, kini aku kehilangan kucing aku sendiri. Dua yang paling aku sayang telah pergi. Peh! Kalau buat puisi boleh lawan Illiad And Odyssey tu.

Kemudian, aku kehilangan seluruh nombor telefon kerana nokia aku mengalami kerosakan dan aku menghantarnya ke pusat servis. Katanya boleh dapat balik senarai nombor itu. Bagaimanapun, aku percaya memori-meori indah dalam telefon itu takkan dapat dikembalikan. 

Tapi aku minta jasa kawan-kawan untuk menghubungi aku, memberitahu nombor mereka.

Kalau aku menjawab sms dengan soalan “siapa ni?”, janganlah terasa hati, buruk benar perangai kamu. Asyik-asyik nak terasa hati, manja benor kamu ni weih.

Itulah sahaja yang mampu aku minta. Nak harap kembalinya yang lain-lain, entahlah.

******

Aku tak suka dengan pelaksanaan ISA. Kalaupun aku tidak bersetuju dengan Teresa Kok dalam banyak isu, aku tetap tak bersetuju dengan aspek pelaksanaan ISA. Malah ada ramai blogger yang turut tidak bersetuju dengan banyak isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen itu, tapi aku tetap tak setuju dengan pelaksanaan ISA.

Kalaulah kita tak suka si dia, berbeda pendapat, tapi adakah perbedaan itu menghalang kita dari menghalang si dia dari dirogol? contohnya. Adakah bila dirogol, kita harus berkata, “padan muka!” walhal ia isu berasingan?

Aku banyak tak setuju dengan ahli parlimen itu, tapi selepas solat, aku panjatkan doa juga memohon keselamatan dia. 

******

Maaf, mungkin kurang stabil kerana hilang kucing dan wanita yang sayangkan kucing.

14 Sep 2008 MALAM HARI AKU MAHU CERITA KISAH DONGENG HAIWAN PADAMU
 |  Category: jurnal  | 4 Comments

Aku cemburu dengan rakyat Ukraine.

Selain mempunyai sejumlah peluru berpandu nuklear yang banyak, Ukraine juga adalah negara kelahiran aktres super-hot Milla Jovovich dan bekas penyerang prolifik Andrei Shevchenko sebelum dia flush otaknya ke dalam mangkuk tandas (baca: masuk Chelsea).

Aku lebih-lebih cemburu kerana rakyat Ukraine mempunyai Perdana Menteri super-hot-mama,

Yulia Tymoshenko

Kalau tak ada aral melintang, kita akan mempunyai seorang Presiden Ukraine yang super-hot-mama menjelang tahun 2010.

Nak browse facebook, kalau boleh add orang Ukraine.

Kamu sudah tahu siapa yang aku undi kalau dia bertanding lawan Anwar. Pak Lah? non-issue.

10 Sep 2008 IMSAK DAN ANDA, BILAKAH MASA HARUS KAU SEDAR DAN MENJERIT “YEAY!” KEPADA KATAK
 |  Category: jurnal  | 8 Comments

Kita hidup untuk membuat pilihan, kata seseorang.

Buka mata, sudah pukul 5:38 pagi.

Waktu Imsak tinggal 2 minit. Nasi putih ada di dapur (baki berbuka tadi), cuma perlu tinggal goreng telur.

Aku bangun melangkah ke arah dapur. Kemudian matematik dalam kepala otak aku kembali berpusing. Kalau masak telur, dah makan masa lebih kurang seminit. Nak makan lagi. Bila masa nak hisap rokok?

Nasi putih tak terusik, telur tak dipecahkan dan asap Sampoerna berkepul-kepul keluar dari mulut sambil tangan memegang satu jag air sambil mata menjeling ke arah jam.

Kalau dalam filem, ini sudah kira theatrical.

Kita hidup untuk membuat pilihan, kata seseorang.

PS: Emma membuat pilihan untuk tidak memilih. Aku sedih kerana aku jatuh hati padanya.