Archive for the ‘karya’ Category

Oh dunia
Oh dunia
Kenapa prejudis?
Adakah hanya kerana aku tidak berbulu?

 

Oh dunia

 

Oh dunia

 

Aku juga comel
Aku semestinya juga manja
Kenapa takut padaku?
Hanya kerana aku tidak berbulu?

 

Kau laung hak samarata
Tapi jelik dengan fitrahku
Kau kata kau suka membelai
Kenapa memilih siapa-siapa?
Kau kata mahu yang gemalai
Eh, eh, kenapa lari dariku?
Aku tidak menggigit, miawku lunak
Apakah sebab hanya aku tidak berbulu?
Kau jauh dariku?

 

Tolong terima aku
Aku juga ciptaan tuhan
Kau menolakku
seolah kau menolak tuhan
Atau memang kau menolak tuhan?
Kau mencipta idea elit
Tapi tidak cukup elitkah aku?

 

Ohhh,
Kau prejudis, untuk sphinx sepertiku

 

 

 

::

 

Ini sajak lama, aku tak ingat bila aku tulis (baca: dah tua). Rasanya sajak ini aku hantar untuk zine Mantra si Azwan Ismail. Tapi tidak melepasi saringan.

 

19
Jun

RETRO: CINTA DEWA DEWI

   Posted by: nazri   in karya

Sebuah fiksyen pendek yang aku tulis dalam blog lama (24/03/2005)

Saja, mahu retro;

::
CINTA DEWA DEWI

::
Seorang dewa yang memerintah dunia di bawah dunia. Seorang dewi yang menghuni dunia di atas sana.

Tiadalah pernah siapa jangka yang mereka akan bertemu muka, walaupun hidup berlainan dunia, lantas si dewa terpesona dengan kejelitaan si dewi. Hati tergerak untuk mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan wajah rupawan yang membuatkan jantung berdegup kencang. Tertarik untuk menjadikan si dewi sebagai teman hidup selama mungkin.

Tiadalah dapat digambarkan lagi bunga-bunga riang si dewa bila mengetahui rupanya si dewi juga turut tertawan dengan kejaguhan sang dewa memerintah alam sana. Lumrah dewi seperti tentunya amat berbangga berdiri disamping seorang dewa yang amat gagah dan disegani. Dalam malu, dewi bermain madah dan menerima cinta asmara sang dewa.

Waktu itu, masing-masing bagai tidak mahu berpisah, terasa seperti tiada perkara lain yang lebih penting dari memaut rangkulan kasih cinta.

Read the rest of this entry »

25
May

DISEBALIK GONZO

   Posted by: nazri   in karya

“Gonzo” adalah cerita pendek yang aku tulis di dalam terbitan Kalashnikov.

Gonzo juga jatuh dalam kelas cerita pendek (yang pernah diterbitkan atau bersarang dalam hard-disk komputer) yang aku suka dan puas tatkala usai menulisnya. Walau mungkin, dari kaca mata ramai karyawan, cereka nukilan ini lemah dari banyak segi. Tapi sebenarnya aku berharap lebih ramai cuba melihat lebih jauh dari itu.

Aku tergerak menulis perihal Gonzo selepas mengetahui seorang pembaca memahami apa yang cuba aku kiaskan.

Beginlah, aku ceritakan bagaimana dan kenapa aku mahu menulis Gonzo.

Ilham itu datang selepas aku mencuri-baca buku milik teman rumah aku. Buku yang aku sudah lupa tajuknya hasil karangan penulis Hunter S. Thompson. Aku menilik idea dari mindanya. Kemudian aku cuba berkenalan dengan penulis itu, menerusi maklumat-maklumat yang aku boleh dapat dari sibermaya (wahaha). Datang pula adaptasi filem dari buku Fear And Loathing In Las Vegas (buku yang aku curi baca itu bukan buku Fear… ini), dan seterusnya, aku membaca Gonzo itu sendiri.

Read the rest of this entry »

10
May

NOVEL 24 JAM

   Posted by: nazri   in karya

Tajuk di atas bukan bermaksud aku mengisytiharkan diri ini hendak membuat percubaan buku rekod Malaysia menyiapkan novel dalam masa 24 jam.

Aku terserempak dengan senarai novel-novel yang mana kejadian plot di dalamnya berlaku dalam masa 24 jam (dari bab satu hingga akhir).

Aku teringat akan novel Da Vinci Code karangan Dan Brown yang menggunakan elemen yang sama (menolak tepi epilog di akhir cerita).

Kemudian aku terjumpa dengan info mengenai novel Ulysses karya James Joyce (diterbitkan pada tahun 1922) yang dikatakan menjadi titik pemangkin atau inspirasi kepada novel-novel yang menggunakan elemen kejadian cerita yang berlaku dalam masa 24 jam.

Ulysses juga diangkat sebagai salah satu novel penting dalam kesusasteraan modernis dan masuk dalam senarai 100 novel terbaik dalam Bahasa Inggeris pada abad ke-20.

Paling penting, aku belum membaca novel ini.

Kenapa aku menulis perihal ini?

Aku sendiri tak tahu.

Tapi aku sudah sebarkan sedikit ilmu bukan?

Nah, baca lagi mengenai Ulysses

Cover edisi pertama, imej dicuri dari wikipedia

9
May

ALIYA ELYANA 2

   Posted by: nazri   in karya

Ini adalah bahagian awal bab pertama untuk novel Aliya Elyana 2 yang aku karang tidak lama dahulu. Aku masukkan di sini kerana yakin hakikat novel itu tidak dapat disambung lagi amat tinggi sekali. Mungkin, suatu hari nanti aku mampu juga mempersembahkan cerita seterusnya tentang dua budak perempuan itu yang amat istimewa dalam hidupku.

Selamat membaca;

Oh, ini versi pertama, jadi memang banyak typo dan struktur ayat yang belum diperbaiki. Hikhik.

 

Tengah malam, lebuhraya Persekutuan

Jalan hendak dikatakan banyak kereta, tidak juga. Juga tidak boleh dikatakn lengang. Ianya keadaan normal pada malam isnin. Jalan menghala ke Shah Alam boleh dikatakan sederhana keadaan trafiknya. Masih boleh bergerak selesa, jika tidak terlalu laju memandu kenderaan. Tapi ada sebuah Proton Satria yang begitu tergesa-gesa sekali gelagatnya.

Ia menyusur laju membelah malam. Ada tiga orang lelaki di awal dua puluhan di dalamnya. Masing-masing berkerut wajah. Cemas dan resah. Sekali sekala yang duduk di bahagian belakang menoleh, seolah-olah mencari-cari sesuatu. Entah apa yang dipandangnya.

Pemandunya pula langsung tidak peduli akan keselamatan diri, apatah lagi tidak endah tentang kereta-kereta yang dipotongnya. Proton Satria itu dipandu laju, terlalu laju dan menyusup di celah-celah kereta yang lain. Mujur juga tiada polis yang meronda disitu, jika tidak nahas dikejar. Read the rest of this entry »

4
May

KALASHNIKOV

   Posted by: nazri   in karya, semboyan

Seseorang memberitahu aku, kenapa Kalashnikov tidak dipromosi ke dalam blog ini.

 

Oh, kenapa mesti aku cemarkan blog suci ini dengan benda-benda keji seperti itu?

 

Jawapannya ada di dalam buku itu.

 

kalashnikov.jpg

 

HARGA: RM15 (+belanja pos RM1 kalau jasad anda berada di bumi Malaya)

Muatkan karya-karya eksklusif dari OP, Mat Jan, Tok Rimau, Jigo, Naga, Amir Mukh, Spyz, Bukunota dan sudah tentulah aku.

 

Email: nazri123456789 at gmail dot com untuk membuat tempahan.

 

Wa caya sama lu weh!