Archive for the ‘panda cinta adventures’ Category
Pernah dengar mengenai pari-pari yang menyemai spora-spora cinta pada dua orang 'potential' yang hendak bercinta?
Suatu hari Panda Cinta memperkenalkan saya dengan seekor (seorang? sesayap?) pari-pari. Katanya Pari-pari ini kerjanya menyemai benih cinta ke dalam hati makwe yang kita berkenan.
Cantik. Itu yang saya perlukan.
Pada hari yang damai itu, Panda Cinta membawa saya berjumpa sang pari-pari.
"Mike ade gelpren yang mike berkenan?" soal pari-pari itu.
"ada, ada...tapi boleh ke? Makwe ni, ummmm, selebriti."
"Mike usah rhiso, Ini udah jadi khoje pari-pari. Ada bawak gambo gelpren tu?" tanya pari-pari.
"Gambo takde, tapi makwe tu kat situ," saya menunjukkan kelibat Juliana Evans yang baru keluar dari Maybank Bukit Bintang.
"Ahhh, senang..." Pari-Pari itu menabur serbuk berwarna-warna ke atas tangannya. "Ini namanya serbuk cinta. Kita tiup, biorkan serbuk ni terbang dibawak angin ke Juliana Evans."
Saya angguk. Dalam kepala sudah terbayang Juliana Evans duduk di sebelah saya dalam kereta Kancil saya. Rare tu, makwe cun nak naik kereta kancil.
Si Pari-pari meniup serbuk di atas tapak tangannya dan terbanglah serbuk-serbuk itu dibawa angin.
"Ahhh shit!" tiba-tiba si pari-pari berbahasa Inggeris. Panda Cinta sudah mula membuka langkah untuk lari.
"Kenapa? Kenapa?" soal saya.
"Terlupa check arah angin! serbuk tu terbang ke arah lain!" si pari-pari berpusing melarikan diri.
Saya nampak Juliana Evans sibuk melambai tangan menahan teksi...
dan seorang pak guard berbangsa India sedang melangkah ke arah saya sambil kenyit mata.
"Ah, shit!"
Tidak ada apa-apa yang signifikan berlaku.
Cuma memetik kata-kata seorang aktivis politik yang saya jumpa (beliau main peranan penting semasa reformasi '98);
"Asean belum bersedia untuk demokrasi. Kita masih feudal"
Dan memetik kata-kata seorang teman;
"Yang sebenarnya mengawal kita (sebagai sebuah negara) adalah kapitalis, bukan tokoh politik"
Kedua-duanya benar.
Dengan alat (seperti yang digelarkan oleh aktivis politik itu) yang bernama DUIT, kita mudah saja diperkotak-katikkan.
Katanya, Indonesia sudah hancur.
Kata saya dalam hati, Malaysia juga sudah lama hancur dan tidak boleh diselamatkan lagi.
Persamaan antara Malaysia dan Indonesia ialah - masing-masing cuba mengkayakan diri sendiri dengan apa cara sekalipun. Perjuangan? ah, kau terlalu idealis.
+++
Saya dan Zul tidak ke Monas, tidak ke mana-mana tourist attraction sepanjang di Indonesia. Saya fikir, pengalaman bertemu dan berbual dengan manusia-manusia 'hina' hari ini jauh besar harganya berbanding bergambar di depan Tugu Monas. Bagi saya, kalau anda fikir sebaliknya, itu hak anda.
Planning trip ini sudah agak lama, saya ingat sekitar Mac lagi dengan sebenarnya Amri Ruhayat juga salah seorang dalangnya. Namun dia tidak menjadi lantas hanya saya dan Zulhabri sahaja.
Penerbangan saya dijadualkan pagi sementara Zul petang menjadikan kami terpisah buat seketika. Bayangkan saya tidak pernah menjejak kaki di bumi Jakarta, tiba-tiba perlu datang seorang diri. Mujur juga punya teman Sofiatul Shima dan Erwin.
Bayangkan semalamnya (Ahad), saya bangun pagi untuk melancarkan buku sembang Kencang, dan membawa tidak tidur di malam hari kerana takut terlajak tidur. Lantas saya hanya sempat lelap sebentar di dalam Kapal Terbang yang keselesaannya memang diragui. Langsung tidak perasan bila makwe Pramugari tolak makanan dan tak peduli apa-apa yang berlaku.
Sesampai di lapangan terbang Soekarno-Hatta, saya terus mengambil DHAMRI, satu rangkaian bas seperti Rapidshare, RapidKL. Saya mengambil route bas ke GAMBIR train station. Sampai di Gambir, saya bertemu Erwin dan bersarapan di disitu.
Dia membawa saya ke SOGO kerana dia ada temujanji bersama penulis Ahmad Fuadi (Negara 5 Menara). Berbual sikit-sikit dan saya kemudiannya menaiki Ojek ke Mall Ambassador sementara Erwin dan Ahmad Fuadi bertemu pengacara Kick Andy untuk urusan mereka. Berjalan-jalan di Mall Ambassador sama seperti berjalan di Kompleks Pertama sahaja. Sempat juga makan waffle dan menggunakan perkhidmatan bilik khusus merokok di lantai 4 (foodcourt).
Dua jam di Mall ambbasasor buat saya sudah tidak tahu hendak buat apa-apa. Mata sudah berat (tak tidur lagi). Saya singgah kedai jual software pirate, singgah minum, singgah kedai baju, singgah kedai jual Patung Panda besar bagak.
Erwin usai meeting dalam jam 4 dan kami menaiki Taksi menuju jalan Jaksa. Saya ke Hotel untuk menempah bilik dan amat mujur bilik ekonomi cuma tinggal satu sahaja.
Tutup pintu bilik dan
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Saya cuma tersedar bila ketukan bagai gempa bumi dan menjenguk jam. Pukul 945. Buka pintu dan Zulhabri terpacul.
Flight lambat sedikit katanya.
Ah, banyak hendak cerita, nantilah.
Gambar-gambar masih belum upload. Bila ada kesempatan akan kucuba.
Assalamualaikum,
Ketika saya sedang asyik menaip di satu tempat yang sungguhlah cantik dan memberi banyak inspirasi yakni di dalam bilik saya di Ukay Perdana, tidak semena-mena muncul satu susuk yang saya kenali memberi salam.
Kenapakah kau tidak lagi mengemaskini blog bercerita tentang aku? soal Panda Cinta.
Ahhh, sayatidak menyangka dia akan bertanya soalan sedemikian rupa.
Menulis blog bukan kala gundah gulana kerana putus cinta (atau diambang), blog juga boleh ditulis tatkala bahagia, katanya lagi.
Ini soal risau popularitimu sudah mau jatuh bukan? tanya saya.
Bukanlah, cuma, iyalah, aku risau tengok ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya Panda Cinta. Aku risau mereka yang tertanya-tanya itu saban hari diserang hari yang tidak menyeronokkan kerana hidup tanpa mendapat jawapan, yakni apa terjadi kepada Panda Cinta.
Saya cuma ketawa.
Dia tanyakan tentang hal majlis kahwin yang saya baru hadiri.
Aku risau dengan kau, kata Panda Cinta.
Saya tanyakan kenapa.
Selama ini, jika ada orang bertanya bila nak kahwin, kau akan jawab dengan banyak jawapan, tapi aku dapat baca hatimu tidaklah menjawabnya dengan sepenuh hati.
Tapi hari ini, tatkala kau menjawab 'umur 40 tahun nantilah aku fikir nak kahwin ke tak," tiba-tiba hatiku bergetar, kerana jawapanmu itu lahir dengan tulus ikhlas dari sisi hatimu.
Saya ketawa lagi.
Tak perlu risau wahai Panda, kata saya. Bukanlah saya mahu keluar agama, atau meninggalkan keluarga, atau melakukan kerja-kerja yang tidak munasabah.
Keadaan semasa membuatkan saya fikir usia 40 tahun baru saya cukup matang untuk memikirkan soal kahwin.
Lagipun saya terkesan dengan nasihat-nasihat Sinaganaga tentang tanggungjawab dan hal ehwal kahwin ini. Apa yang beliau katakan itu benar-benar belaka, cuma saya sebelum ini kurang mahu mendengarnya.
Lagipun bukanlah lama sangat nak tunggu. Saya tidaklah mahu menimbulkan isu seksis, tetapi terlalu banyak peluang dan rancangan di depan mata saya di mana pada hemat saya jika mempunyai seorang isteri hanya akan membebankan hidup saya sahaja. Menulis novel, membuat video klip, fotografi, mengembara, membuat musik, aktiviti sindiket Sol-jah dan banyak lagi yang mahu saya buat. Setakat ini saya tidak nampak bagaimana seorang isteri boleh fit in dengan jadual hidup saya.
Panda cinta angguk. Setuju dengan pendapat saya.
Kemudian kami sama-sama menikmati nasi goreng yang telah ibu saya bekalkan sebelum pulang ke Kuala Lumpur siang tadi.
Kisah ini berlaku jauh selepas kejadian dalam Hikayat Pelayaran Usmanov.
Ketika itu saya sedang minum teh putih bersama Panda Cinta. Di mana arnab, Usmanov dan pari-pari 920? Jeng! Jeng! Jeng! Nasib mereka tidaklah boleh saya dedahkan lagi, spoiler. Siapa yang mati agaknya?
Ketika itu Panda Cinta mendengar kisah soft-rejection saya yang ke 1537. Saya terus bertemu dengannya selesai usai berchat facebook dengan makwe yang merejek saya itu.
"Love is really about timing..." ucap Panda Cinta. Dia mengaduh kecil. Saya perhatikan lukanya. Lukanya semakin sembuh. Luka akibat pertempuran terakhir menentang Raja Jahat di Kota Pujangga yang akan diceritakan dalan Hikayat Pelayaran Usmanov.
Panda Cinta lantas berbicara,
Kau bertemu dengan A, tatkala A masih mahu huha-huha, timing kau tak kena sementelah ketika A sudah puas huhahuha, dia cross path dengan seorang lelaki. Mereka berkahwin. Kerna, timing masing-masing kena. Kau yang akan kahwin dengan dia kalau kau berada di tempat lelaki itu.
Kau bertemu dengan B, tatkala kau belum jelas mahu serius atau tidak. Sekali lagi timing kau tidak kena, lantas si B bertemu dengan lelaki lain, yang ketika itu mahu serius dengannya.
Kau bertemu dengan Grand Duchess, ummm, timing sipi-sipi tapi masih tidak kena. Makanya tatkala hati Grand Duchess sudah terbuka, ketika itu dengan kuasa tuhan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan akhirnya mereka berkahwin, sesuatu yang tidak mahu dilakukannya sekarang.
"You wish you were that guy right?" soal Panda Cinta sambil tersenyum. "You wish you were the man she met at the exact moment she met him right?"
Saya angguk. Entah apa gilanya Panda ini berbahasa Inggeris. Harap dia tak pula berniat hendak berbahasa Urdu. Saya tidak pandai Urdu.
Sama seperti kisah-kisah kau yang lain,
Kau berkenalan dengan seorang perempuan, berbual dengan baik, kau nampak ada keserasian.
Ah, tiba-tiba kau terlewat pula kerna dia sudah menemui seseorang yang pandai membuatnya ketawa.
"Kali ini kau harap kau datang awal pula kan?" soal Panda Cinta lagi. "Kau harap kau si lelaki yang dia jumpa pada exact moment dia berkenalan dengan lelaki itu bukan?"
Sekali lagi saya angguk.
Dan pernah jua kau cuma berdiam diri, kerana tidak tahu sama ada kau terlalu awal atau sudah terlambat, dan...
"Dia meluahkan kenapa kau tidak mengorat dia, kenapa kau berdiam diri sahaja, kerana dia suka akan kau, dan pengakuannya dibuat tatkala beberapa hari lagi dia hendak berkahwin...dengan lelaki lain" Panda Cinta tersengih.
Saya bersandar di kerusi berbentuk K.
Love is time...getus saya.
Saya tanyakan kepada Panda kenapa selalu wrong timing.
Panda Cinta menghirup teh putih dan berkata "aaaahhhh.."
Dia tersenyum kepada saya.
"Kau dilahirkan untuk berdepan dengan kes-kes wrong timing...itu aku tak boleh buat apa,"
"Mana aci," ujar saya, "aku dah selamatkan kau...tak kenang budi!"
Panda Cinta ketawa. Saya ikut ketawa.
Kami melihat beberapa ekor kucing terbang melintasi horizon senja.
"Aku tak ada jawapannya wahai sahabatku," kata Panda Cinta. "Aku tak tahu samada untuk yang seterusnya kau akan berdepan dengan situasi wrong timing sekali lagi atau tidak..."
Saya diam. Saya mengerti kata-kata Panda Cinta. Tapi apa boleh buat, bukan kuasa saya untuk mengawal masa.
Cuma saya berharap masa dapat menoleh sedikit ehsan kepada saya.

