Archive for the ‘Tulisan’ Category

31
Mar

TRAILER OPERA ANGKASA

   Posted by: nazri   in Tulisan

Ya, kalau dibandingkan dengan produksi George Lucas, memang bagai planet Bumi dan planet di gugusan Andromeda.

Tapi aku agak suka dan menghargai usaha yang dibuat oleh kawan-kawan di PTS.

Cayalah!

12
Nov

KAMI LUPA PAK

   Posted by: nazri   in Tulisan

Kami mintak maaf bapak,

Kami lupa minta permit,

Tapi selalunya, bila kami minta permit,

Bapak tak kasi, walhal bapak kasi pada anak cucu cicit menantu pak,

Mungkin bapak alah dengan ‘kepala surat’ kami,

 

Kami minta maaf Pak,

Sebab kami tak bersyukur,

Bapak dah susah payah tanam tiang lampu sebatang tu,

Kami boleh pergi marah pasal Baak ambil tanah, duit, harta, perempuan, perniagaan, kerja, maruah kami,

Kami lupa nak bersyukur pasal tiang sebatang tu,

 

Kami minta maaf pak,

Kami tak tahu Pak suka di atas sana,

Iyalah kami faham,

Kalau sudah berundur,

Mana boleh dapat  perempuan pengacara tv/model/pelakon/penyanyi, berbodi montok,

Rugi kalau tak dapat rasa,

Perempuan berbodi montok suka orang tua banyak duit macam bapak,

Takkan nak beri perempuan pengacara tv pada mat rempit,

rugi…

 

 Kami minta maaf bapak,

 Sebab kami faham bapak kena bayar duit BMW, Mercedes, Ferrari, Honda,

Bapak kena bayar duit banglo di Sana, sini, situ, sinun,

Bapak kena bayar duit bercuti di Gold Coast,

Bapak kena keluar belanja untuk perempuan pengacara tv/model/pelakon/penyanyi,

Bapak kena cari duit,

 

Tak mengapalah bapak,

kami faham,

Kami boleh pakai kereta Kancil bayar 9 tahun

Kami boleh duduk rumah flat 2 bilik bayar 30 tahun,

Kami boleh ambil hutang peribadi untuk kahwin bayar 10 tahun,

Kami boleh ambil hutang pelajaran bayar 7 tahun,

Kami boleh kerja 10 jam dibayar harga 4 jam,

Kami faham bapak susah,

Kami yang mengada-ngada,

Kami sudah lupa,

Maafkan kami ya, bapak,

 

 

 

31
Jul

10 Steps to Becoming a Better Writer

   Posted by: nazri   in Tulisan

Mat Jan beri aku link berikut, 10 tips yang amat mudah untuk kalian jadi penulis yang bagus.

Tidak perlu kos yang mahal, tak perlu ruang yang besar, peralatan yang canggih.

Cuma perlu ikut 10 tips itu.

Aku percaya, kalian akan jadi sehebat Nazmi Yaakub :P

Ini tips yang boleh kamu ikut:

 10 Steps to Becoming a Better Writer

Ada alasan lagi?

24
Jul

SAYA MAHU MENULIS SKRIP

   Posted by: nazri   in Tulisan

Ohhh, anda berminat?

Nah, klik di bawah;

Panduan Menulis skrip. Ini sekadar panduan sahaja. Kontra dengan ideologi sesetengah karyawan, dunia penulisan bukan dunia facism. Penulis bebas menulis dengan cara mereka tersendiri. Jerit boo kepada facist-facist dunia penulisan itu.

Opss, aku melalut.

Panduan menulis skrip di atas di buat dalam bentuk lakon layar, maka segala tips dan garis peraturan yang perlu ada dalam skrip di terangkan di dalam dialog-dialog itu.

Sila baca.

Tak susah pun.

Selamat menghasilkan skrip filem yang hebat. Sudah berjaya nanti jangan lupa belanja aku makan.

Haha!

Link Lain: Dari Ted untuk bantuan tambahan

::

Bacaan Tambahan: Facism

4
Jul

SAJAK GUA

   Posted by: nazri   in Tulisan

Gua pikir pfttttt!

Gua tak tau apa yang lu cakap,

Tapi siot betol,

Betul, gua ingat macam tu jugak,

Bukan selalu dapat pun,

barang baikkkk!

Tapi kalau mau kasi jugak

Kena jugak usha line!

Kasi clear beb!

Kalau tak nanti mampus,

lu, gua, semua kantoi!

Mampus! Mampus!

Lu usha sana, jangan kasi barua tengok,

Apa-apa pun, kepala hotak lu, kepala hotak diorang jugak,

 Layan rilek dulu beb,

Agak-agak dah habis, kita cari lagi,

Amacam dude? Ada brani?

Kecoh betullah,

Lu mau main-main dengan gua ke?

Gua tanya baik-baik beb,

Blah aaa,

Chow!

 

Bandar Tasik Selatan, Malam

Ditulis dalam masa satu minit tanpa sebarang pengaruh alkohol, tembakau, bahan kimia atau pun gambar-gambar bogel Yua Aida. 

25
Jun

SIRI FAIZ DAN AYAHNYA DALAM KISAH: HERO

   Posted by: nazri   in Tulisan

“Itulah dia, propaganda Amerika!” ayah Faiz menutup televisyen sambil terus membebel, “kalau filem diorang je, mesti diorang hero, mesti askar diorang paling hebat, mesti polis diorang yang paling baik, mesti diorang yang selesaikan semua masalah”

Ayah Faiz baru selesai menonton sebuah filem Blockbuster Hollywood yang mengisahkan seorang tentera Amerika yang berjaya menyelamatkan dunia dari ancaman serangan nuklear serta memperlihatkan kedunguan negara lain dalam mengatasi konflik.

Faiz yang sedang asyik di depan komputer sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala. Ini bukan kali pertama ayahnya meluahkan sentimen anti-Amerika. Tapi dia sendiri tidak mahu melayan sangat karenah ayahnya malam ini, dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

“Masih belum siap lakon-layar tu?” soal ayahnya tiba-tiba.

“Ya ayah, Faiz masih tak tahu samaada nak matikan karakter hero di akhir cerita atau tak.”

“Matikan hero? Kenapa mesti matikan hero? Bukankah hero itu orang Melayu yang sedang melawan pengganas Amerika? Kita mesti tunjuk hero Melayu kita kuat! Hero kena menang. Barulah jadi sumber inspirasi kepada penonton-penonton Melayu kita!” hujah ayahnya bersemangat.

“Tapi, bukankah nanti cerita saya akan nampak sama sahaja seperti filem yang baru ayah tengok tadi? Bukankah nanti cerita saya juga akan dicop propaganda?” Faiz mengusik ayahnya sambil terus tersenyum.

“Itu Amerika. Amerika memang jahat. Masuk neraka punya. Kita orang Melayu, orang Melayu masuk syurga,” balas ayahnya sambil masuk ke dalam bilik.

TAMAT

1
Jun

SAMBUNGAN ENTRI BAWAH

   Posted by: nazri   in Tulisan

Ada dua benda yang mesti aku jelaskan.

Satu, bila ramai mahu menyertakan nama Saharil.

Okey, aku tidak menafikan kehebatan Saharil dalam dunia sastera Malaysia. Tapi aku sudah cerita dari mana senarai empat ekor itu aku dapat. Apa inspirasi hingga mencetuskan senarai itu. Maka aku membuat pengkelasan. Lantas Saharil tidak masuk ke dalam senarai kerana, andaikans aja nama dia tidak menepati kandungan dalam buku yang aku tulis. Contoh sajalah!

Tidak bermakna aku menolak fakta Saharil seorang legenda.

Beginilah, ibaratkan Saharil itu Lev Tolstoy saja (loosely), di mana dia juga seorang penulis hebat yang hidup dalam lingungan era beruk empat ekor tu (Dostoevsky, Kierkegaard, Nietzsche dan Kafka), tapi tak masuk dalam senarai 4 pekuda tersebut.

Kedua,

Ada sesuatu pada link nama Franz Kafka. Aku buat andaian, tiada siapa klik link itu, ada dua kemungkinan dari andaian itu, mereka sudah tahu siapa mamat ini atau, don’t bother to know him. Link kafka-franz itu sebenarnya adalah laman web kondo di Miami (aku letakkan dengan tujuan hendak buat kelakar). Mungkin juga ada yang klik, cuma malas hendak bertanya atau memaki aku kenapa ia laman web kondo. Tapi aku lebih yakin tiada siapa yang klik langsung.

Aku silap, Kafka bukan nama yang menarik di daerah kita. Lindsay Lohan atau Milla AF mungkin iya. Nanti aku coretkan entri yang lebih pop.

Apa pun, dua entri ini adalah hiburan sahaja, tiada konspirasi Yahudi. Jangan ambil serius madefaker.

29
May

4 PEKUDA APOKALIPS

   Posted by: nazri   in Tulisan

Okey, aku tahu tajuk di atas banyak salah dari segi tatabahasa dan makna.

William Hubben dalam buku The Prophets of Our Destiny (kalau tak silap aku, itulah tajuknya - boleh dibeli di Kinokuniya) menyenaraikan penulis-penulis berikut sebagai The Four Horsemen Of Apocalypse. Mereka adalah Fyodor Mikhailovich Dostoevsky, Friedrich Wilhelm Nietzsche, Søren Aabye Kierkegaard dan Franz Kafka.

Antara lain secara langsung atau tak langsung mereka berkait rapat dengan idea existentialism serta banyak benda-benda berkaitan. Hasil kerja mereka mempengaruhi ramai penulis-penulis yang datang kemudian.

Okey, aku tak mahu menulis panjang mengenai buku itu, mereka atau idea-idea mereka sebab aku sendiri masih tak faham sepenuhnya. Aku sendiri tak berapa faham, macam mana aku hendak ceritakan kepada kamu semua.

Lantas, mengambil inspirasi dari senarai itu maka;

Aku menyenaraikan 4 horsemen of Apocalypse yang BAKAL mengkucar-kacirkan dunia sastera Malaysia. Adapun senarai aku ini bersifat hiburan dan tiada kaitan dengan sebarang idea filsuf. Maka aku berharap tiada orang yang tiba-tiba mengadakan forum di mana-mana membincangkan tentang 4 penulis ini. Buang masa anda sebab mereka tiada karya hebat (malah ada yang belum terbit apa-apa pun).

Macam aku tulis tadi, BAKAL

Ini dia:

Read the rest of this entry »

24
May

MENULIS SEPENUH MASA

   Posted by: nazri   in Tulisan

Ramai penulis mesti bercita-cita hendak menjadi penulis sepenuh masa. Uniknya dunia penulisan ini ialah si penulis itu datang dari banyak lapisan kerjaya. Ada kita dengar doktor menulis novel, ahli kimia menulis puisi, jurutera, pegawai pemasaran dan ramai lagi. Mereka ini, kalau bukan semua pun, ramai yang mengimpikan untuk berhenti dari kerja siang mereka dan menumpukan kepada penulisan.

Pendek kata, melainkan mereka itu anak kepada hartawan yang namanya dalam senarai ‘orang kaya’, mahu penulisan menjadi sumber sara hidup masing-masing.

Aku teringat kata-kata Puan Ainon semasa menghadiri kursus hari itu:

“Kenapa penulis tak boleh jadi macam penyanyi dan pelakon? Penulis yang mata pencariannya hanya menulis?” seperti penyanyi dan pelakon yang memang bergantung penuh kepada kerjaya itu. Tak ramai penyanyi yang ada kerja lain bukan? Tidak seperti penulis yang masih ramai bekerja makan gaji, merasakan hasil penulisan itu tidak cukup untuk menjayakan hidup.

Aku pun ada impian yang sama.

Tapi…

Bila difikirkan balik, secara teknikalnya, istilah “penulis sepenuh masa” itu kena juga dengan aku.

Sebab kerja aku di pejabat pun menulis artikel majalah.

Okey, aku kena ubah sedikit impian aku;

Aku mahu jadi penulis novel sepenuh masa.

Hait!