PUNDAK
Laman ini disediakan khas untuk kempen piliharaya Parti Pundak:
Seperti yang sudah diduga oleh ramai pihak, saya telah terpilih untuk bertanding di kerusi P189 Semporna setelah cubaan gelojoh bertanding untuk 6 lagi kerusi parlimen yang lain telah digagalkan oleh pihak dalaman. Biasalah, bukan namanya parti politik kalau tak ada kes tikam member sendiri ni.
Mungkin ramai yang bertanya kenapa Semporna? Maka ramai yang tidak menyedari potensi kemenangan mutlak untuk calon Pundak di situ. Saya yakin undi-undi dapat diperoleh dari penghisap rokok Sampoerna yang cukup ramai di Malaysia. Sentimen nama yang hampir sama dengan rokok kegeraman mereka sudah cukup kuat untuk mengundi saya yang juga pelanggan Sampoerna setia.
Statistik penghisap rokok berdasarkan jenama 2007.
Jumlah 86% itu sudah cukup besar untuk menyapot saya dalam pilihan kali ini. Malah dengan rasa gembira dan penuh sujud kesyukuran saya mendermakan 20% pengundi saya untuk mana-mana YB Pundak yang memerlukan bantuan pengundi-pengundi tambahan dalam mencapai kemenangan. Nota untuk YB Tigerjoe.
Mengikut statistik, terdapat 14 juta perokok di Malaysia. 86% dari 14 juta adalah = banyak gile. Mana nak dapat jumlah undi yang juta-juta?
Ini antara gambaran awal sokongan tak berbelah bahagi dari penduduk Semporna:
dua warga Semporna di depan markas parti Pundak Semporna.
Salah seorang warga veteran Semporna yang baru selesai sujud syukur dan tersenyum girang mendengar kedatangan Pundak di kawasannya.
Ketua AJK Kebudayaan Semporna memberikan serangkap pantun tanda sukacita mendengar kehadiran YB PUNDAK di kawasannya.
Bakal isteri kedua YB Vovin, single terbarunya bertajuk “Kalis Rindu” yang sedang berkumandang di udara dikatakan mempunyai subteks kisah cinta mereka.
Tiada kaitan dengan kempen.
Adapun berikut adalah janji-janji saya jika menang:
- Hari Isnin dan Jumaat diisytiharkan sebagai hari pergi kerja tetapi tak payah buat kerja (selain hari ahad dan sabtu sebagai cuti bekerja).
- Hari Rabu sebagai hari menonton wayang (dengan pakej claim kepada Kerajaan).
- Hari Selasa sebagai hari berkelah (juga boleh claim)
- Setiap 1hb diisytihar cuti umum (Cuti umum sambutan 1 Januari, cuti umum sambutan 1 Februari dan sebagainya).
- Cuti umum untuk semua etnik di Malaysia (Hari Dayak, Hari Orang Asli, Hari orang Down-Sydrome, Hari Orang Yahudi dan sebagainya - sebagai simbol kesamarataan - juga taktik untuk meraih undi bukan sahaja di kalangan Melayu, India, Cina malah undi dari Orang Dayak, Orang Asli, Orang Down-Syndrome, Orang Yahudi dan sebagainya).
- Cuti untuk penonton siaran Langsung perlawanan Champions League (sertakan bukti bergambar kamu menonton perlawanan CL untuk tujuan claim).
- Cuti untuk meraikan kemenangan Kelab Bola pilihan kamu (contoh jika Man. U menang EPL, maka esoknya adalah hari cuti untuk peminat Man U, juga sertakan bukti kamu memakai jersi Man U sebagai claim).
- Cuti murung jika Kelab Bola kamu kalah dan mahu mengelak diejek oleh rakan seopis (contoh jika kamu, sebagai penyokong Liverpool kalah kepada pasukan Manchester United di Anfield - sertakan bukti bergambar dan keputusan perlawanan untuk tujuan claim).
- Pelupusan cukai buku dan semua novel-novel import (terutamanya Fantasi dan Sci-Fi) wajib membuat potongan harga 80%). Juga Cuti umum baru dinamakan “Hari Membaca Buku” pada 2hb setiap bulan.
Untuk senarai YB-YB PUNDAK silalah ke sini. Sini, Sini!






