Archive for the ‘kisah haiwan’ Category

9
Nov

BERITA HARI INI

   Posted by: nazri   in kisah haiwan

BERITA PERDANA NEGARA BELANTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Belantara

Sari Berita penting:

1. Gerhana Menteri menasihatkan agar monyet dan kucing menjadi lebih rajin dan jangan selalu tidur.

2. Belantara dipilih sebagai destinasi pelancongan terbaik di rantau ini.

3. Pasukan bolasepak Belantara tewas kepada pasukan belia Hutan Simpan di sebalik 7 pemain belia hutan simpan mati dalam kebakaran hutan tempohari.

Berita Utama

Kerajaan Belantara mengecam keganasan yang telah dilakukan oleh Junta Tentera Mee An-Mar terhadap pengikut pro demokrasi dalam satu perhimpunan besar-besaran semalam. Mereka membidas Kerajaan Junta yang menghalang perhimpunan itu seterusnya menutup peluang untuk demokrasi. Kerajaan Belantara juga menasihati Junta melihat Belantara sebagai model demokrasi dan rakyat bebas bersuara tanpa sebarang sekatan.

Berita seterusnya,

Pihak Polis Belantara menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan AMAN yang bakal diadakan di Dataran Rumput pada hujung minggu ini kerana ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Sesiapa yang menghadirinya juga boleh ditangkap dan didenda walaupun perhimpunan itu dijalankan secara AMAN memohon agar pihak Kerajaan lebih adil dalam piliharaya Belantara.