
- PENA sudi menaja sistem pembesar suara yang baru dan lebih bagus.
- Gadis berbaju kurung bermain gitar (Whoaaaa!!!)
- Pertunjukan fesyen dari Sindiket Sol-Jah.
- Jumlah hadirin yang paling ramai dalam sejarah MASKARA
- Jumlah gadis-gadis yang ramai

- Open mic cuma sempat satu sahaja. Masa tak mencukupi. Aku bercadang nak baca cerita Kucing Terbang di KLCC.
- Orang teksi maki penganjur
- Aku tak sempat nak makan
- Berkenalan dengan beberapa kawan baru. Moga-moga dapat dipanjangkan hubungan.
- gadis cantik menyanyi lagu dengan suara yang sedap.
- Pyan Habib teringatkan Anak Alam bila memandang Sol-Jah.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Kimba!
Pergi ke link ini untuk rangkaian catatan mengenai MASKARA 9.
Kredit Gambar: Ajami Hashim dan Lan Rasso

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 3 Mei 20008
Masa: 830 malam hingga habis
Hari: Hari yang gelap, kini sudah terang…err…SABTU
Juru acara: Mat Jin, eh, MAT JAN
Menampilkan;
- Marsli N.O (pemikir, penyair, aktivis sastera dan bloga)
- Nazri M. A (Lelaki cute pada era selepas zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah)
- Azwan Ismail (Berikan dia gula)
- Basri D.S (Othello oh Othello, di manakah kau sembunyikan cinta?)
- Derrick Jaramilo (penyanyi axe-rock dari bandar perkataan kesukaan Dr. Mahathir (panama) iringan kugiran THE JUNK.
- Salhan K. Ahmad (Biarkan dia dengan notanya, mahu dilukis erti gelisah, tapi pen tiada)
- Taf Teh (Kalau dia Carbonara, Kuala Lumpur adalah pinggannya).
JUGA;
Jualan buku baru keluar dari mesin cetak:
SABOTAJ 3 (Himpunan catatan tanpa seluar dalam 10 Sol-Jah kacak)
GANGGUAN TEKSUAL (Himpunan catatan tanpa segan silu oleh bloga-blogga tempatan yang hot dan seksi, awww, muah! muah! muah!)
DATANG ITU WAJIB.

MASKARA 6
Tempat: Rumah Pena
Masa: 830 Malam
Tarikah: 2 Februari 2008
Dijemput semua untuk sudi hadir ke acara yang gilang gemilang ini (untuk standard Kampung Seri Kinta). Bawa abang, bawa ayah, bawa kawan dan bawa kawan perempuan berbaju singkat nampak pusat yang baru putus cinta dan dahagakan kasih sayang dari kami.
Klik next untuk lihat peta:
Read the rest of this entry »
MASKARA 2: LAPORAN PIHAK PENGANJUR
(Kemaskini pukul 11:03 pagi 12/07/2007 dengan catatan Fadli Al-Akiti)

Adegan baca-baca, main silap mata, dengar band Serunai Faqir dan banyak lagi selamat berlangsung di rumah Pena pada tarikh yang ramai cakap kera Mat (07/07/07).

Esis dan Elmaaniq dari Narayuda buat drama. Siap dengan ekspresi wajah. Betul-betul serius.

Alif Firdaus mencipta kelainan. Dia buat magik. Wanita di sebelahnya adalah Che Nid yang bakal masuk dalam kotak atas kerusi dan digergaji oleh Alif. Nota: Dia juga ada novel dan komik.

Fadli Al-Akiti membaca sedutan novel keduanya, Asain Nota: Penulis novel Jian yang ada dijual di kedai buku.
Read the rest of this entry »
Gambar-gambar behind the scene. Beberapa jam sebelum kejadian MASKARA II.

Klik sini untuk lebih banyak gambar: Pra Maskara II.
Ada liputan mengenai Maskara 1 yang berlangsung pada bulan lepas dalam akhbar Utusan Malaysia (ruangan sastera)

Sila ke laman sol-jah untuk versi hi-res
Tahniah kepada semua yang menjayakannya.
Edisi bulan Julai jangan lupa datang yak!
Acara membaca dan membuat persembahan seni (performing arts, muahahaha!)
Tarikh: 7/7/07
Masa: 830 malam
Ada mi percuma.
MASUK PERCUMA
SESIAPA PUN DI JEMPUT DATANG WEH. Aku tak kenal kamu pun tarak hal.
Orang yang naik atas pentas:
- Pyanhabib (penyair tersohor)
- Gemala Kasturi (Band Gendang dan Serunai) di bawah pimpinan Serunai Faqir (karyawan)
- Fadli Al-Akiti (novelis Jian dan Asain, bakal jadi Raja fiksyen-sains Asia Tenggara)
- Azwan Ismail (penyair dengan produk terbaru - Mantera)
- Alif Firdaus (penulis, pelukis komik, ahli silap mata dan lelaki budiman)
- El-Maaniq dan Esis dari Narayuda
- Spyz Sindiket Sol-Jah
- Anjang (penggitar tanpa kata-kata)
Sekali lagi, kalau kamu ada telur atau tiub fallopio, sila datang ya. Hikhik. Ohhh, bawa juga sebarang buku atau hasil kerja yang boleh kamu jual. Aku nak beli.
Muahhh!!!
Lawati laman web: www.sol-jah.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Acha.

Acara “Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita suka” atau nama pendek, Maskara telah selamat berlangsung pada hari Sabtu, 8:30 malam.
Apa yang berlaku pada malam itu?

Puja-Puja, Kredit Gambar: King Binjai
Read the rest of this entry »