Archive for the ‘teater’ Category
THE ILLUSION
Azwan sms aku. Katanya mahu pergi tengok teater? Batsheba jadi bomoh.
Ohhh, iya? Batsheba Zlika Arsalan, aku kenal nama tu. Nama yang ada dalam projek Mantra Azwan, aku dan dia pernah baca sajak dalam acara di Annexe dan baru-baru ini bertarung dalam Wayang Kata.
Tajuk teater ini adalah The Illusion, sebuah pementasan karya Tony Kushner (terkenal dengan karya Angels In America) yang diadaptasi dari komedi oleh Pierre Corneille (L’Illusion Comique). Kalau kamu tak faham apa yang aku cuba jelaskan, sila google atau dapatkan khidmat penterjemah.
Cerita pasal seorang ayah pergi jumpa seorang bomoh. Dia nak tahu keadaan anaknya. Bomoh itu lalu memberinya satu gambaran bagaimana keadaan anaknya. Aku tak boleh cerita panjang-panjang, spoiler.
Ini info lanjut yang aku dengan penuh rasa riang ria ribena meng-cut and paste:
