Archive for the ‘karya’ Category

12
Aug

KADANG-KADANG

   Posted by: nazri   in karya

Kadang-kadang

Mungkin perang saja yang boleh menutup mulut

Kadang-kadang

Mungkin perang saja yang boleh membina

Bila kita tak boleh duduk bersama

Kerana kita memang tak serupa

Kadang-kadang saja

Kerana selalunya kita sering lupa

Kita sama-sama

Setiap masa

Kalau pun Jarang-jarang

Nak merasa

Apa yang kita rasa

Kerana kadang-kadang

Kita macam tak suka

Yang di sebelah sana

Kadang-kadang saja

Yang sudah bukan jarang-jarang

Jarang-jarang yang bukan kadang-kadang

.

.

..

Nazri M. Annuar

Setapak 1228 mlm

*Untuk insiden Sabtu lepas

14
May

REVIU SABOTAJ 3 OLEH MJ

   Posted by: nazri   in karya

Sepanjang pengalaman gua baca blook Melayu, SABOTAJ 3 adalah blook paling best. Bukan saja kerana semua entrinya best, malah kerana kulit buku dan layoutnya pun best. Kira tak malulah kalau nak jual kat orang dengan harga RM15.

Kalau blook-blook lain, ada saja benda yang gua tak puas hati. JIWA KACAU (JK) misalnya, gua tak puas hati dengan entri beberapa orang penulis, terutamanya Slumbermann dan Zurie. MASUK BARISAN (MB) pula, walaupun mutu entri sedikit meningkat, gua tak puas hati dengan layoutnya, tulisan kecik-kecik rapat-rapat, perenggan kadang berjarak kadang rapat. Gua agak malu nak jual dua blook ini pada harga RM20. Malah, blook gua sendiri, JONGKANG JONGKET (JJ), gua tak puas hati (dan agak malu) dengan kualiti covernya.

GOBLOG pula, gua tak puas hati kerana diuar-uarkan sebagai blook bebudak hardcore/punk pertama di Malaysia, dengan kata pengantar “Berikan Aku 7 Blogger” oleh Hasmi Hashim yang berdegar-degar, maka gua expect entri-entri dengan semangat anti-establishment macam dalam zine-zine underground, tapi… gua dapat blook dengan entri biasa-biasa macam dalam JK, MB dan JJ. Bukannya tak best langsung, cuma tak best sangat. Malah, gua suka sangat-sangat (suka gila babi nak mampos) dengan entri Pipiyapong dan Kumprinx.

PINK PLATUN? Seronok dibaca, tetapi kurang rencamnya. Blook perempuan… apa lagi yang lu nak expect, selain entri mengeluh single? (Abih la gua kena boikot lepas ni).

Baca reviu sepenuhnya di sini: Sindiket Sol-Jah

8
May

REVIU OPERA ANGKASA OLEH TED

   Posted by: nazri   in karya

Satu lagi reviu dari seorang blogger.

dsc_6600.JPG

“I will start with what I don’t like about Opera Angkasa. For starters, its unoriginality. Take its setup and story, for instance. It is so much and too much like Firefly. The spaceship, Rajawali (which would be a dead ringer for Serenity in Firefly if it weren’t for Rajawali’s extreme ugliness), is a freelance cargo transporter, very much in the spirit of Firefly’s Serenity and even Han Solo’s Millennium Falcon. The captain of the Rajawali, Arman, is an amalgamation of Malcolm Reynolds and Han Solo, only taken up a few notches on the extreme side of the badness scale. Several characters you will recognise their counterparts from other science fiction films.”

“One of the other reasons why Opera Angkasa is such an enjoyable read is that Nazri is also gifted with an ability to write with great humour. I found myself guffawing quite a lot while reading it. And the humour isn’t laid on thick either. Nazri knows when to use humour to soften a harsh situation or to show contrasts between characters. While the humour isn’t used sparingly, it doesn’t spoil the mood either.”

Bacaan lanjut di Ted Mahsun

(Psst - gadis di booth kamu semasa KLAB itu comel, kirim salam cute pada dia - aku tak maksudkan bini kau)


7
May

EGO SEORANG PENULIS

   Posted by: nazri   in karya

Aku menghadiri majlis sambutan ulangtahun kecil-kecilan di Keramat. Aku hadiahkan kakak tersebut senaskah antologi cerpen. Sukanya bukan kepalang (dia seorang peminat sastera). Dia membelek dan membaca perlahan-lahan di sebelah suaminya, seorang komposer dan orang seni. Terdapat banyak perkataan yang tidak biasa didengar telinga hinggakan kerap juga si suami bertanya kepadaku apa maksudnya (dan aku sendiri ada kalanya tidak pernah mendengar perkataan itu).

Dia lantas bertanya, apakah motivasi seseorang penulis memasukkan perkataan-perkataan yang jarang, atau langsung tidak pernah didengar oleh khalayak umum dalam penulisannya?

Aku menjawab dengan ringkas, “Kerana ego”.

Mungkin jawapan aku mendatangkan rasa gelisah atau berontak di kalangan penulis yang suka dengan konsep sedemikian. Aku tidak mengatakan perbuatan mereka itu salah, malah dalam satu segi sebenarnya aku masih berpegang dengan falsafah penulis itu bebas dengan gayanya tersendiri. Kalau seorang penulis itu taksub meletak separuh dari isi cerpennya dengan perkataan yang sudah pupus, itu hak dia.

Tapi aku yakin, gaya itu ada kaitannya dengan ego seorang penulis. Karya, tidak kira apa bentuk (cerpen, novel, puisi) adalah medan dan perkataan di dalamnya adalah peluru dalam perang ego penulis. Makin susah hendak difaham maksud karyanya, maka makin besarlah egonya.

Lantaran penulis, sama seperti orang seni yang lain punya satu sifat yakni merasakan, kamu harus menjadi “yang teristimewa” untuk memahami maksud karyaku.

Terus, si suami bertanyakan soalan susulan, “kalau maksud dalam karya si penulis itu tidak sampai kepada pembaca (lantaran terlalu banyak perkataan yang sudah pupus dalam karyanya), tidakkah itu menjadikan karyanya sia-sia sahaja?”

Aku angguk, “Ya, sudah tentu,”

Dan bila orang sudah tidak memahami karyanya, maka kerjanya sebagai jagoan egois sudah berjaya.

Orang seni, tak kira penulis, penyajak, pelukis dan apa-apa sahaja memang saban hari bertarung dengan ego.

Aku tidak berkata perbuatan ini salah. Teruskan sahaja dengan konsep “seni tidak faham” ini. Tapi akui juga, ia ada kaitan dengan ego insan seni.

————————

Nota Kaki:

Merujuk entri seorang penulis lama yang memuji diriku, ya, saya sedang melompat-lompat kesukaan seronok. Hahaha! (sudah tentu seronok kerana pujian dari seorang yang punya selaut pengalaman ke atas diriku yang pengalamannya baru percik-percik embun sesuatu yang amat berharga dan besar. Terima kasih).

23
Apr

REVIU OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in karya

 ”Kuasa kedua Nazri terletak dalam melakarkan watak-watak yang warna-warni, walaupun karikatur tetapi memberi pendapat bahawa pembaca harus merasa ‘terikat’ akan watak-watak ini. Membuat kita ’sayang’ dan senang mengiktiraf keberadaan watak. Kuasa sebegini ada dalam tulisan Charles Dickens dalam menggambarkan perwatakan, sifat, dan aksi sebuah watak dalam novelnya. Kita sedar, Nazri di sini lebih mengeksplotasi plot dan watak yang (nyaris saduran) dekat menghomaj Firefly, drama siri advencer koboi Joss Whedon. Tetapi dengan dialog-dialog mencuit hati (walaupun buat pembaca yang serius) yang diguna oleh Nazri, budaya dalam lingkungan cerita (lebih-lebih lagi Bumi Baharu dan madrasah Tuan Guru, Faridah Hanom) serta ketentuan Nazri yang pasti terhadap lukisan watak-wataknya yang terjaga teliti kesinambungan psikologi, sejarah dan pilihan mereka, novel ini sememangnya patut dijadikan filem sahaja kerana keberkesannya dalam setiap konflik dan aksi.”

“Opera Angkasa sebuah karya yang tidak akan merugikan, baik kepada pembaca yang hanya mahu membaca suatu hasil hiburan kerana gaya “page turner“nya, juga kepada pembaca yang ingin mencari satu kelainan dalam sastera. Ia sebuah “joyride” buat kedua-duanya.”

Bacaan lanjut: Kubu Buku

dsc_0096.JPG

Opera Angkasa semasa promosi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 20008

16
Apr

TOP TEN OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in karya

Opera Angkasa mencatatkan sejarah peribadi apabila masuk dalam senarai top ten jualan tertinggi fiksyen dewasa PTS untuk Pesta Buku Antarabangsa 2008.

Berikut adalah senarai penuh;

1. Salju Sakinah

2. Tunnels - Terowong

3. Warkah Cinta Berbau Syurga

4. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem

5. Laskar Pelangi

operacover.jpg

6. Syahadat Cinta

7. Sang Pemimpi

8. Edensor

9. OPERA ANGKASA

10.Tariq: Menang ataupun Syahid

Nota: Opera Angkasa juga berada nombor 2 di belakang Salahudin: Penakluk Jerusalem untuk kategori imprint Fortuna. (Baca: Mengalahkan Takluk Jagat si Zaki Zainol, weh Kangaq, round 1 gua menang, kita tunggu round 2, so kau kena tulis sambungan yang 800X lebih best dari Takluk Jagat 1, Muahahaha!).

Tahniah kepada Arman, Faridah Hanum dan kawan-kawannya.

31
Dec

SINOPSIS OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in karya

operacover.jpgSebenarnya aku ambil dari cover belakang novel itu sahaja. Huhuhu -

Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: anda bayar, kami angkut. Tiada sebarang soalan ditanya. Suatu hari, mereka menerima tugasan yang disangka mudah. Tugas mereka: membawa pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator yang pulang bercuti.

Namun ketika menjalankan tugas itu, mereka dikejar oleh pelbagai pihak termasuk lanun angkasa, pemburu upahan dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya Faridah Hanum bukan gadis biasa. Gadis itu menjadi buruan kerana mewarisi kalung Raja Bersiung, salah satu daripada ‘empat Pusaka Kemusnahan’. Kalung itu adalah kunci yang mengaktifkan tujuh armada di tujuh galaksi. Sesiapa yang memilikinya dapat menguasai alam semesta.

Arman dan rakan-rakannya berusaha sedaya upaya menyelamatkan Faridah Hanum.

Dari situ merka membongkar satu lagi rahsia umat manusia….

Baru aku perasan blurp di atas ada sedikit bersifat spoiler. Ya.

Ini adalah (jika ada rezeki) projek novel fiksyen-sains bersiri aku. aku sudah merancang jalan cerita untuk sekurang-kurangnya empat siri. Namun untuk siri pertama ini lebih bersifat stand alone. Mungkin tahun depan akan keluar siri kedua kalau tiada masalah seperti A - aku mampus, B - Perang dunia, C - Wabak yang mengakibatkan kemusnahan umat manusia, D - hari kiamat, E - PTS bankrup, F - buku ini kena ban, G - Aku jadi pelakon dan berpindah ke Hollywood, H -  Aku bercinta dengan Elyana dan kami berdua lari ke Oman untuk membina hidup baru sebagai pasangan suami isteri yang bahagia seterusnya mempunyai dua orang anak comel serta rumah dengan pagar dan seekor kucing.

Sekian terima kasih.

13
Dec

OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in karya

Ya, dengan rasminya novel kedua aku sudah terbit dan bakal berada di dalam kedai buku pada 17 Disember 2007. (Ikut kata editornya, Mat Jan).

operacover.jpg

::

::

::

Yippa! Yippa!

Sila beli dengan penuh rasa kesyukuran kerana menjadi sebahagian dari sejarah peradaban sastera Melayu-Nusantara. Hoho!

19
Nov

AKU CINTAKAN KAU KERANA AKU CINTAKAN KAU

   Posted by: nazri   in karya

Aku cintakan kau kerana aku cintakan kau,

Kau tanyakan aku kenapa aku cintakan kau,

Aku tak dapat menjawab kenapa aku cintakan kau,

Kalau cinta itu datang dari jawapan,

Aku boleh berikan seribu jawapan kenapa aku cintakan kau,

Tapi kau seribu lagi tidak puas dengan jawapan kenapa aku cintakan kau,

Lagipun kekalkah jawapan itu 10 tahun lagi?

 

Kalau kau mahu aku buktikan aku cintakan kau,

Aku tidak boleh buktikan aku cintakan kau,

Kerna aku tidak sanggup berenang lautan api,

Kerna aku tidak sanggup dadaku dibelah sana sini,

Kerna aku tidak sanggup memetik bintang,

Lagipun,

Aku tidak pernah menyuruh kau berenang lautan api,

Memegang kapak membelah dada mu,

Melontarmu ke atas mencapai bintang,

Kalau cinta itu datang dari bukti-bukti,

Kau takkan puas dengan seribu bukti,

Lagipun kekalkah bukti-bukti itu 10 tahun lagi?

 

Aku cintakan kau kerana aku cintakan kau,

Kerana aku mahu melihat kedut wajahmu 10 tahun lagi,

Kerana aku mahu melihat perut boroimu 10 tahun lagi,

Kerana aku mahu melihat jatuhnya bontotmu 10 tahun lagi,

Kerana aku mahu mendengar letermu sampai aku mati,

Aku cintakan kau kerana aku cintakan kau,

Lagipun,

Bukankan indah jika cinta kekal misteri,

Untuk kau yang mungkin jadi isteri,

 

Ewahhhh!!!

 

Dedikasi untuk teman-teman wanitaku Selma Blair, Mandy Moore, Claire Danes, Kelly Preston (selepas John Travolta mampus terhempas kapal terbang), Elyana (selepas selesai main tarik tali dan menang piala untuk rumah Biru), Irene Santiago, Nurul Syuhada Nurul Ain dan lain-lain.

13
Aug

WAWA DIPINANG ORANG

   Posted by: nazri   in karya

Wawa adalah gadis kampung yang tidak duduk di kampung. Dia teringin hendak kahwin. Dia sudah empat belas kali putus cinta (7 diputus, 5 diminta putus dan 2 tidak diketahui statusnya sehingga cerita ini ditulis).

Wawa berkenalan dengan Fendi, seorang jejaka kacak yang bekerja di Alor Setar. Mereka berkenalan melalui Friendster. Satu tahap demi satu tahap dilalui sehinggalah enam bulan kemudian, Fendi yang suka kemaruk mahu memperisterikan Wawa merancang untuk masuk meminang.

Wawa suka bukan main. Akhirnya dia kahwin juga.

Pada hari yang ditetapkan, datang satu rombongan meminang (3 kereta). Wawa duduk dalam bilik. Sebagai seorang gadis pemalu, dia tidak mahu keluar melihat proses yang berlaku antara keluarganya dan keluarga rombongan itu.

Apa yang dia tahu, keluarganya menerima dengan hati yang terbuka (lagipun Wawa sudah menjalankan kempen sejak lama lagi).

Selepas rombongan meminang itu pulang dan tarikh kahwin sudah ditetapkan, barulah Wawa keluar. Melompat-lompat si dara kegirangan kerana dapat berkahwin dengan Fendi.

Tapi kemudian Wawa berhenti melompat bila kedengaran suara lelaki yang lengkap berbaju Melayu memberi salam. Kata lelaki itu, mereka datang ada hajat, mahu meminang Wawa. Lelaki itu juga memohon maaf kerana terlewat, jalan jam.

Wawa jenguk keluar tingkap dan melihat satu rombongan meminang (5 kereta) dimana kelihatan Fendi di dalam salah sebuah kenderaan itu.

Keluarga Wawa saling pandang memandang.

Habis tu rombongan yang tadi wakil siapa? Rombongan yang baru pulang dengan tarikh dan segala persetujuan yang diberi dari pihak perempuan?

Wawa pengsan.

Wawa akan kahwin.

Tapi dengan orang lain.

TAMAT

 

(Ini adalah treatment yang sedang aku usahakan untuk skrip drama TV, agak-agak boleh jual?)