cerita tentang dunia, yang cuma ada saya…dan kamu.

JAKARTA - HARI KEDUA

June 16th, 2010 nazri

pandatraveltours-copytest

Tidak ada apa-apa yang signifikan berlaku.

Cuma memetik kata-kata seorang aktivis politik yang saya jumpa (beliau main peranan penting semasa reformasi '98);

"Asean belum bersedia untuk demokrasi. Kita masih feudal"

Dan memetik kata-kata seorang teman;

"Yang sebenarnya mengawal kita (sebagai sebuah negara) adalah kapitalis, bukan tokoh politik"

Kedua-duanya benar.

Dengan alat (seperti yang digelarkan oleh aktivis politik itu) yang bernama DUIT, kita mudah saja diperkotak-katikkan.

Katanya, Indonesia sudah hancur.

Kata saya dalam hati, Malaysia juga sudah lama hancur dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Persamaan antara Malaysia dan Indonesia ialah - masing-masing cuba mengkayakan diri sendiri dengan apa cara sekalipun. Perjuangan? ah, kau terlalu idealis.

+++

Saya dan Zul tidak ke Monas, tidak ke mana-mana tourist attraction sepanjang di Indonesia. Saya fikir, pengalaman bertemu dan berbual dengan manusia-manusia 'hina' hari ini jauh besar harganya berbanding bergambar di depan Tugu Monas. Bagi saya, kalau anda fikir sebaliknya, itu hak anda.

JAKARTA - HARI PERTAMA

June 15th, 2010 nazri

pandatraveltours-copytest

Planning trip ini sudah agak lama, saya ingat sekitar Mac lagi dengan sebenarnya Amri Ruhayat juga salah seorang dalangnya. Namun dia tidak menjadi lantas hanya saya dan Zulhabri sahaja.

Penerbangan saya dijadualkan pagi sementara Zul petang menjadikan kami terpisah buat seketika. Bayangkan saya tidak pernah menjejak kaki di bumi Jakarta, tiba-tiba perlu datang seorang diri. Mujur juga punya teman Sofiatul Shima dan Erwin.

Bayangkan semalamnya (Ahad), saya bangun pagi untuk melancarkan buku sembang Kencang, dan membawa tidak tidur di malam hari kerana takut terlajak tidur. Lantas saya hanya sempat lelap sebentar di dalam Kapal Terbang yang keselesaannya memang diragui. Langsung tidak perasan bila makwe Pramugari tolak makanan dan tak peduli apa-apa yang berlaku.

Sesampai di lapangan terbang Soekarno-Hatta, saya terus mengambil DHAMRI, satu rangkaian bas seperti Rapidshare, RapidKL. Saya mengambil route bas ke GAMBIR train station.  Sampai di Gambir, saya bertemu Erwin dan bersarapan di disitu.

Dia membawa saya ke SOGO kerana dia ada temujanji bersama penulis Ahmad Fuadi (Negara 5 Menara). Berbual sikit-sikit dan saya kemudiannya menaiki Ojek ke Mall Ambassador sementara Erwin dan Ahmad Fuadi bertemu pengacara Kick Andy untuk urusan mereka. Berjalan-jalan di Mall Ambassador sama seperti berjalan di Kompleks Pertama sahaja. Sempat juga makan waffle dan menggunakan perkhidmatan bilik khusus merokok di lantai 4 (foodcourt).

Dua jam di Mall ambbasasor buat saya sudah tidak tahu hendak buat apa-apa. Mata sudah berat (tak tidur lagi). Saya singgah kedai jual software pirate, singgah minum, singgah kedai baju, singgah kedai jual Patung Panda besar bagak.

Erwin usai meeting dalam jam 4 dan kami menaiki Taksi menuju jalan Jaksa. Saya ke Hotel untuk menempah bilik dan amat mujur bilik ekonomi cuma tinggal satu sahaja.

Tutup pintu bilik dan

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Saya cuma tersedar bila ketukan bagai gempa bumi dan menjenguk jam. Pukul 945. Buka pintu dan Zulhabri terpacul.

Flight lambat sedikit katanya.

Ah, banyak hendak cerita, nantilah.

Gambar-gambar masih belum upload. Bila ada kesempatan akan kucuba.

NEO PANDA DAN HAKIKATNYA SAYA AKAN MULA SERIUS PADA USIA 40 NANTI

May 10th, 2010 nazri

Assalamualaikum,

Ketika saya sedang asyik menaip di satu tempat yang sungguhlah cantik dan memberi banyak inspirasi yakni di dalam bilik saya di Ukay Perdana, tidak semena-mena muncul satu susuk yang saya kenali memberi salam.

Kenapakah kau tidak lagi mengemaskini blog bercerita tentang aku? soal Panda Cinta.

Ahhh, sayatidak menyangka dia akan bertanya soalan sedemikian rupa.

Menulis blog bukan kala gundah gulana kerana putus cinta (atau diambang), blog juga boleh ditulis tatkala bahagia, katanya lagi.

Ini soal risau popularitimu sudah mau jatuh bukan? tanya saya.

Bukanlah, cuma, iyalah, aku risau tengok ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya Panda Cinta. Aku risau mereka yang tertanya-tanya itu saban hari diserang hari yang tidak menyeronokkan kerana hidup tanpa mendapat jawapan, yakni apa terjadi kepada Panda Cinta.

Saya cuma ketawa.

Dia tanyakan tentang hal majlis kahwin yang saya baru hadiri.

Aku risau dengan kau, kata Panda Cinta.

Saya tanyakan kenapa.

Selama ini, jika ada orang bertanya bila nak kahwin, kau akan jawab dengan banyak jawapan, tapi aku dapat baca hatimu tidaklah menjawabnya dengan sepenuh hati.

Tapi hari ini, tatkala kau menjawab 'umur 40 tahun nantilah aku fikir nak kahwin ke tak," tiba-tiba hatiku bergetar, kerana jawapanmu itu lahir dengan tulus ikhlas dari sisi hatimu.

Saya ketawa lagi.

Tak perlu risau wahai Panda, kata saya. Bukanlah saya mahu keluar agama, atau meninggalkan keluarga, atau melakukan kerja-kerja yang tidak munasabah.

Keadaan semasa membuatkan saya fikir usia 40 tahun baru saya cukup matang untuk memikirkan soal kahwin.

Lagipun saya terkesan dengan nasihat-nasihat Sinaganaga tentang tanggungjawab dan hal ehwal kahwin ini. Apa yang beliau katakan itu benar-benar belaka, cuma saya sebelum ini kurang mahu mendengarnya.

Lagipun bukanlah lama sangat nak tunggu. Saya tidaklah mahu menimbulkan isu seksis, tetapi terlalu banyak peluang dan rancangan di depan mata saya di mana pada hemat saya jika mempunyai seorang isteri hanya akan membebankan hidup saya sahaja. Menulis novel, membuat video klip, fotografi, mengembara, membuat musik, aktiviti sindiket Sol-jah dan banyak lagi yang mahu saya buat. Setakat ini saya tidak nampak bagaimana seorang isteri boleh fit in dengan jadual hidup saya.

Panda cinta angguk. Setuju dengan pendapat saya.

Kemudian kami sama-sama menikmati nasi goreng yang telah ibu saya bekalkan sebelum pulang ke Kuala Lumpur siang tadi.